Thursday, September 27, 2012

Kita dan MEDAN ini...











“ Aku ingin berubah! Aku ingin keluar dari kepompong diriku yang kelap dan ingin terbang seindah rama-rama! Izzah bermonolog sendirian. Kerap dia bercakap sendirian bagi menaikkan semangatnya. “Aku mesti bangkit dari kekecewaan ini! Allah pasti akan membantuku” dia bercakap sendirian. Sejak memperolehi keputusan peperiksaan semester 4, dia kecewa dengan dirinya. Pelbagai perkara muncul di benaknya. Rasa rendah diri, rasa kecewa serta putus asa. Selama dia belajar tidak pernah dia memperolehi keputusan rendah sebegitu. Walaupun lulus semua subjek namun dia kecewa dengan pointer yang diperolehinya.
Semester  5 yang baru bermula 4 minggu yang lalu menjadi inspirasi baginya memulakan langkah baru. Meningkatkan keputusan kepada lebih baik. “Yeah! Aku pasti boleh!, kalau orang lain boleh mengapa aku tidak boleh”. Itulah kata-kata semangatnya tatkala merasa tidak yakin dengan dirinya. Dia merenung syiling biliknya. Berwarna putih, kosong seperti kosongnya hatinya ketika itu. “Hari ini hati sabtu, minggu lepas aku balik umah, tapi kenapa minggu ni aku tak balik? Soalnya pada dirinya. Dilihat sekeliling. Tiada siapa. Patutlah Emi balik rumah. Hari ni jumaat. “Huh! Kenapalah aku ni, serabut betul fikiran.” Die mengeluh. “ Yela! Besok sabtu  kan ada usrah dengan kak Yan, lupa pulak.” Dia memegang kepalanya, dipukul lembut. “Aduih! Pelupa kau ni Izzah” kutuk dirinya sendiri.
………………………………………………………………………………………………………
  “ Baik adik –adik, minggu depan kite buat usrah hari sabtu pukul 6 petang di surau kolej Angsana boleh tak semua?”. Soal kak Yan pada 7 orang anak buahnya itu. Kesemua anak buahnya itu menunjukkan reaksi yang baik serta mencatatkan tarikh untuk usrah pada minggu seterusnya. “Sebelum akak lupa, hari ahad keesokkannya ada program di Masjid Al Hidayah. Nanti kak akan bagi maklumat program.
“Kak, saya rasa down.  Nak study pun tak bersemangat.” Izzah mengadu pada kak Yan selepas usrah mereka tamat. Kak Yan merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Baginya, dia dapat memahami perasaan izzah yang kecewa dengan keputusan peperiksaan. Dia merapati izzah dan tangan izzah dipegangnya. “ Izzah, apa yang Allah beri kepada kita itulah yang terbaik. Jika Allah beri banyak, kita mesti bersyukur. Jika Allah beri sikit, kita bersyukur juga dan jika Allah tak beri apa-apa pun kita kena bersyukur juga. Kerana kita ini hamba dan Allah tuan kita dan seorang tuan itu berhak apa sahaja terhadap hambanya.”nasihat kak Yan. “Sebagai hamba kita perlu bersyukur dan tanda kesyukuran kita itu dengan pembuktian amal” tambahnya lagi. Izzah cuba hayati maksud dalam surah Al Baqarah ayat 152 dan 153 ni;

“Maka ingatlah kepadaku, aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku.”
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar”

“Pembuktian amal kita itu adalah dengan solat. Kerana solat itulah penghubung kita dengan ALLAH”  Pesan kak yan lagi. Fikirannya melayang lagi mengingati setiap butir nasihat kak Yan.
Izzah bingkas bangun dari katil dan mencapai Al Quran terjemahan yang diletakkan di atas meja. Fikirannya yang tadi mengelamun mengingati peristiwa selepas usrah minggu lepas serta pelbagai nasihat dari kak Yan. Semangatnya membara semula. Dibeleknya terjemahan Al Quran itu dari muka ke muka. Dia tidak tahu apa yang ingin dicarinya, namun dia tetap membeleknya sehingga matanya terhenti pada satu ayat dalam surah An Nahl, ayat 97;

