Episod 2
Diminati.
Pagi isnin adalah pagi yang cukup sibuk. Maklumlah permulaan hari kerja bagi yang berkerja. Bagi pelajar pula, ia adalah permulaan hari kuliah. Seperti biasa Nur akan keluar jam 8.00 pagi untuk ke kuliah..Walaupun dia dengan ros mengambil jurusan yang sama cuma kelas yang berbeza, tapi kebiasaan kuliah mereka sama.Nur biasanya pergi sendiri kerana Ros akan keluar seawal 7.30pagi untuk ke kelas. Nur lebih suka keluar lambat cikit kerana dia malas nak menunggu pensyarah.
Setelah tiba di dewan kuliah, Nur mengambil tempat baris kedua dari depan.Dia suka duduk didepan ketika pembelajaran. Kebanyakkan kawan-kawannya suka duduk belakang. Kebiasaannya Baris hadapan pasti akan kosong. Jadi dia menggunakan kesempatan itu untuk duduk di hadapan. Baginya duduk dihadapan lebih mudah untuk mendengar pembelajaran dan lebih mudah bertanya. Sedang dia mengeluarkan buku catatan untuk matapelajaran physic, telefonnya berbunyi menandakan ada message baru masuk. Dia segera mencari telefon yang diletakkan dalam beg dan membaca isi kandungannya yang berbunyi;
"Salam. Saya suka tengok awak. saya nak berkawan dengan awak. Sudi tak awak jadi kawan saya?"
- yang Meminatimu.
Nur terdiam seketika selepas membaca message itu. Hatinya tertanya tanya siapa yang bagi message itu. "budak lelaki hari itu ke"dia bertanya sendirian dalam hati.."Peliknya la..ntah siapa ntah".katanya lagi dalam hati..Pantas dia mencari nombor Ahmad yang dia simpan tempoh hari.."eh lain la pulak, bukan ahmad. Kalau bukan Ahmad ,siapa pula yang bagi message tadi. kalau ahmad memang dia akan marah budak lelaki itu kerana dia tak berkenan dengan sikap Ahmad yang baginya mengganggu hidupnya..
"Aku nak balas ke tak message ni, siapa pula yang bagi message kat aku ni" pelbagai persoalan timbul di benak hatinya.
"Assalamualaikum semua.", pensyarah subjek physic, Encik Baharudin memberi salam. Suasana kelas yang tadinya bising bertukar mejadi senyap. Semua pelajar kelihatan mengeluarkan buku nota pelajaran dan besedia mendengar kuliah. "sila lihat chapter 2"sambung encik baharudin lagi dan terus memulakan pembelajaran pagi itu.
"oh,abaikan je la" nur berkata dalam hati dan dengan pantas dia menyimpan semula telefon dalam beg dan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran yang sedang disampaikan.. Pembelajaran pagi itu berjalan seperti biasa. En Baharudin telah memberikan tugasan yang mesti di hantar minggu depan.
“Apalah yang aku belajar hari ni” nur bermonolog sendirian selepas kuliah tamat. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya dan semasa kuliah tadi pun dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.
Tet, tet….telefon nur berdering. Nur segera mencari telefon namun belum sempat dia menjawap ia berhenti. ‘eh siapa pula yang call ni’..dilihatnya nombor yang tidak dikenali nur masukkan semula telefon ke dalam beg.. tet, tet,…”eh! Bunyi lagi” bebel nur. “biarlah, malas nak layan, nak main-main je” rungut nur. Hampir sebulan dia belajar ada sahaja gangguan panggilan atau massage dari orang yang dia tidak kenal. Rimas, terganggu dan tak tenang. Itulah keadaan jiwa nur ketika ini.
Nur melangkah laju keluar dari kelas sejurus kelas habis untuk ke kelas seterusnya. Sementara menunggu pensyarah sampai, kebanyakkan kawan-kawan nur suka duduk di luar kelas. Nur pun turut serta namun bezanya dia lebih senang duduk bersendirian. Bukan tidak mahu campur orang namun dia selesa sendiri. Dia merenung pohonan pokok berayun di tiup angin. Sangat menenangkan jiwa namun keasyikannya menikmati panorama alam itu terganggu tatkala kelibat dua orang budak lelaki yang sejak tadi memerhatikannya. “aku ke yang perasan” katanya dalam hati. “Apahal la budak dua orang ni” getusnya dalam hati. Nur merenung ke arah mereka, namun mereka berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku sedangkan sejak awal semasa mununggu tadi dia perasan mereka memerhatikannya. Dia alih pandangan dari mereka “apahal tengok-tengok, aku ada hutang ke dengan diaorang” rungutnya dalam hati. “masuk kelaslah, lagi bagus” nur bermonolog dan melangkah ke dalam kelas. Sejurus masuk kelas dia menerima massage, “jauh merenung tadi”- Ahmad.. Nur melihat sekeliling, dilihatnya setiap budak lelaki dalam kelas itu, tidak seorang pun yang memegang handphone, yang ada pun sedang berbual. “apa yang dia nak lagi ni” nur membebel sendiri. Dimatikan handphone. Fikirannya jenuh memikirkan siapalah Ahmad yang selalu menghubunginya. Di rimas dan tertekan.
“umi, ada sorang budak lelaki ni nak kawan dengan nur” Nur memulakan bicara. Sejurus selepas kelas Nur menelefon ibunya untuk bertanyakan pendapat. “siapa?” Tanya puan kartina. Dia begitu menambil berat terutama soal berkawan. Dia menggalakkan anak-anaknya berkawan asalkan menjaga batas. “ala, ada budak laki kat sini, nama dia Ahmad. Dia selalu hubungi nur, katanya nak berkawan”nur menerangkan situasi sebenar pada ibunya. “budak tu ok ke?” soal ibunya. “Ntah la umi, nur tak berapa kenal”jawab Nur. Dia ingin tahu apa reaksi ibunya. Segala yang dia buat pasti akan ditanyakan pada ibunya. Walaupun dia kadangkala degil, namun dia berperinsip bahawa keberkatan ibubapa itu sangat penting. Lama puan kartina membisu sementara nur masih menantikan reaksi ibunya. “tak payahlah, tumpu study” kata ibunya. Hati ibu mana yang tak risau anaknya berkawan dengan lelaki, sudah la baru masuk belajar, nanti lalai dengan lelaki. Puan kartina begitu risau akan anaknya. Bimbang anaknya itu akan mengabaikan pelajaran. “baiklah umi, nur ikut kata umi, ok, nur nak pergi basuh baju, nanti kita sembang lagi” jawab nur. “jaga diri baik-baik, ingat kita ni bukan orang senang, belajar sungguh-sungguh” pesan puan kartina dan perbualan dua beranak itu terhenti disitu.
Wednesday, December 1, 2010
Monday, November 29, 2010
Pencarian Cinta abadi
Episod 1
Oh Hati...
Suasana pagi itu nyaman sekali...kebetulan hujung minggu, suasana di universiti agak sunyi. kebanyakkan orang memilih jam 12 pagi sebagai waktu sarapan..sekali gus makan tengahari..perkara ini sudah menjadi rutin pelajar termasuklah Nur Aisyah Humaira sejak dia masuk belajar sebulan lalu.."Nur,bagunlah" ros teman sebiliknya mengejutkannya.."hmmm, kan awal lagi ni...kau ni, kacau la orang nak tido"merungut nur.."hei, sekarang jam 12.30 tau, kau ni harap je anak dara, bangun lambat, nanti tak de orang nak pinang kau baru tahu" ros membebel sambil tangannya ligat mengemas buku-buku yang bersepah diatas meja nur..."hmm,harap je rajin study, tapi malas mengemas..ros mengata dalam hati..
"Ape kau cakap?'' nur bingkas bangun dan menyelak selimut yang menyelubungi badannya.."kau cakap aku malas eh?nur kembali bertanya kepada ros dengan membeliakkan matanya..sengaja hendak mengugut ros.."eh mana ade aku cakap lah"...ros segera menafikan kata-kata nur tadi.."aku cuma bimbang takde orang nak kat kau, sebab bangun lambat".sambung ros dengan disertai dengan ketawa kecil. Dia kemudian berlalu untuk keluar dari bilik..baginya, dia malas nak berbalah dengan nur sebab dia tahu nur pasti nak menang sahaja..lebih baik dia mencuci baju yang dah seminggu dia longgok.."ha kau nak pegi mane tu, aku belum habis cakap lagi la" teriak nur. "aku nak pegi basuh baju la"jawap ros.
"Hmmm, ade je orang nak kat aku la..shah kan ade"...nur bebel sendirian...hatinya begitu berbunga setiap kali teringatkan insan yang bernama Shahrul Effendi bin Sulaiman. Lelaki yang dia kenal sejak 4 bulan lalu begitu menceriakan hatinya. Dia tidak pernah kenal lelaki seperti shah. Baginya lelaki itu sangat unik, kelakar, simple dan sangat bersungguh-sungguh. Sikap lelaki itu benar-benar membuatkannya jatuh hati walau pun mereka tidak pernah berjumpa.
Semenjak dibangku sekolah lagi dia menetapkan perinsip tidak mahu bercinta selagi belum habis belajar. Dia mengelak dari memandang lelaki walaupun ada dikalangan budak lelaki yang meminatinya. “Aku tak percaya cinta zaman persekolahan”. Tegas hatinya. Sebab tu nur tak ramai kawan lelaki. Dia sangat memilih dan hanya sebahagian budak lelaki pernah bercakap dengannya. Selepas tamat sekolah menengah, hatinya mula memikirkan hasrat untuk mengenali lelaki. Dia nak kenal sikap lelaki dan dia mula mencari kenalan. Bekerja sementara di kedai buku memberi peluang untuknya mencari kenalan melalui majalah. Habis semua buku-buku dikedai itu dibeleknya, cari mana tahu ada ruang untuk berkenalan dan cara itulah yang membawanya mengenali shahrul. Insan yang kini disayanginya.
"Assalamualaikum..Shah pe khabar? tengah buat pe tu?"
Nur menaip sms kepada Shahrul...nur yang tadi sudah bangun dan duduk diatas katil kembali baring..sambil fikirannya mengambarkan rupa shah..lelaki yang dia kenali itu belum pernah dia lihat rupa.
" Bagaimana aku boleh suka dia?, sedangkan aku tidak pernah jumpe dia " nur bermonolog sendirian. Dia selalu mempersoalkan tentang cinta alam maya. Berkenalan melalui telefon dan jatuh cinta. Macam tak masuk akal tapi itulah realiti yang sedang dia hadapi.
" wa'laikumussalam..ye cik nur..kite sihat je..tengah melukis ni. Cik Nur sihat?" balas shahrul. Kadangkala ayat dalam massege kedengaran seperti kebudak-budakan, kelakar. Namun, itulah yang membuat nur meminati shahrul. Hatinya begitu riang sekali..Nur pun terus menaip sms membalas massage semula, belum habis dia menaip, satu massage masuk..Nur segera membukanya;
"Hai awak tengah buat apa tu.?" - Ahmad
"Ahmad mana pulak ni? orang ni salah hantar massage kot"..kata nur dalam hati sambil fikirannya dilanda persoalan siapakah yang menghantar massage itu..
"eh, macam pernah tengok la nombor telefon ni?"dia bertanya dalam hatinya.Nur segera melihat nombor-nombor yang pernah menghubunginya sebelum ini kerana dia merasakan dia kenal siapa pemilik nombor itu..
"hm, dah agak dah dia, malas aku nak layan", kata nur dalam hati.hatinya begitu tidak senang dengan Ahmad, lelaki yang tidak di kenalinya itu. Sejak seminggu lalu lelaki itu sering menghubunginya. Pernah suatu pagi Ahmad menelefonnya bertanyakan hal tentang jadual kelas;
"Assalamualaikum..awak, pagi ni kelas pe ye?"Ahmad memulakan perbualan..
"Wa'laikumussalam..hm ni siapa?" tanya nur.Agak tegas. Hatinya ragu-ragu siapa lelaki yang menghubunginya pagi itu.
"Saya Ahmad, boleh saya tanya jadual pagi ni,pagi ni kelas apa ye?"jawab Ahmad.
"Awak tak salin jadual ke?tanya Nur semula tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan Ahmad tadi. Dia begitu tidak senang dengan lelaki itu. Sudah la dia tak kenal, tiba- tiba tanya perihal jadual kelas pula.
"eh salin"jawab Ahmad agak gugup. "saya nakkan kepastian je, pagi ni kelas math kan?" ahmad menyambung perbualan.."garangnya la budak ni"katanya dalam hati.
"yea!"jawab Nur pendek lantas mematikan telefon.
"ok terima kasih, ish.. belum habis cakap dah letak" rungut Ahmad..”takpela, garang pun garanglah, janji hati aku dah suka” Ahmad bercakap sendirian.
Dia rasa dia sudah jatuh cinta pandangan pertama dengan gadis itu. Wajah yang comel, kulit putih melepak dan gaya yang tersendiri membuatkannya mengilai gadis itu. Hatinya merasakan cinta setiapkali melihat gadis itu. Dia pernah menegur gadis itu ketika hari pertama kuliah. Sejak itu dia tidak dapat melupakan gadis itu.
Nur terdiam dan fikirannya musykil. Dia sangat hairan bagaimana lelaki itu boleh tahu nombor dia, seingatnya, dia bukan bagi nombor kepada mana-mana lelaki dalam kelasnya semenjak dia masuk belajar.
"eh shahrul, mesti dia tunggu aku balas message dia" nur berkata sendirian..dia rasa bersalah kerana membiarkan fikirannya melayang memikirkan tentang Ahmad dan membiarkan Shah menunggu message balas darinya.. Dengan segera dia menaip message kepada Shah.
"Maaf Shah, lambat balas message, tadi Nur ade hal" Nur membalas message kepada Shah.
"tak pe. Ok cik Nur, saya nak ke bengkel..salam (@_@)" jawab shah.
"ok. jaga diri elok-elok"balas nur dan bingkas bangun serta menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Hatinya begitu ceria sekali. dapat menghubungi shah sekali dalam sehari pun dah cukup membuatkan dia gembira.
“wah comelnyer cik Nur kita nie”? puji shahrul tatkala menerima kiriman gambar nur. Nur menghantarnya melalui mms. Terasa bangga di hati Nur tatakala mendapat pujian dari orang yang dipuja. Nur begitu teruja untuk melihat gambar shah. Dia tidak kisah rupa shah macamna sekali pun kerana hatinya dah suka. Dia memang betul-betul sudah jatuh cinta dan perasaannya itu pernah diluahkan pada shah, dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Shah membalas cintanya. Nur rasa begitu bahagia.

Tuesday, November 2, 2010
Unjuran ~ episod 1
Dengan Nama ALLAH yang Maha pengasih lagi maha Mengasihani..Bersaksikan ALLAH dan Rasul dicatatkan bingkisan ini buat sahabat-sahabat, agar ia bermanfaat.
Salam buat sahabat-sahabat sekalian, moga dalam lindungan ALLAH. lama saya tak coretkan bingkisan cinta. Pena keyboard seakan-akan kering hilang bersama masa yang berlalu ~berpuitis sikit~. Bukan mudah untuk mencoretkan isi hati kerana yang seringkali unjuran masa menjadi halangan.
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH...Saya dah habis menghadapi peperiksaan...Hampir seminggu..hmmm teringat pula exam masa sekolah menengah dulu, ujian pertengahan tahun..seminggu juga..menggamit memori..masa dahulu tak mungkin sama. jika sama maka tak normal la saya...SYUKUR... Saya dikalangan orang-orang yang Normal -" Orang yang Normal pasti berubah dari semasa ke semasa, Jika tak berubah maksudnya orang itu tak Normal" - Kata pakar Motivasi.
