Monday, December 13, 2010

Apa yang penting??


Salam Sayang penuh Mahabbah dari hati yang tulus ikhlas mencintai ALLAH dan RasulNYA…ku titipkan bicara cinta buat hati-hati yang tenang…Moga nukilan jiwaku menjadi nota bernilai untuk mengislah kehidupan…Agar kecintaan kepada ALLAH dan Rasul melebihi segalanya…

Nisa duduk menyiapkan tugasan di meja belajar. Dia yang sedang dalam latihan praktikel duduk menyewa bersama 7 orang kawannya yang lain. Malam itu dia habiskan masa dengan membaca nota dan membuat laporan. Dia memberikan tumpuan kerana laporan itu mesti dihantar minggu hadapan. “apa lagi yang penting nak karang kat sini” bicaranya dalam hati sambil digarunya kepalanya yang tidak gatal. Serius mukanya mencari idea.

Di belakangnya, erna sedang melayari internet. Leka dengan dunia maya dan tidak  pedulikan nisa di meja belakangnya. Dua sekawan itu masing-masing dalam dunia sendiri.  Isma yang tadinya leka baring dikatil dalam bilik keluar dari bilik, hajatnya nak ke dapur. Dia toleh ke arah Erna.“Eh erna, kau online eh, bukaklah facebook. Aku nak edit profil akulah”pintanya pada erna bila dia lihat kawannya itu sedang melayari internet. Hajatnya nak ke dapur dibatalkan.  Peluang baginya untuk buka facebooknya. Memang menjadi kegilaan dia dengan alat komunikasi maya itu.  Isma menarik kerusi di sebelah meja erna. Dilabuhkan punggung duduk disitu. “jap ye, aku pun tengah bukak facebook aku ni”jawab Erna. “kau tahu tak camne aku nak buat privasi kat gambar aku ni”tanyanya pada Isma.”oh, senang je, tapi aku pun tak ingat” Jawap Isma sambil ketawa terbahak-bahak. Erna mengerutkan muka melihat gelagat isma. “kau ni aku tanya betul-betulah, main-main pula” rungut erna. “ Ala aku gurau je, kau ni sensitif sangat” pujuk Isma.
Nisa yang duduk di belakang mereka hanya mendengar perbualan mereka tanpa sebarang reaksi. Baginya tak penting mencampuri urusan mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Sudah dua baris ayat dia karang komen untuk laporannya. Pening kepalanya menyusun ayat. Bahasa inggerisnya berterabur. Ntah betul atau tidak ayat dikarangnya, dia tak kisah asalkan dibaca faham. “tak kisahlah, harap-harap En Razi terimalah” doanya dalam hati.

Kedengaran pintu rumah di kuak. Terpacul Nori yang baru pulang dari luar. Dia keluar dari pagi tadi. Malam baru pulang. Dia melangkah masuk dan ditutupnya kembali pintu. “ha tu Nori dah balik, kau tanyalah dia” cadang Isma pada Erna.“Nori…eh kau sini jap” panggil Erna. “kenapa kau ni? Aku baru balik,..jawap Nori agak mengeluh. “Ala sinilah jap, kitaorang nak tanya cikit. Facebook ni” sambung Erna. “ ha! facebook? Kenapa? Tanya Nori semula. Dia jadi bersemangat pula bila sebut pasal facebook. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Erna dan Isma. Teruja. Erna pun menerangkan perihal sebenar yang mereka nak ubah privasi gambar dalam akaun facebook mereka. “Aku nak gambar aku ni hanya aku dengan Pakwe aku je boleh tengok, kau tahukan camne nak buat?” soalnya pada Nori. “hmmm..aku pun tak tahu” jawap Nori. “boleh ye nak buat privasi macam tu, eh aku pun nak buat juga weh” sambungnya lagi. “ish budak ni, penat je aku tanya kau lah” ngomel Erna agak kecewa.

 “Roslan pernah ajar aku hari tu, tapi aku ingat-ingat lupalah, tapi kau cuba-cubalah explore” cadang Isma. Erna pun bukalah semua function yang dia rasakan ada kaitan dengan privasi dalam facebook itu. “cuba kau klik kat sebelah profile tu” cadang Isma pada Erna. “lepas tu apa ye”?soalnya sendirian sambil memegang dagunya. Nori pun tidak ketinggalan menyertai Erna dan Isma. “wah kalau macamtu, aku bolehlah buat privasi untuk aku dengan Abang Pian” bicara Nori. “kau buatkan untuk aku eh, khas untuk aku dengan abang pianku, oh…my love…”pintanya pada Erna sambil tangannya diletakkan di dada. Tersenyum sendirian           “ yela,kau ni tak habis-habis dengan Abang Pian kau tu” jawap Erna. “Ala, boleh berjiwang dalam facebook, tak de la Abang pian cemburu” kata Nori. “Ceh, layanlah jiwang kau tu, kat telefon tak cukup ke kau ni” kritik Isma sambil menjebikkan bibir. “suka hati akulah” jawap Nori kembali. “eh, ni ke gambar hisyam” soalnya pada Erna bila melihat gambar seorang lelaki dalam album Erna kat dalam facebook. “ye..hensem kan” puji Erna. Isma dan Nori hanya diam. Mereka akui akan ketampanan hisyam yang Erna pernah ceritakan minggu lepas. “sebab tu aku suka dia, menggu depan kitaorang dating” kata Erna lagi. Nori hanya diam menelan air liur. Cemburu di hatinya. Dibandingkan Hisyam dengan abang piannya. Memang kalah pujaan hatinya itu.

“weh, aku makin gemuk ye”? soal Nori pada 2 orang kawannya itu. Bosan berbicara pasal pak we, dia ubah topic.  Di memegang perutnya yang agak buncit itu. Dicubitnya pehanya yang agak berisi. “selulit banyak ni” katanya lagi. Isma hanya memerhati gelagat Nori itu. “aku lagi gemuk kot” kata Isma. Mendengar bicara Isma itu Erna mencelah. “ceh! Kau mane de gemuk, kurus kering je aku tengok.” Kritik Erna. “aku ni yela, punggung banyak isi kot” sambung Erna lagi mengkritik diri sendiri. Nori mencubit lengan Erna. Dia nak bandingkan dirinya dengan Erna. “lengan kau kurus cikit pada aku” katanya. “tapi punggung kau banyak lemak pada aku, kalah aku weh”sambungnya lagi diiringi gelak tawa. Isma turut ketawa mendengar kata-kata Nori itu. Selamba mengutuk Erna. “ala kau tu sedar diri cikit la,kalau aku gemuk bawah, kau tu gemuk atas, perut buncit.”  Jawap Erna mengkritik Nori. Isma hanya ketawa melihat gelagat Erna dan Nori yang masing masing mengkritik sesama sendiri.

Perbualan 3 sahabat itu tidak langsung memberi kesan pada tumpuan Nisa. Dia semakin pantas mengarang laporan. Namun dia curi-curi dengar juga perbualan mereka itu.  Bukan sengaja, dah terdengar.  Lagi pun kat sebelah telinganya saja, mesti dia dapat menangkap setiap butir bicara mereka. Baginya lumrah orang sekarang, bercinta dan jiwang tidak dapat dipisahkan. “tidak mengapalah abaikan mereka” katanya dalam hati dan dengan pantas dia menekan keypaid mengarang ayat seterusnya. “ dah siap pun” katanya dalam hati. Rasa lega dapat menyiapkan tugasan. “Tidak perlu lagi risau pasal laporan. Boleh tidur  dengan aman.” Katanya dalam hati. Dia duduk merenung ke dinding. Dia nak merehatkan minda setelah penat memerah otak mencari idea untuk mengarang laporannya itu. Perbualan 3 sahabat tadi masih kedengaran. Namun dia seolah-olah tidak merasakan kewujudan mereka. Di bingkas bangan dan merenahkan badan atas katil.

Teringat perbualan mereka tadi. Berkisar tentang angan-angan yang samar dari pandangan mata. Percintaan dengan manusia yang bergelar lelaki bukanlah suatu keseronokan jika ia dibina atas nafsu semata. Bercinta tanpa ikatan yang sah iaitu pernikahan hanya menjadi saham untuk ke neraka. Kehidupan yang sementara bukan tempat untuk mencari kepentingan diri sendiri. Kepentingan yang hanya pada kecintaan pada manusia, soal badan yang tak cantik, rupa yang semakin berkedut, dan perihal buah hati yang cemburu serta segala yang disukai manusia hanya sedikit berbanding kepentingan pada CINTA ALLAH. Allah tidak membandingkan hambanya samaada cantik atau tidak kerana ALLAH maha sempurna dan segala ciptaanNYA sangat sempurna. Bersyukurlah seadanya diri kita ini.  ALLAH maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik sahaja. Mana mungkin kita yang penuh dengan kotoran, maksiat, dosa dan kemungkaran dapat betemu ALLAH dengan mudah. TAK SEDAR diri kita ni!

 “Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH” nisa memanjatkan kesyukuran pada ALLAH.  Nikmat kefahaman yang ALLAH anugerahkan padanya sangat dia syukuri. Bukan semua orang diberi hidayah olah ALLAH. “ALLAH telah selamatkan aku dari semua hayalan dunia yang sementara ini,” bicara hatinya. Dalam sujud solat dia memanjatkan doa. Mengadu pada ALLAH.

“Wahai ALLAH tuhanku yang maha mendengar…
Dengarlah rintihan hambaMU yang hina ini…
Aku yang penuh dengan palitan dosa dan maksiat, yang ku lakukan dengan tidak sengaja kerana kejahilanku. Dosa yang kadangkala ku lakukan dengan sengaja kerana keegoaanku. Aku sungguh berdosa wahai tuhanku…Ampunilah daku wahai ALLAH yang maha pengampun.
Wahai ALLAH yang maha pengasih dan dan penyayang.
ALLAH yang memiliki CINTA TERAGUNG…
Berikanlah aku CINTAMU,
Berikanlah aku KASIH SAYANGMU,
RahmatMU aku harapkan kerana aku sangat takut akan NERAKAMU!
Selamatkanlah aku didunia ini, dunia yang penuh dengan hiasan yang kadangkala membutakan aku. Kadangkala Aku terpesona pada kecantikan hiasan dunia yang sementara ini. Aku leka mengejar CINTA DUNIA. Cintaku pada kejayaan dunia, pada pakaian dan perhiasan diri, pada harta benda dan segala yang ada.
Selamatkan aku di akhirat kelak. Aku tidak tahu akan nasibku, samaada syurga atau neraka. Aku harapkan syurga..Namun layakkah aku??? Aku takut neraka, tapi adakah aku berusaha untuk jauh darinya. Bahang dunia membakar hatiku menjadi hangus… hitam kelam bersama nokhtah dosa yang kian membesar. Aku sangat berdosa wahai ALLAH. Ampunilah Aku…
Wahai ALLAH yang tidak pernah mengabaikanku…
Jadikanlah hatiku teguh mempertahankan syari’atMU,
Kuatkanlah jiwaku menghadapi cabaran duniawi,
Ikatlah aku dengan tali-tali CINTAMU, tali yang membawaku kepadaMU,
Jadikanlah aku pencintaMU yang setia, Siap siaga berjuang untukMU,
Agar kepentinganku hanya pada PENCARIAN CINTAMU…
Demi Pertemuan denganMU…Moga aku antara Para Syuhadah.. Amin Ya RABB..

Nisa bangun dari sujud, mengusap kedua tangannya di wajah.  Dilap air matanya yang berlinangan. Terasa kehambaan tatkala menghadap ALLAH yang Agung. Merasa kerdil berbanding ALLAH yang maha BERKUASA. “Aku nekad untuk berubah, aku memilih untuk berubah dan ALLAH telah memilih aku…Terima Kasih ALLAH” monolognya dalam hati.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasih seseorang hamba itu sehingga hambanya itu mengubah nasib mereka sendiri” (AL QURAN)

*Berubah untuk mencari redha ALLAH bukanlah suatu yang sia-sia bahkan ALLAH menjanjikan ganjaran yang amat bernilai melebihi segalanya.
*Untuk berubah perlukan kesediaan dan tekad serta azam yang kuat kerana tanpa semua itu adalah hanya angan-angan.
*Berubah untuk meraih redha ALLAH di akhirat kelak nescaya redha manusia akan kau perolehi di dunia.



Thursday, December 9, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 3


Pertemuan


“Aku mesti bersemuka dengan Dia” nekad hatinya. Dia geram dengan lelaki yang bernama Ahmad. Dia nak tengok siapakah gerangan orang yang selama ini mengganggu hidupnya. Dia menghantar sms pada Ahmad.

“Saya nak jumpe awak” pinta Nur dalam massage yang dihantarkan pada Ahmad.
 “ha! Nak jumpa?” Tanya Ahmad.
 “yela, saya tak main-main ni, saya tunggu depan dewan ” balas nur. Dia duduk sambil menunggu kedatangan Ahmad.
“Biar betul dia nak jumpa aku” Ahmad bermonolog sendiri. Namun jauh disudut hatinya dia seronok tapi gementar. Siapa yang tak suka berjumpa dengan orang yang dia puja.

Nur melihat jam ditangannya, jam 10.15 pagi. Jam 10.30 pagi sebentar lagi dia ada kelas math dekat bilik kuliah D219. “ish! Mana dia ni, aku dah la ada kelas kejap lagi ni.” rungut hatinya. Dia melihat sekeliling, tiada tanda-tanda kelibat Ahmad akan muncul.

Ahmad bergegas ke dewan yang dimaksudkan Nur. Diredahnya lautan manusia untuk cepat sampai. Kelas baru tamat, kebanyakkan pelajar suka melepak di tepi koridor kelas. Sesak jalan dibuatnya. Dia turun anak tangga, dilangkahnya besar-besar. Akhirnya dia sampai. “oh! Itu dia” kata hatinya. Pantas dia menarik kerusi yang ada depan Nur dan duduk. Diam memandang ke bawah dan menanti reaksi gadis pujaannya itu.

Nur terkejut namun dia kawal dirinya. “Dia ke?” soalnya dalam hati. Dia beranikan diri bertanya; “awak Ahmad ke”? soalnya pada Ahmad. Hatinya berteka-teki. Ahmad hanya diam pandang ke bawah, kemudian direnungnya wajah Nur. “yea, sayalah ahmad” jawabnya dan alihkan semula pandangan ke bawah. Dia sangat malu, tak mampu dia rasa nak bertentangan mata dengan gadis yang menawan hatinya itu.  Melihat perlakuan ahmad itu, nur merenung tajam ke arah lelaki itu. Geram melihat reaksi Ahmad.  Dia lihat wajah Ahmad merah, tersipu-sipu malu. “Awak ni kenapa, peliklah saya tengok awak?” Tanyanya tegas. Ahmad tetap menundukkan pandangannya. Sesekali dia  melihat wajah Nur dan tunduk semula.

Kedengaran  bunyi langkah manusia dari kanan telinga Nur. Nur toleh kea rah bunyi itu. “Alamak, kantoi aku” katanya dalam hati. Ditutup mukanya namun itu tidak berhasil menyembunyikan dirinya dari penglihatan Masrina, rakan sekelasnya. Masrina duduk  berhadapan dengan bilik Nur di asrama. Mereka selalu bersembang dan boleh dikatakan hubungan mereka agak rapat. Nur menyenangi sikap masrina yang sempoi dan gila-gila. Seronok rasanya berkawan dengan masrina. “oh Nur kat sini” sapa Masrina. Sasya yang berjalan bersamanya hanya mengikut mendekati Nur.  Nur menoleh kearah Masrina yang menyapanya. Dia senyum dan masrina membalas senyuman semula.“Buat apa kat sini?”tanyanya dan ditepuknya lembut bahu nur dua kali sambil matanya sekilas melihat Ahmad. Nur hanya diam tanpa kata. Dia tak sangka boleh bertembung dengan masrina. Kalau boleh pertemuannya dengan Ahmad ingin dirahsiakan dari sesiapa sahaja. “er, tak ada apa-apa” jawapnya agak kaget.. “ nak pergi kelas ye”? diajukankan soalan pada Masrina  mengubah topik. “ye, jomlah” jawab masrina pendek. “ok jumpa kat kelas ye” sambungnya dan melangkah meninggalkan Nur dan Ahmad. Sasya hanya mengekori langkah Masrina. Sekilas dia melihat kearah mereka berdua.

 “Mas, Diaorang tu couple ke?” tanya Sasya yang sejak tadi hanya membisu. Masrina diam tanpa sebarang jawapan.“ada apa-apa ke diaorang ni” tanyanya dalam hati. Seingatnya Nur pernah meluahkan masalahnya yang dia diganggu seorang budak lelaki. Siapa pula budak lelaki yang bersamanya tadi. Pelbagai persoalan berlegar-legar di mindanya.
 “ Tak mengapa lepas kelas nanti aku tanyalah dia” dia bermonolog sendiri. Kalau boleh dia ingin tahu apa yang berlaku di depan dewan itu. Apa kaitan budak lelaki itu dengan Nur. “Mas, awak dengar tak saya tanya awak ni, ish! Buat tak tahu je” Bebel sasya sambil digoncangnya tangan Masrina. Geram bila masrina tidak menjawab pertanyaannya. “Eh awak ni Sasya, manalah saya tahu” jawab Masrina. “yela manalah tahu awak ada gossip terbarukan” sasya ketawa kecil. Mereka berdua berjalan sehingga sampai ke kelas.

“Eh awak, saya dah lewat nak ke kelas, ok saya pergi dulu” Nur bingkas bangun dan berjalan untuk ke kelas. Melihat nur meninggalkannya dia memanggil Nur. “awak tunggu saya” sahut ahmad dan berlari-lari anak mengejar Nur. Dia mengiringi langkah Nur. “kita kelas samalah” katanya dan berjalan seiring dengan Nur. “oh! Yeke”? soal Nur. Dia terlupa yang hari itu syarahan dan kelasnya akan bergabung dengan kelas lain. “Cantik lukisan, awak yang lukis ke”? tanya Ahmad sebaik melihat lukisan dalam fail yang dipegang Nur. “ha’ah” jawabnya pendek. “Pandai Awak melukis ye” puji Ahmad. Nur hanya diam tanpa sebarang riaksi.  Sebenarnya dia tidak selesa berjalan seiring dengan Ahmad. Dia tak biasa berjalan beriringan dengan lelaki. Dicepatkan langkah supaya cepat sampai ke kelas. Dia lihat orang sekeliling memandang ke arahnya. Dia sangat malu kerana berjalan dengan ahmad.  Tidak jauh darinya terdapat sekumpulan rakan sekelasnya berkumpul di pondok berhadapan dengan bilik kuliah. “Er..Awak pergi kelas dululah” kata nur pada Ahmad dan terus berlari-lari anak menuju ke pondok di depan bilik kuliah itu. Ahmad terdiam, terkejut dengan tindakan Nur yang tiba-tiba pergi darinya. Dia rasakan Nur seakan-seakan melarikan diri darinya. “hmm, tak mengapalah” katanya dalam hati dan berjalan masuk ke kelas.

“Salam Shah, dah makan?” nur menghantar sms kepada Shahrul sambil berjalan pulang ke asrama.

Sementara menunggu Message balas dari Shahrul, Nur singgah ke kedai roti. Setiap hari dia akan melalui kawasan yang terdapat kedai itu. Terdapat juga kedai buku, restoran dan kedai makanan segera di situ. Dibeleknya roti-roti di kedai itu. “nak beli yang mana ye” monolognya sendiri. Akhirnya dia pilih roti potato. Selepas membayar harga roti itu dia meneruskan perjalanan ke asrama. Dilihatnya telefonnya, tiada message tertera. Disimpannya semula dalam beg. “Ah! Kenapa dia tak balas ni” rungutnya kerana sejak tadi dia menanti message balas dari Shahrul. Dia dah biasa Shahrul tidak membalas message darinya. Biasanya dia akan berfikiran positif. “dia sibuk barangkali” fikirnya. Namun kadangkala dia layan juga rajuk hatinya. Tapi sekejap sahaja kerana dia bukan jenis yang suka merajuk.

Sampai di bilik, terus dia rebah badan atas katil. Dia teringatkan pertemuannya dengan Ahmad tadi. “Owh dia ke Ahmad, rasanya aku pernah bercakap dengan Dia” dia bermonolog. “hmm, tak pe lah, malas aku nak layan”. Nur memejamkan matanya.  Dia ingin lupakan segala peristiwa pagi itu. Dia terlena. Terlelap 10 minit cukup baginya untuk menyegarkan badan. Dia perlu bangun semula untuk ke kelas jam 2.00 petang itu.

Wednesday, December 1, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 2


Diminati.

     Pagi isnin adalah pagi yang cukup sibuk. Maklumlah permulaan hari kerja bagi yang berkerja. Bagi pelajar pula, ia adalah permulaan hari kuliah. Seperti biasa Nur akan keluar jam 8.00 pagi untuk ke kuliah..Walaupun dia dengan ros mengambil jurusan yang sama cuma kelas yang berbeza, tapi kebiasaan kuliah mereka sama.Nur biasanya pergi sendiri kerana Ros akan keluar seawal 7.30pagi untuk ke kelas. Nur lebih suka keluar lambat cikit kerana dia malas nak menunggu pensyarah.