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

“Allah berikan aku kehidupan yang baik. Kenapa aku sia-siakan kehidupan ini dengan meratapi masa lalu yang tidak akan kembali. Yang mesti aku usahakan adalah masa kini yang sedang aku lalui” dia bermonolog. Mencari kembali semangatnya.
“Siapa yang nak jadi murabbi”? soalan kak Yan muncul pada kotak fikirannya. “Jadi Murabbi”? soalnya pada diri sendiri.
“Aku tidak mahu sia-siakan kehidupan ini. Ilmu yang aku perolehi ini, semangat perjuangan ini mesti aku serapkan pada orang lain. Aku mesti jadi murabbi!” nekadnya. 
……………………………………………………………………………………………………
“Zah balik tak minggu ni” soal Puan Liana pada anaknya itu dihujung talian. “emm..Zah tak tahu lagi ibu. Zah kena tengok jadual dulu. Kalau tak da program zah bolehlah balik. Jawab Izzah. “Program apa yang banyak sangat tu, kau ni asyik berprogram je, dekat rumah ni banyak kerja yang ibu tak dapat buat sorang-sorang, nak harapkan adik kau tu memang sakit hati je lah ibu ni” bebel Puan Liana. Hati kecilnya  berharap Izzah dapat pulang ke rumah membantunya membuat kerja rumah. Anaknya itu boleh diharap untuk membantu kerja-kerja dapur.
“Ibu, baru Zah ingat yang ada program minggu ni” Balas izzah menyambung bicara setelah ibunya itu berhenti berleter. “wajib pergi ke”? soal Puan Liana seakan-akan mempersoal apa yang diberitahu anaknya itu. “ermm..wajib ibu., ada kupon” jawab Izzah. Itulah jawapannya pada ibunya setiap kali ingin memancing hati ibunya agar merelakan dia pergi program. “ dapat kupon iaitu pahala” dia berkata dalam hati. “aku tak tipu ibu, aku cuma berkias je. Tak salah” monolognya lagi meyakinkan diri. “yela, dah wajib kene pergilah” Puan Liana mengalah. “Yea ibu, doakan Zah, Sayang ibu” balas Izzah dengan manja. Perbualan dua beranak itu terhenti  di situ.

Setiap kali ingin ke program, dia jarang bagi tahu ibunya kecuali ibunya bertanya. Jika tidak pelbagai soalan terpaksa dia jawab. Bukan sekali dua ibunya mempersoal dan kadangkala dia mati akal untuk memberikan alasan yang munasabah. Kadangkala dia terpaksa menahan sakit telinga mendengar bebelan ibunya itu. Kebetulan hari itu ibunya menelefonnya. Mungkin rindu sangat padanya setelah seminggu izzah tak pulang. Kalau boleh ibunya itu ingin dia pulang tiap-tiap minggu.  Namun dia terpaksa memikirkan pelbagai alasan yang munasabah untuk ke program agar tidak menyinggung perasaan ibunya.
“Aku buat semua ini kerana ALLAH dan Rasul untuk ibu dan ayahku serta keluargaku, agar aku dapat memahkotakan ibu dan ayahku di syurga kelak.  Kerana aku ingin amal soleh kelak bakal menaungi ibu dan ayahku dan menjadi saksi mereka telah melahirkan anak yang soleh yang akan mendoakan mereka.” Monolognya.
Dia kembali ke dalam dewan solat. Menyambung mendengar kuliah maghrib malam itu. Dia terpaksa keluar untuk menjawab panggilan telefon ibunya itu agar tidak menganggu orang yang berada di sebelahnya untuk mendengar kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Ustazah Zainab. Kuliah maghrib bertajuk “ Wanita dan kasih sayang”. 

“Sebagai wanita, kita begitu istimewa kerana Allah anugerahkan kita lebih perasaan kasih dan sayang berbanding lelaki. Kerana itu ALLAH pilih wanita menjadi seorang ibu. Anak-anak yang dihadapan ustazah ini bakal bergelar seorang isteri dan seorang ibu pada suatu masa nanti, jadi gunakanlah masa yang ada ini untuk mempersiapkan diri menempuh alam yang lebih mencabar kelak”
“Wanita dan kasih sayang begitu dekat kerana fitrahnya wanita itu lembut dan kasih sayang itu perlukan pada kelembutan. Jadilah wanita lembut yang berjiwa keras. Anak- anak yang dikasihi! Berjiwa keras itu bermakna wanita yang mempunyai jiwa yang mampu bersabar dengan pelbagai kerenah suami dan anak-anak. Segala kerenah dilayan dengan penuh kelembutan dan berhikmah walaupun terpaksa berhadapan dengan kekerasan sikap anak-anak selain melaksanakan tugasan rumah, membasuh, mengemas dan sebagainya.  Itulah yang menjadikan wanita itu begitu tinggi nilainya kerana kesabarannya itu.”
“Ustazah! Bagaimana ingin memupuk kesabaran itu’? Seorang pelajar mengajukan soalan.
“Baiklah anak-anak! Kesabaran itu umpama gigi geraham. Kenapa ustazah umpamakan sebegitu ye anak-anak? Kerana jika kita kaji, gigi geraham ini kuat mencengkam akar gusi. Kalau gigi geraham sakit atau berlubang, kita sukar untuk mencabutnya dan hanya boleh menampalnya.kecuali kite memaksa mencabutnya tapi kesannya kan rasa sangat sakit.  Begitu kita lihat kesabaran. Kalau kita cabut kesabaran itu dalam diri  kita pasti kita kan merasa sakit kerana pelbagai perkara boleh berlaku seperti pergaduhan dan penceraian dalam rumah tangga. Oleh itu rawatlah diri kita dengan zikrullah dan zirulmaut. Rawatan yang terbaik adalah membaca Al Quran serta memahami maknanya. Selain itu, pergi ke majlis ilmu seperti usrah dan kuliah – kuliah agama.
Seorang wanita itu bukan sahaja mesti tahu ilmu rumahtangga tapi ilmu agama yang merangkumi hukum – hakam serta sirah perlu didalami. Kerana seorang ibu itu mesti menjadi idola terbaik bagi anak-anaknya. Dia boleh menarik hati suami dan anak-anaknya serta mencontohi sifat-sifat para wanita solehah ketika zaman rasulullah. Seorang isteri itu juga pembantu peribadi pada suaminya yang berperanan melaksanakan usaha-usaha dalam menuju syurga ALLAH serta menjaga diri dan keluarganya dari api neraka. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah At Tahrim ayat 6 yang bermaksud;

 Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)” [At-Tahrim 66 : 6]

“wahai anak- anak yang ustazah kasihi! Jadilah kita wanita yang beriman dan bertaqwa agar dengan pemeliharaan kita terhadap hukum-hukum Allah serta perlaksanaan segala perintahnya akan menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakar api neraka.”
Izzah menangkap setiap butir bicara ustazah Zainab dengan penuh teliti. Dia mencatatnya dalam buku bagi membolehkannya membaca semula penyampaian tersebut.  Terbayang wajah ibunya yang baru tadi didengari suaranya“ Takut pula nak kawin” katanya dalam hati. “ Aku jauh lagi. Ilmu agama banyak lagi belum dipelajari dengan lengkap”hatinya berkata lagi. Terasa begitu tidak mampu lagi untuk menggalas tangunggjawab seorang isteri dan ibu.

Setelah selesai kuliah maghrib malam itu, Izzah melangkah ke biliknya yang berada di tingkat 2 kolej Dahlia. Berat kakinya melangkah bagai terasa bagai ada bebanan yang ditanggung. Teringat perbualannya dengan kak Ziana minggu lepas. Kak Ziana berusia 29 tahun dan sudah berumah tangga dan memiliki 2 orang cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan. Ketika itu, dia berbual sementara menunggu ahli usrahnya yang lain. Dua orang anak kak Ziana turut ada bersama.
“Izzah, sementara belum berkahwin ni usahalah belajar ilmu agama dan ilmu pengasih” luah kak Ziana. “Ilmu pengasih kak?” soal Izzah dengan kening berkerut. Kak Ziana ketawa kecil melihat reaksi Izzah sebegitu. “Ilmu penambat hati suami” jawab kak Ziana. “Bukan ilmu pengasih belajar dengan bomoh tu”sambung kak Ziana lagi. Berkekek izzah ketawa. Malu pun ada. “kak, ilmu tu macam mane”? soal Izzah penuh minat. “Kau ni soal suami isteri cepat benar je nak tahu ye” balas kak Ziana sambil tersenyum. “Yela kak, ilmu ni luas”jawab izzah. “Cepatlah kak, sementara sahabat yang lain belum sampai terutama kak Yan, nanti malu saya” sambungnya lagi. Kak Ziana ketawa melihat gelagat izzah. “ok-ok, ilmu ni perlu bagi kita menambat hati suami agar kita mudah bergerak dalam tarbiyah dan dakwah. Maksudnya, dalam kita menjadi daie yang mengajak orang lain sebagai mad’u kita untuk mengingati Allah, kita juga mesti menjadikan suami kita sebagai mad’u. Bagaimana sikap kita dalam memastikan orang suka dan tertarik dengan apa yang ingin kita sampaikan, kita juga mesti bersikap yang sama dengan suami kita. Contohnya kita menarik orang lain dengan layanan kita yang lemah lembut dan suka beri hadiah. Jangan harap suami je beri hadiah pada kita.  Kita juga mesti buat perkara yang sama pada suami kita.” Panjang kak Ziana menerangkan. “Faham tak Izzah”? soalnya.
“owh..macam tu ye maksudnye menambat hati suami” balas izzah. Pada fikirannya, dengan solekan dan berhias cantik tu je yang mampu menambat hati suami. Beri hadiah pun perlu juga ke.? “Soalnya dalam hati.
“Habis tu kak, hadiah apa yang sesuai. Lelaki biasa suka barang-barang yang berjenama dan mahal. Kalau isteri yang tidak bekerja macam mana nak beri hadiah?” Soalnya pada kak Ziana
“Hadiah yang mahal adalah anak yang soleh dan solehah. Didiklah anak dengan didikan agama yang sempurna, agar terbentuk sahsiah peribadi muslim sejati. Suami pasti bangga dengan hadiah itu yang lebih mahal dari intan dan permata” jawab kak Ziana.
Teringat perbualan itu dan kuliah yang disampaikan ustazah Zainab cukup membuat hatinya berat. Terasa begitu besar peranan wanita dalam membentuk anak-anak dan menambat hati suami dalam meraih syurga dalam rumah tangga.
…………………………………………………………………………………………………
Keesokan harinya hari sabtu. Seperti yang dijanjikan, hari itu izzah ada usrah. Hari tersebut izzah sangat dinantikan. Bulatan yang mengembirakan itu sangat bermakna. Dia melangkah menuruni anak tangga dari biliknya untuk ke hentian bas. Seusai solat asar, dia terus bersiap dan dalam jam 5 petang dia sudah keluar dari biliknya untuk ke kolej Angsana yang terletak agak jauh dari kolejnya dan memerlukannya menaiki bas untuk ke sana. Dia melalui koperasi yang terletak berdekatan dengan pintu pagar keluar kolejnya itu. “haus la pula. Nak beli air la” katanya dalam hati. Lantas dia menuju ke koperasi dan memerhatikan air-air botol yang dia berkenan. “mak!mak! yam nak ni juga! Tak nak yang itu, nak juga! Kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan di belakang cuping telinganya. Dia menoleh kearah suara kanak-kanak itu. Kelihatan seorang kanak-kanak sendang merengek pada ibunya untuk dibelikan patung mainan sambil tangan kanak-kanak itu menunjuk kearah patung yang di kehendakinya. Selain menghentak-hentak kaki, kanak-kanak itu juga memukul-mukul seorang wanita yang cuba memujuknya.  Kelihatan seorang wanita yang tudung litup berpurdah mengusap lembut belakang badan kanak-kanak itu sambil mencium dahi ankanya itu. “Barangkali itu ibunya”  hati Izzah mengandai. “wanita itu cukup tabah melayan kerenah anaknya itu. Tentu dia wanita yang luar biasa dengan pegangan agama yang kuat” pujinya dalam hati. “Mampukah aku menjadi wanita seperti itu” soalnya dalam hati. Peristiwa itu menginsafkan dirinya. Dia teringat pada satu hadis yang pernah di dengarnya;

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Aku nak membentuk anak-anak aku nanti tentulah aku perlu bentuk diri aku sendiri. “Aku ingin menjadi murabbi yang serba boleh”dia memberikan semangat pada dirinya. Dia bersyukur kerana Allah pilih dia menjadi salah seorang yang berada dalam usrah . Bertemu dengan sahabat-sahabat yang berlainan latar belakang dan berkongsi ilmu dan pengalaman, ukhwah yang dibina semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA. “ Alhamdulillah aku masih sedar akan perananku sebagai wanita islam yang benar-benar ingin meraih syurga ALLAH dengan tarbiyah dan dakwah” monolognya lagi. Dia ingin mengumpul sepenuh semangat dan iltizam agar dia dapat memastikan dirinya terus menjadi mutarabbi dan dalam masa yang sama menjadi murabbi. 

“Ye dik nak beli apa”? suara garau lelaki memecah lamunannya. Izzah yang kelihatan berdiri kaku di depan peti air itu menyuntik persoalan pada lelaki yang menjaga koperasi itu lantas mengajukan soalan tersebut.
“err..saya nak beli air” jawb izzah agak kaget., merah mukanya menahan malu. Terkejut dengan teguran lelaki itu. Dilihatnya kanak-kanak dan wanita tadi sudah hilang dari pandangan matanya. “Apalah aku mengelamun ni, sampai tak sedar apa yang berlaku” rungutnya dalam hati. “Mungkin agak lama juga aku mengelamun tadi sampai lelaki itu tegur” katanya dalam hati. Lantas dia mencapai air mineral 500ml dalam peti ais di hadapannya dan menyerahkan bayaran pada lelaki tersebut. “Terima kasih” kata lelaki itu sambil tersenyum. “Jangan mengelamun lagi, teringat pakwe ke” usik lelaki itu lagi sambil ketawa kecil. Izzah berlalu keluar dari koperasi itu tanpa berkata apa. Malas dia melayan lelaki itu. Dia berjalan meneruskan langkah menuju ke perhentian bas. Sambil menunggu bas dia membuka terjemahan Al Quran yang di bawanya. Dia cuba memahami maksud ayat-ayat yang dilihatnya. Selepas 10 minit menunggu, bas yang ditunggu sampai.
Izzah bingkas bangun dari kerusi menunggu bas setelah melihat bas berhenti. Disimpannya Al Quran terjemahan itu dalam beg dan mengeluarkan duit tambang. Setelah membayar tambang dia berdiri sebelah tiang dalam bas tersebut. Bas penuh kerana hari tersebut hujung minggu dan ramai pelajar keluar bandar. Dia menoleh memerhatikan orang-orang di dalam bas, dengan pelbagai gaya, pakaian dan gelagat. Hatinya berkata; “Masih ada ramai manusia memerlukan aku, aku mesti teruskan pejuangan ini” nekadnya. Aku yang memilih MEDAN ini, pasti aku akan di uji. "Ya ALLAH kuatkanlah kau menghadapi ujian dunia ini" doanya dalam hati..


TAMAT

Sunday, June 10, 2012

Redha apa yang ada dan jangan merintih apa yang tiada


Manusia lumrah mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan. Sebahagian orang mengatakan kebahagiaan bermula dengan kesempurnaan; memiliki pekerjaan yang bagus, menjawat jawatan yang tinggi, memiliki kereta, rumah dan sebagainya. yea! memang benar kerana fitrah manusia itu cenderung kepada sesuatu yang banyak tinggi dan memberikan imbalan yang besar.

Siapa tidak suka dengan duit yang banyak..Mampu buat apa sahaja, kalau yang minat melancong pasti akan memikirkan; "Negara mana lagi yang aku belum pernah jejaki"?. bagi mereka yang minat membeli belah pasti akan memikirkan; "Apa yang belum aku miliki"?..Segala macam perancangan yang dibuat bagi membelanjakan wang yang banyak itu demi kepuasan.

Tidak menjadi kesalahan menyimpan impian untuk kaya. Yang menjadi kesalahan adalah tidak menetapkan matlamat kekayaan itu pada jalan yang islam benarkan. Siapa yang tidak mahu jadi kaya? yea! kaya demi islam..demi membantu agama ALLAH..kekayaan zahir dan batin..iulah punca kebahagiaan hakiki..

Jadi, mulai sekarang redhalah dan terimalah apa yang kita miliki kerana jika apa yang kita ingin miliki sekarang itu tidak kita miliki, pasti ALLAH akan beri apa yang kita ingin miliki itu setelah DIA yakin kita mampu menjadi hambanya yang BERSYUKUR!

Sunday, April 22, 2012

Tolongku Ya ALLAH




Allah
tolong aku...
tolong aku...

Allah
jangan tinggal aku...
aku perlukan Mu...

Allah
aku ingin kembali...
padaMu aku berharap

Allah
pilih la aku...
yang dirinduiMu, disayangiMu dan di CintaiMu...

Allah
setiap air mataku mengalir...
aku lemah tanpa mu aku lelah

Allah
aku sungguh tak berdaya
tolongku Ya ALLAH...

http://www.youtube.com/watch?v=4xjwyobfeGs

Sunday, November 27, 2011

Singkaplah Tabir Dirimu



Lumrah manusia inginkan kesempurnaan walau hakikat diri tak sempurna. Terlalu banyak kelemahan dalam diri yang tidak pernah disingkap tatkala mengintai-ngintai tabir kelemahan orang lain. MasyaALLAH, alangkah hinanya diri yang penuh kekurangan tetap suka mempersoal kekurangan orang lain. Allah melarang kita mencari kelemahan dan kekurangan orang lain kerana ia penyumbang kepada keruntuhan hubungan sesama insan.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat;12)
 Sepatutnya kita sedar bahawa ALLAH dan RASULNYA sahaja yang sempurna segalanya.  Dalam kehidupan kita sering diuji dengan pelbagai ragam manusia dan bukan semua manusia memiliki apa yang kita miliki. Kelebihan dan kemampuan manusia itu berbeza. Kita tidak boleh meletakkan penilaian yang sama untuk manusia yang pelbagai.  Kita menjadi manusia yang kejam bila mana menganggap manusia sempurna dan kita akan merasa kecewa jika melihat kekurangan. Adalah lebih baik kita saling menghargai kelebihan dan saling menerima kekurangan. 

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: "Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab prasangka adalah sejelek-jelek perbuatan (pembicaraan). Janganlah kamu saling mencari-cari kejelekan dan kesalahan orang lain, Janganlah saling menghina, Janganlah saling dengki mendengki, Janganlah saling jauh menjauhi, dan Janganlah saling mengumbar emosi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR. Bukhari)

Manusia secara zahirnya suka mengikuti apa yang ada dalam hatinya. Kadangkala kita meletakkan penilaian yang hanya bersandarkan rasa hati tanpa kita siasat tentang kesahihan sebenar. Itulah yang menjadikan kita bersangka yang bukan-bukan pada orang lain walaupun ia tidak pernah sama sekali berlaku. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang berada dalam hati. Mintalah petunjukNYA tatkala hati berperasangka buruk.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al-Israa’;36)

Singkaplah tabir diri kita sendiri ddahulu tatkala melihat kekurangan orang lain. Hanya kita yang boleh menyembunyikan tabir kelemahan diri kita bahkan kita tidak menyedari adanya kelemahan pada diri. Tapi sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segalanya. ALLAH ciptakan manusia dengan potensi yang berbeza agar manusia itu saling melengkapi.

Kelebihan dan kelemahan untuk disyukuri. Jika ALLAH kurniakan hanya kelebihan pada kita, mungkin kita akan jadi manusia yang sombong dan memandang rendah orang lain. Maha Adilnya ALLAH yang menjadikan manusia yang pelbagai agar manusia boleh berfikir dan bertaqwa kepadaNYA. Tapi kebanyakkan manusia tidak mahu berfikir. 

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat;13)

Alangkah beruntungnya kita jika kitalah orang yang bertaqwa kerana kitalah yang mendapat kemuliaan di sisi ALLAH. Kemuliaan di sisi manusia hanya sementara dan meresahkan hati. Apalah ada pada penghormatan manusia serta sanjungan manusia jika kita tidak layak mendapat penghormatan daripada ALLAH. Sia-sialah kehidupan yang kita lalui.

Saturday, November 26, 2011

Tunjukkan Aku jalan Lurusmu..



Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan sering membawa kita kepada dilema dalam memilih. Hati sangat gelisah memikirkan permasalahan hidup yang tidak pernah ada penghujungnya.  Namun Allah menghadirkan motivasi Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 45;

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

Kadangkala diri tertanya dimanakah tempat mengadu, siapakah yang dapat memahami diri ini?. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang dapat menolong serta memahami kita. Indahnya hidup walaupun sekeliling kita dipenuhi dengan kedukaan andai kita optimis dengan ALLAH. Tiada yang buruk pada ciptaan dan ketentuan ALLAH kerana Allah itu baik dan akan memberikan yang terbaik. 

Pelbagai ujian dalam hidup sebenarnya memberikan kita satu kesedaran bahawa ALLAH sangat peka dengan kita. Tanpa ujian mungkin kita akan jadi manusia yang tak bersyukur. Cube bayangkan andai kita seorang yang tidak sabar, bila diuji dengan kehidupan yang susah dan serba kekurangan serta diuji pula dengan sikap manusia yang menjelekkan? Pasti kita takkan rasa nikmat kesabaran andai kita tak cuba kawal diri kita. Itulah beruntungnya dan bersyukurnya jika kita masih mampu bersabar. 

Dalam menghadapi kesusahan dan kedukaan kita perlu bersabar. Tapi begitu juga dalam menghadapi kesenangan kerana kebanyakkan nikmat yang manusia alpa adalah nikmat kesenangan harta, masa, sihat serta usia muda. Beruntunglah jika kita yang usia muda, kerana tenaga yang masih banyak serta semangat dan keinginan yang membara. Dengan nikmat itu sepatutnya membawa kita lebih bersyukur pada Allah dengan mencari jalan yang DIA redhai, bukan memilih jalan yang kita sukai. Sebagaimana Allah menegaskan QalamNYA, surah Al Maidah ayat 35, agar semua orang beriman dan tiada yang terkecuali untuk mencari jalan menuju kepadaNYA.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.


Tuesday, June 21, 2011

Pantasnya Waktu Berlalu

Ya ALLAH! Terlalu banyak nikmat yang kau berikan tidak dapat terhitung. Maha Pemurahnya Mu ya ALLAH. Ruginya jika aku menjadi antara orang yang tidak tahu bersyukur...Lindungilah aku ya ALLAH dari menjadi orang yang kufur akan nikmatMU.. 

Diam tak diam dah masuk bulan ke 6 tahun 2011..inilah nukilanku yang pertama sejak masuk tahun baru 2011.. Terlalu banyak tuntutan dunia yang mesti dipenuhi..sesak dada dibuatnya..huh! Cinta dunia yang penuh dengan nikmat membuatkan jiwa sering resah. Hilang minat nak mencoret dalam blog ini. Namun tidak mengapa, minat itu boleh dipupuk semula..demi Mengislah diri dan sekalian yang terbaca coretanku ini. 

Terlalu pantas masa berlalu, "hari ni rabu, besok khamis...eh, rasanya baru semalam rasa hari khamis dah nak jumpa khamis semula..cepatnya.."..begitulah dialognya tentang pantasnya masa meninggalkan kita..Putaran masa tetap berjalan dan sangat rugi jika tiada manfaat yang kita dapat..

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati atas kesabaran." (Al 'Ashr 1-3) 

Dalam menongkah arus kehidupan, kita kadangkala terlupa bahawa kehidupan itu milik ALLAH. Seronok merasai nikmat dunia hingga merasa segalanya milik kita. Masa itu nikmat yang sering kita salah guna...nauzubillah...muhasabah bersama...

Monday, December 13, 2010

Apa yang penting??


Salam Sayang penuh Mahabbah dari hati yang tulus ikhlas mencintai ALLAH dan RasulNYA…ku titipkan bicara cinta buat hati-hati yang tenang…Moga nukilan jiwaku menjadi nota bernilai untuk mengislah kehidupan…Agar kecintaan kepada ALLAH dan Rasul melebihi segalanya…

Nisa duduk menyiapkan tugasan di meja belajar. Dia yang sedang dalam latihan praktikel duduk menyewa bersama 7 orang kawannya yang lain. Malam itu dia habiskan masa dengan membaca nota dan membuat laporan. Dia memberikan tumpuan kerana laporan itu mesti dihantar minggu hadapan. “apa lagi yang penting nak karang kat sini” bicaranya dalam hati sambil digarunya kepalanya yang tidak gatal. Serius mukanya mencari idea.

Di belakangnya, erna sedang melayari internet. Leka dengan dunia maya dan tidak  pedulikan nisa di meja belakangnya. Dua sekawan itu masing-masing dalam dunia sendiri.  Isma yang tadinya leka baring dikatil dalam bilik keluar dari bilik, hajatnya nak ke dapur. Dia toleh ke arah Erna.“Eh erna, kau online eh, bukaklah facebook. Aku nak edit profil akulah”pintanya pada erna bila dia lihat kawannya itu sedang melayari internet. Hajatnya nak ke dapur dibatalkan.  Peluang baginya untuk buka facebooknya. Memang menjadi kegilaan dia dengan alat komunikasi maya itu.  Isma menarik kerusi di sebelah meja erna. Dilabuhkan punggung duduk disitu. “jap ye, aku pun tengah bukak facebook aku ni”jawab Erna. “kau tahu tak camne aku nak buat privasi kat gambar aku ni”tanyanya pada Isma.”oh, senang je, tapi aku pun tak ingat” Jawap Isma sambil ketawa terbahak-bahak. Erna mengerutkan muka melihat gelagat isma. “kau ni aku tanya betul-betulah, main-main pula” rungut erna. “ Ala aku gurau je, kau ni sensitif sangat” pujuk Isma.
Nisa yang duduk di belakang mereka hanya mendengar perbualan mereka tanpa sebarang reaksi. Baginya tak penting mencampuri urusan mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Sudah dua baris ayat dia karang komen untuk laporannya. Pening kepalanya menyusun ayat. Bahasa inggerisnya berterabur. Ntah betul atau tidak ayat dikarangnya, dia tak kisah asalkan dibaca faham. “tak kisahlah, harap-harap En Razi terimalah” doanya dalam hati.

