Tuesday, October 9, 2012

Pencarian yang tidak mungkin pernah terhenti


Saya merenung keluar jendela, melihat sekawan burung terbang di dada langit, pohon yang beralun mengikut tiupan angin, sangat mengasyikkan permandangan itu. Saya akui antara orang yang tidak tahu erti syukur. Suatu masa dahulu kehidupan yang saya lalui begitu menyesakkan, setiap saat hanya untuk dunia...dunia..dan dunia...terlalu sikit masa yang saya korbankan untuk akhirat! subhanallah..buta betul saya.

"Mak, saya nak beli baju, tudung baru, segalanya baru" - pinta saya pada ibu..
masa tu baru seminggu saya tahu yang saya dapat tawaran masuk ke universiti kat Utara Malaysia. macam - macam saya pinta, sebab saya rasa kehidupan IPT adalah yang sangat saya nantikan.."dapat masuk U..wah..bangga sangat..saya tak sabar nak masuk belajar. Sebab sayangkan anak mak saya bagi je apa yang saya pinta. Sabar betul mak saya, saya rasa saya anak yang paling bertuah dalam ramai2 adik beradik..4 orang je..tak ramai mane pun..

Saya belajar dengan tekun sepanjang semester 1 saya di universiti. Kenal ramai kawan baru dan tidak kurang juga ada yang cuba nak jadi 'kawan tapi mesra'. "boleh saya nak kenal awak" teringat lagi ayat sms yang saya terima pada minggu pertama kuliah. Saya tergelak sendirian.. Hati terasa berbunga bila diminati. Namun ketika itu saya seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri sehinggalah saya terserempak dengan seorang kakak. Setiap kali saya terserempak pasti saya terpana dengan cahaya wajahnya. Senyuman dibalas dengan senyuman. Begitulah senyuman yang disampaikan dari hati akan terkesan dihati..:)

Dari berbalas senyuman kami bertukar berbalas teguran. "Asalamualaikun kak" ucap saya dengan seyuman. "Baru balik kelas ke"tanya saya lagi. "Wa'laikumussalam, ha'ah baru balik kelas" kakak itu menjawab diiringi dengan balasan senyuman. Itu sahaja ayat teguran. Senyuman kakak itu sudah cukup sahaja membenihkan keceriaan di hati saya.

Perkenalan saya dengan Kakak itu yang saya sudah lupa namanya membuatkan hati saya tenang. Ia membawa perkenalan saya kepada seorang lagi kakak. Cara yang sama juga; berbalas senyuman. teguran dan kemudian rapat. Perkenalan itu yang nembawa saya kepada pencarian hidup sebenar. Pencarian teragung dalam hidup saya. Pernah suatu ketika hari yang saya lalui serba tak kena. Barang di cari tak jumpa, apa yang dipegang terlepas dan hati saya gundah gulana. 

Saya mula kenal semula dengan mata hati yang celik apa itu TARBIYAH. Itu pun saya jumpa ketika peperiksaan akhir semester 2 di universiti. Singkat sangat masa saya bersama kakak itu..Rugi sangat saya rasa. Sangat2 rugi. Ketika itulah berlaku perubahan terbesar dalam hidup saya. Saya nekad dan tak peduli apa orang lain kata tentang diri saya. Semester seterusnya saya kan ke kampus lain. Perjalanan mesti diteruskan walaupun kini saya tidak pernah lagi bertemu dengan kakak-kakak yang saya kenal itu.

Namun saya tetap akan teruskan pencarian. Kehidupan saya bermula di kampus baru, tempat baru dengan identiti baru. Yeah selama ini saya mencari identiti dan akhirnya ALLAH temukan pencarian itu. Sehingga akhir hayat pencarian itu tetap kan berlaku dan tidak pernah terhenti. Saya tidak lagi mencari kakak-kakak atau kawan-kawan untuk hanya dikenali dengan senyuman dan teguran ala kadar. Teguran basi-basi bagi pembuka bicara perkenalan. Saya dan hilang mereka yang saya kenal dengan cara itu. Saya tak kisah tetapi yang saya harap tidak hilang dalam diri saya ialah semanagat mencari. Saya yakin jika kita kehilangan sesuatu pasti ALLAH akan gantikan yang lebih baik dan ALLAH tidak memungkiri janji. Saya temui sesuati yang lebih baik dari sebelumnya. Di Jalan TARBIYAH bermula segalanya. "TERIMA KASIH YA ALLAH kerana ENGKAU pilih aku menjadi insan yang dahagakan PENCARIAN. PERCARIAN CINTAMU, SYURGAMU sehingga akhirnya aku menjadi HAMBAMU yang DICARI manusia kerana sifatku yang suka MENCARI" Amin.. Salam mujahadah sahabat, hamba ALLAH di luar sana..Moga kita terus Istiqomah dalam pencarian yang ABADI..Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment