Wednesday, August 11, 2010

video

DemiMU Pemilik Sekalian Hati







DEMI TUHAN YANG MEMILIKI HATIKU,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERSELINDUNG DISEBALIK HATIKU,
WALAU TAK KU LAHIRKAN DENGAN LISAN,KAU DAPAT DENGARI SEGALA YANG TERSIRAT,
SEMUA YANG KU INGINKAN DALAM LUBUK NALURIKU YANG TERPENDAM DAPAT KAU JELAJAHI,
AKU SEDAR BAHAWA HATIKU INI TAK SEPATUTNYA DIMANJAI DENGAN HAYALAN SELAIN DARIMU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA TINGGI PENGETAHUANNYA,
KAU MAHA TELITI DALAM MERANCANG,
TELAH KAU TETAPKAN SEGALANYA SESUAI DENGAN DIRIKU,
KAU SELITKAN HIKMAH DISEBALIK UJIAN DAN NIKMAT YANG KAU TURUNKAN.
AGAR HAMBAMU SEDAR AKAN PERHITUNGAN DETIK MENUJUMU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA SIFATNYA,
TERIMA KASIH KERANA ANUGERAHKAN AKU PANCAINDERA YANG CANTIK DAN UNIK,
BANTULAH AKU DALAM MENGHARUNGI ONAK KEHIDUPAN SEORANG DAIE DI DUNIA,
AGAR AKU MENGGUNAKAN ANUGERAHMU INI KE JALAN YANG MENTARBIAH MANUSIA,
SUPAYA AKU DAPAT SELAMATKAN MANUSIA YANG LUPA AKAN JANJI DENGAN MU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA TINGGI PENGAMPUNANNYA,
DENGARLAH KELUHAN HATIKU, DENGARLAH RAYUAN PERMINTAAN KEAMPUNAN DARI HAMBAMU INI,
BERIKANLAH PENGAMPUNAN KEPADAKU DAN TETAPKANLAH AKU PADA JALANMU,
KUATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN AKU PADAMU,
AGAR AKU DAPAT MENDIDIK HATIKU BAHAWA HANYA ENGKAULAH SEGALANYA YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG TIDAK PERNAH LEKA WALAN SEKETIKA,
TERIMA KASIH KERANA MEMBENARKAN AKU HIDUP DI DUNIA INI,
MENGIZINKAN AKU MENGGUNAKAN NIKMATMU YANG TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA,
HANYA RAHMATMU YANG KU HARAP AGAR AKU TERHINDAR DARI GOLONGAN YANG TIDAK BERSYUKUR.
AGAR AKU DAPAT BERTEMU DENGANMU DI TAMAN SYURGA YANG KEKAL ABADI.