Kedengaran pintu rumah di kuak. Terpacul Nori yang baru pulang dari luar. Dia keluar dari pagi tadi. Malam baru pulang. Dia melangkah masuk dan ditutupnya kembali pintu. “ha tu Nori dah balik, kau tanyalah dia” cadang Isma pada Erna.“Nori…eh kau sini jap” panggil Erna. “kenapa kau ni? Aku baru balik,..jawap Nori agak mengeluh. “Ala sinilah jap, kitaorang nak tanya cikit. Facebook ni” sambung Erna. “ ha! facebook? Kenapa? Tanya Nori semula. Dia jadi bersemangat pula bila sebut pasal facebook. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Erna dan Isma. Teruja. Erna pun menerangkan perihal sebenar yang mereka nak ubah privasi gambar dalam akaun facebook mereka. “Aku nak gambar aku ni hanya aku dengan Pakwe aku je boleh tengok, kau tahukan camne nak buat?” soalnya pada Nori. “hmmm..aku pun tak tahu” jawap Nori. “boleh ye nak buat privasi macam tu, eh aku pun nak buat juga weh” sambungnya lagi. “ish budak ni, penat je aku tanya kau lah” ngomel Erna agak kecewa.

 “Roslan pernah ajar aku hari tu, tapi aku ingat-ingat lupalah, tapi kau cuba-cubalah explore” cadang Isma. Erna pun bukalah semua function yang dia rasakan ada kaitan dengan privasi dalam facebook itu. “cuba kau klik kat sebelah profile tu” cadang Isma pada Erna. “lepas tu apa ye”?soalnya sendirian sambil memegang dagunya. Nori pun tidak ketinggalan menyertai Erna dan Isma. “wah kalau macamtu, aku bolehlah buat privasi untuk aku dengan Abang Pian” bicara Nori. “kau buatkan untuk aku eh, khas untuk aku dengan abang pianku, oh…my love…”pintanya pada Erna sambil tangannya diletakkan di dada. Tersenyum sendirian           “ yela,kau ni tak habis-habis dengan Abang Pian kau tu” jawap Erna. “Ala, boleh berjiwang dalam facebook, tak de la Abang pian cemburu” kata Nori. “Ceh, layanlah jiwang kau tu, kat telefon tak cukup ke kau ni” kritik Isma sambil menjebikkan bibir. “suka hati akulah” jawap Nori kembali. “eh, ni ke gambar hisyam” soalnya pada Erna bila melihat gambar seorang lelaki dalam album Erna kat dalam facebook. “ye..hensem kan” puji Erna. Isma dan Nori hanya diam. Mereka akui akan ketampanan hisyam yang Erna pernah ceritakan minggu lepas. “sebab tu aku suka dia, menggu depan kitaorang dating” kata Erna lagi. Nori hanya diam menelan air liur. Cemburu di hatinya. Dibandingkan Hisyam dengan abang piannya. Memang kalah pujaan hatinya itu.

“weh, aku makin gemuk ye”? soal Nori pada 2 orang kawannya itu. Bosan berbicara pasal pak we, dia ubah topic.  Di memegang perutnya yang agak buncit itu. Dicubitnya pehanya yang agak berisi. “selulit banyak ni” katanya lagi. Isma hanya memerhati gelagat Nori itu. “aku lagi gemuk kot” kata Isma. Mendengar bicara Isma itu Erna mencelah. “ceh! Kau mane de gemuk, kurus kering je aku tengok.” Kritik Erna. “aku ni yela, punggung banyak isi kot” sambung Erna lagi mengkritik diri sendiri. Nori mencubit lengan Erna. Dia nak bandingkan dirinya dengan Erna. “lengan kau kurus cikit pada aku” katanya. “tapi punggung kau banyak lemak pada aku, kalah aku weh”sambungnya lagi diiringi gelak tawa. Isma turut ketawa mendengar kata-kata Nori itu. Selamba mengutuk Erna. “ala kau tu sedar diri cikit la,kalau aku gemuk bawah, kau tu gemuk atas, perut buncit.”  Jawap Erna mengkritik Nori. Isma hanya ketawa melihat gelagat Erna dan Nori yang masing masing mengkritik sesama sendiri.

Perbualan 3 sahabat itu tidak langsung memberi kesan pada tumpuan Nisa. Dia semakin pantas mengarang laporan. Namun dia curi-curi dengar juga perbualan mereka itu.  Bukan sengaja, dah terdengar.  Lagi pun kat sebelah telinganya saja, mesti dia dapat menangkap setiap butir bicara mereka. Baginya lumrah orang sekarang, bercinta dan jiwang tidak dapat dipisahkan. “tidak mengapalah abaikan mereka” katanya dalam hati dan dengan pantas dia menekan keypaid mengarang ayat seterusnya. “ dah siap pun” katanya dalam hati. Rasa lega dapat menyiapkan tugasan. “Tidak perlu lagi risau pasal laporan. Boleh tidur  dengan aman.” Katanya dalam hati. Dia duduk merenung ke dinding. Dia nak merehatkan minda setelah penat memerah otak mencari idea untuk mengarang laporannya itu. Perbualan 3 sahabat tadi masih kedengaran. Namun dia seolah-olah tidak merasakan kewujudan mereka. Di bingkas bangan dan merenahkan badan atas katil.