Unjuran hidup menentukan kedudukan dan bentuk kehidupan..sangat bersyukut kerana ALLAH bagi nikmat dapat la saya belajar ilmu dunia ni.. Belajar tentang tanah, all about land, position, shape, orientation and other. Bidang yang sangat menarik diterokai. Namun saya tertarik untuk meneroka apakah itu "UNJURAN". Hmm, sangat subjektif, macam perkataan CINTA, SAYANG, RINDU..dan lain..yang menberi maksud yang berbeza bagi setiap individu. Selama saya hidup, saya rasa unjuran saya dah betul, Unjuran disini dimaksudkan halatuju, tumpuan , kedudukan , pilihan dalam hidup. Sehinggalah saya temukan suatu tanda rujukan. Kalau dalam bidang Surveying diistilahkan sebagai "BenchMark"@ "Datum" atau yang sewaktu dengannya. Anda tahu apa tanda rujukan tu???hehehe...Agak lama nak jumpa tau..
Ok, kita mula dengan definasi pengukuran, Iaitu Ukuran Dari suatu tempat kesuatu tempat yang lain, menggunakan peralatan yang sesuai, dalam keadaan tertentu dan sebagainya..Ha, berballik pada soal hidup..kalau dalam hidup ni, kita nak ukur apa???ukur baju??kain???agak pelik tak soalan tu...?? tak pe abaikan...

hmm..sebenarnya, kita hidupnya menghitung dan mengira perjalanan ke akhirat.. destinasi kita bermula di dunia dan berakhir di akhirat. Berpandukan DUA TANDA RUJUKAN, iaitu AL QURAN dan AS SUNNAH.. Hmm...MAsyaALLAH, sejauh mana kita kenal dua tanda Rujukan itu??? - kita muhasabah bersama~
AlHAMDULILLAH, suatu masa yang lalu, saya dalam perjalanan ke kelas, nak pergi kuliah, budak baru masuk U, semangat lebih sikit..hehe..masa tu saya belajar kat utara malaysia..nun hujung malaysia, nak masuk siam sikit..Saya keluar bilik, daki tangga yang sangat tinggi ibarat macam "tangga batu Cave" berpeluh dan tercungap-cungap jugalah dibuatnya...saya jalan la sampai ke kelas, Tapi kene lalu beberapa bangunan la, Kolej kediaman pelajar lelaki dan lagi satu tempat paling saya takut nak lalu, bukan pe, selalu sangat tengok "shooting"..faham tak shooting tu ape???tak pe buat-buat la faham..
Dalam perjalanan saya bertembung dengan satu lembaga ni, tapi mata saya terpana, terpaku dibuatnya, saya tak kalih pun mata saya sampai lembaga itu berlalu..Saya kata dalam hati - "Cantiknya"...
Masa pun berlalu, dan kerap juga saya bertembung dengan kelibat lembaga itu..Hati saya memberontak untuk menghampirinya lalu suatu hari saya menyapanya...Setiap kali bertemu, saya pasti terpana melihatnya, kalu lidah nak keluarkan kata-kata..
Namun, akhirnya saya cuba menyapanya, reaksi yang sangat baik saya terima..Saya pun legalah, sebab yang saya jumpa itu bukan sebarangan lembaga, tapi memang Bidadari Dunia seperti dalam firasat saya. Sangat cantik, Caranya, Kata- katanya, gerak gerinya.. sangat cantik.. "Saya nak jadi sepertinya" - saya bermonolog sendiri..Setiap saat saya terbayang-bayang lembaga yang saya jumpa itu ~ Bersambung ke episod seterusnya...~
Tamat
Adakah kita benar-benar jatuh cinta
Cinta itu suatu perasaan halus yang dirasakan didalam lubuk hati yang terpendam, rindu, sentiasa terbayang orang yang disayangi dan ingin sentiasa bersama dengan orang yang dicintai itu,bahagianya rasa dihati bla bla bla…ayat berbunga-bunga…pergh… Lumrah manusia tak mungkin hidup tanpa cinta tapi yang menjadi persoalan benarkah kita betul-betul jatuh cinta.???
Hidup perlu bercinta dan yang perlu dicinta itu hanyalah ALLAH..ish2x…mana boleh camtu…perlu juga mencintai manusia… silaturrahim…kata sesetengah mazhab manusia zaman kini.. tak lengkap hidup tak de pasangan..bukankah “manusia diciptakan hidup berpasangan”…kata sesetengah orang pula,katanya pendapat dia tu berpandukan Al QURAN…aduhai…sangat sedih…Memang ALLAH menjadikan manusia itu berpasangan tapi haruslah difahami pasangan yang macam mana..kalo dah berpasangan tanpa ikatan yang sah..adakah itu perkara yang ALLAH suruh..lu fikir la sendiri.. Besar azab ALLAH pada orang yang Berzina…Berzina itu sendiri dah haram, apatah lagi mendekatinya…Nauzubillahi min zalik..