Teringat perbualan mereka tadi. Berkisar tentang angan-angan yang samar dari pandangan mata. Percintaan dengan manusia yang bergelar lelaki bukanlah suatu keseronokan jika ia dibina atas nafsu semata. Bercinta tanpa ikatan yang sah iaitu pernikahan hanya menjadi saham untuk ke neraka. Kehidupan yang sementara bukan tempat untuk mencari kepentingan diri sendiri. Kepentingan yang hanya pada kecintaan pada manusia, soal badan yang tak cantik, rupa yang semakin berkedut, dan perihal buah hati yang cemburu serta segala yang disukai manusia hanya sedikit berbanding kepentingan pada CINTA ALLAH. Allah tidak membandingkan hambanya samaada cantik atau tidak kerana ALLAH maha sempurna dan segala ciptaanNYA sangat sempurna. Bersyukurlah seadanya diri kita ini.  ALLAH maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik sahaja. Mana mungkin kita yang penuh dengan kotoran, maksiat, dosa dan kemungkaran dapat betemu ALLAH dengan mudah. TAK SEDAR diri kita ni!

 “Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH” nisa memanjatkan kesyukuran pada ALLAH.  Nikmat kefahaman yang ALLAH anugerahkan padanya sangat dia syukuri. Bukan semua orang diberi hidayah olah ALLAH. “ALLAH telah selamatkan aku dari semua hayalan dunia yang sementara ini,” bicara hatinya. Dalam sujud solat dia memanjatkan doa. Mengadu pada ALLAH.

“Wahai ALLAH tuhanku yang maha mendengar…
Dengarlah rintihan hambaMU yang hina ini…
Aku yang penuh dengan palitan dosa dan maksiat, yang ku lakukan dengan tidak sengaja kerana kejahilanku. Dosa yang kadangkala ku lakukan dengan sengaja kerana keegoaanku. Aku sungguh berdosa wahai tuhanku…Ampunilah daku wahai ALLAH yang maha pengampun.
Wahai ALLAH yang maha pengasih dan dan penyayang.
ALLAH yang memiliki CINTA TERAGUNG…
Berikanlah aku CINTAMU,
Berikanlah aku KASIH SAYANGMU,
RahmatMU aku harapkan kerana aku sangat takut akan NERAKAMU!
Selamatkanlah aku didunia ini, dunia yang penuh dengan hiasan yang kadangkala membutakan aku. Kadangkala Aku terpesona pada kecantikan hiasan dunia yang sementara ini. Aku leka mengejar CINTA DUNIA. Cintaku pada kejayaan dunia, pada pakaian dan perhiasan diri, pada harta benda dan segala yang ada.
Selamatkan aku di akhirat kelak. Aku tidak tahu akan nasibku, samaada syurga atau neraka. Aku harapkan syurga..Namun layakkah aku??? Aku takut neraka, tapi adakah aku berusaha untuk jauh darinya. Bahang dunia membakar hatiku menjadi hangus… hitam kelam bersama nokhtah dosa yang kian membesar. Aku sangat berdosa wahai ALLAH. Ampunilah Aku…
Wahai ALLAH yang tidak pernah mengabaikanku…
Jadikanlah hatiku teguh mempertahankan syari’atMU,
Kuatkanlah jiwaku menghadapi cabaran duniawi,
Ikatlah aku dengan tali-tali CINTAMU, tali yang membawaku kepadaMU,
Jadikanlah aku pencintaMU yang setia, Siap siaga berjuang untukMU,
Agar kepentinganku hanya pada PENCARIAN CINTAMU…
Demi Pertemuan denganMU…Moga aku antara Para Syuhadah.. Amin Ya RABB..

Nisa bangun dari sujud, mengusap kedua tangannya di wajah.  Dilap air matanya yang berlinangan. Terasa kehambaan tatkala menghadap ALLAH yang Agung. Merasa kerdil berbanding ALLAH yang maha BERKUASA. “Aku nekad untuk berubah, aku memilih untuk berubah dan ALLAH telah memilih aku…Terima Kasih ALLAH” monolognya dalam hati.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasih seseorang hamba itu sehingga hambanya itu mengubah nasib mereka sendiri” (AL QURAN)

*Berubah untuk mencari redha ALLAH bukanlah suatu yang sia-sia bahkan ALLAH menjanjikan ganjaran yang amat bernilai melebihi segalanya.
*Untuk berubah perlukan kesediaan dan tekad serta azam yang kuat kerana tanpa semua itu adalah hanya angan-angan.
*Berubah untuk meraih redha ALLAH di akhirat kelak nescaya redha manusia akan kau perolehi di dunia.