Setujukah anda bila dikatakan couple itu haram???kalo dah haram tentu berdosa, dah berdosa tentu azab siksa,dah confirm kat neraka..”eh,,takkan sampai hukum haram kot…bukan kami couple, tapi kami still jaga pergaulan, tak berpegangan tangan,tak la sampai hubungan suami isteri, kalo berdua pun kat tempat awam,bukan kat tempat gelap..takkan tak boleh kot?ape salahnyer?...kate orang masa kini la… Seandainya anda tahu racun itu berbahaya, tentu anda tidak akan cuba minum atau tambah kepada masakan anda. Buruk padahnya..kecuali anda sendiri yang ingin mati cepat..dah tempah neraka siap2 dah…begitu juga dengan hubungan anda dengan yang lawan jantina dengan anda…masuk ke alam couple bermakna anda telah berdaftar untuk tempah tiket ke neraka…fuhh…!!dahsyat tu ayat…tentu sesetengah orang akan marah…tiada siapa yang dapat tentukan seseorang tu syurga atau neraka…siapa kita? Kata mereka..harap anda bukan meraka :)…
Jika anda ingin bercinta dengan manusia, pilih la cara yang ALLAH suka iaitu Pernikahan..”oh no! kahwin?muda lagi…kita kene kenal2x dulu pasangan kita..ambil masa…”..sangat kesian..kalo dah dok kenal bertahun-tahun, keluar berdua,bergurau senda, itu yang anda katakan nak kenal hati budi pasangan anda..hampeh sungguh...macam mana hidayah nak sampai kalo hidup penuh dengan maksiat..fikir2x la sendiri… Betul ke anda jatuh cinta? Cinta itu suci, tapi manusia itu sendiri yang mengotorkan cinta..ALLAH ciptakan manusia fitrahnya berpasangan dah ALLAH syariatkan akad dah nikah supaya fitrah itu dapat terlaksana..ALLAH tak perintah kita couple untuk cari pasangan kita..”dah terlanjur cinta”nak buat camne…macam lagu rossa plak…kalo dah tercouple tu cepat-cepat la Nikah…kalo belum sedia nak benikah jangan la couple…simple…” kau tak bercinta mane kau tau perasaan orang bercinta.ingat senang ke dah couple nak putus tiba2x…sedih tu…”kata orang bercouple la…
Mana mungkin anda dapat merasa nikmat cinta tanpa redha pemilik cinta yang sebenar.. ALLAH adalah permilik cinta dan tak mungkin anda dapat merasa nikmat cinta manusia selagi mana anda belum betul-betul jatuh cinta dengan ALLAH….Wasalam…renung-renungkan dan selamat beramal.
Tuesday, October 12, 2010
“ADAKAH AKU SUDAH AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR”…???
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Amal ma’ruf - perbuatan menyeru manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kesempurnaan.
Nahi mungkar - perbuatan menegah atau menghalang manusia kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Nahi mungkar - perbuatan menegah atau menghalang manusia kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Sebab perlu kepada Amal makruf Nahi mungkar;
· Karakter orang beriman
- Mencerminkan sifat umat islam
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
· Suatu fitrah manusia
- Manusia sebagai khalifah.Sifat memerintah,menyeru atau menegah sudah menjadi lumrah manusia. Sekalipun dia hidup bersendirian,sifat tersebut tetap akan ada dalam dirinya.Apatah lagi bila berada dalam keadaan bermasyarakat,sifat ini akan terus ada dalam jiwa setiap individu.
“Kamu adalah umat yang terbaik dan dilahirkan untuk umat manusia,menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah…”
[ali-Imran:110]
[ali-Imran:110]
· Amar ma’ruf nahi mungkar adalah jaminan untuk menjaga masyarakat dari mendapat laknat Allah. Agar ada alasan bagi kita untuk meminta ampun dari Allah.
“dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang Amat keras?” mereka menjawab: “Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”(Al Araf: 164)
Syarat ;
1. Ikhlas
2. mengikut syara’.
- Mengerti tentang ma’ruf yang akan diperintahkannya, wajib mengerti hukum syara’.wajib menelaah perbezaan pendapat para fuqaha tentang sesuatu masalah, dan tidak boleh anda menentang seseorang yang mengikuti seorang ahli fiqih yang berbeza pendapat dengan ahli fiqih yang anda ikuti
Sifat orang yang menyeru pada makruf dan mencegah mungkar;
· “Rendah hati terhadap orang – orang beriman, tegas terhadap orang – orang kafir”
(Al Maidah : 54)
- Hendaklah anda menyuruh perbuatan ma’ruf dengan cara yang ma’ruf, dengan hikmah (bijaksana), bukan dengan kasar dan keras, kerana orang yang berbuat mungkar itu adalah orang sakit dan anda adalah doktornya. Maka anda perlu mengubatinya dengan cara yang terbaik, dengan bijaksana dan kasih sayang, membuatnya merasakan kecintaan.
· “Keras terhadap orang – orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al Fath : 29)
“serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An Nahl : 125)
· Mujahadah dan Selalu Muhasabah diri
“mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al kitab? Maka apakah kalian tidak berfikir”? (Al Baqarah, 1:44)
· Bertawakkal pada Allah
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran : 159)
· Berjamaah
- Seiring dengan fitrah manusia yang hidup berkumpulan. Dakwah memerlukan kepada manusia yang memelihara fitrah diri mereka, iaitu melakukannya secara berjamaah.
- Setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati
Tuesday, October 5, 2010
Wajah sejuk itu
Tatkala meneroka arus aliran pengajian,
Seringkali wajah itu bermain di minda,
Kelibatnya memanah kalbu,
Kelu terpana tanpa kata....
Aku sentiasa ternanti untuk melihat wajah itu,
Memerhati gerak-gerinya,
Cukup tersusun dan mengagumkan,
Tanpaku sedar ia menjadikanku cemburu....
"Bagusnya jika aku sepertinya" benak hatiku berbisik.
"Aku ingin menjadi sepertinya, Wajah sejuk itu!"hatiku kian memberontak.
Jauh disudut hatiku, aku ingin mendekatinya,
Mengenalinya dan menjadi sepertinya- "wajah sejuk itu"....
Hari-hari yang berlalu meninggalkan nota di hatiku,
Calitan peristiwa yang kian meresahkan jiwaku,
Menjadikanku keliru dan tercari-cari,
Apakah yang mampu memberikanku jawapan dari segala persoalan...
Sapaan insan mengetuk hatiku,
Menjadikan aku memuja dan aku turut di puja,
Walaupun aku membuka hatiku untuk insan,
Namun, hatiku tetap kosong dalam bayangan dan angan-anganku sendiri,
Suatu Hari aku menyapa pemilik wajah itu,
Reaksi yang sangat baikku terima,
Seronok dapat berbual dengannya,
Hari seterusnya menjadikanku semakin akrab dengannya...
Wajah sejuk itu benar-benar menjadikan hatiku terisi,
Memadamkan bahang dunia yang memanaskan jiwaku,
Aku kian menghargai kehidupan ini,
Aku yakin sudah temui penyelesaian...
Perhitungan, Lukisan dan Teori hidupku terarah,
"Aku akan berubah" azam hatiku.
Lantaran ketika suatu saat aku merasakan begitu ringan,
Langkahku tekad membawa perubahan baru.
Aku akan jadi insan baru,
Aku ingin menjadi sebahagian dari wajah sejuk,
yang mendinginkan kehidupan,
Menuju YANG ABADI.
Terima kasih Ya ALLAH kerana berikanku cahaya petunjuk..
Moga Aku terus munjadi hambaMU yang bersyukur..Amin...
Saturday, October 2, 2010
Oh Hati
Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis. Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang. Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan. 'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya. Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina. Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah. Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf ayat 179).
Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.
"Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar,". "Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan,"
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).
Bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.
"Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan,"
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)