    Setelah tiba di dewan kuliah, Nur mengambil tempat baris kedua dari depan.Dia suka duduk didepan ketika pembelajaran. Kebanyakkan kawan-kawannya suka duduk belakang. Kebiasaannya Baris hadapan pasti akan kosong. Jadi dia menggunakan kesempatan itu untuk duduk di hadapan. Baginya duduk dihadapan lebih mudah untuk mendengar pembelajaran dan lebih mudah bertanya. Sedang dia mengeluarkan buku catatan untuk matapelajaran physic, telefonnya berbunyi menandakan ada message baru masuk. Dia segera mencari telefon yang diletakkan dalam beg dan membaca isi kandungannya yang berbunyi;

"Salam. Saya suka tengok awak. saya nak berkawan dengan awak. Sudi tak awak jadi kawan saya?"
- yang Meminatimu.

Nur terdiam seketika selepas membaca message itu. Hatinya tertanya tanya siapa yang bagi message itu. "budak lelaki hari itu ke"dia bertanya sendirian dalam hati.."Peliknya la..ntah siapa ntah".katanya lagi dalam hati..Pantas dia mencari nombor Ahmad yang dia simpan tempoh hari.."eh lain la pulak, bukan ahmad. Kalau bukan Ahmad ,siapa pula yang bagi message tadi. kalau ahmad memang dia akan marah budak lelaki itu kerana dia tak berkenan dengan sikap Ahmad yang baginya mengganggu hidupnya..

"Aku nak balas ke tak message ni, siapa pula yang bagi message kat aku ni" pelbagai persoalan timbul di benak hatinya.
"Assalamualaikum semua.", pensyarah subjek physic, Encik Baharudin memberi salam. Suasana kelas yang tadinya bising bertukar mejadi senyap. Semua pelajar kelihatan mengeluarkan buku nota pelajaran dan besedia mendengar kuliah.  "sila lihat chapter 2"sambung encik baharudin lagi dan terus memulakan pembelajaran pagi itu.
"oh,abaikan je la" nur berkata dalam hati dan dengan pantas dia menyimpan semula telefon dalam beg dan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran yang sedang disampaikan.. Pembelajaran pagi itu berjalan seperti biasa. En Baharudin telah memberikan tugasan yang mesti di hantar minggu depan.
“Apalah yang aku belajar hari ni” nur bermonolog sendirian selepas kuliah tamat. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya dan semasa kuliah tadi pun dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Tet, tet….telefon nur berdering.  Nur segera mencari telefon namun belum sempat dia menjawap ia berhenti. ‘eh siapa pula yang call ni’..dilihatnya nombor yang tidak dikenali nur  masukkan semula telefon ke dalam beg.. tet, tet,…”eh! Bunyi lagi” bebel nur. “biarlah, malas nak layan, nak main-main je” rungut nur. Hampir sebulan dia belajar ada sahaja gangguan panggilan atau massage dari orang yang dia tidak kenal. Rimas, terganggu dan tak tenang. Itulah keadaan jiwa nur ketika ini.

Nur melangkah laju keluar dari kelas sejurus kelas habis untuk ke kelas seterusnya. Sementara menunggu pensyarah sampai, kebanyakkan kawan-kawan nur suka duduk di luar kelas. Nur pun turut serta namun bezanya dia lebih senang duduk bersendirian. Bukan tidak mahu campur orang namun dia selesa sendiri. Dia merenung pohonan pokok berayun di tiup angin. Sangat menenangkan jiwa namun keasyikannya menikmati panorama alam itu terganggu tatkala kelibat dua orang budak lelaki yang sejak tadi memerhatikannya. “aku ke yang perasan” katanya dalam hati. “Apahal la budak dua orang ni” getusnya dalam hati. Nur merenung ke arah mereka, namun mereka berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku sedangkan sejak awal semasa mununggu tadi dia perasan mereka memerhatikannya. Dia alih pandangan dari mereka “apahal tengok-tengok, aku ada hutang ke dengan diaorang” rungutnya dalam hati. “masuk kelaslah, lagi bagus” nur bermonolog dan melangkah ke dalam kelas. Sejurus masuk kelas dia menerima massage, “jauh merenung tadi”- Ahmad.. Nur melihat sekeliling, dilihatnya setiap budak lelaki dalam kelas itu, tidak seorang pun  yang memegang handphone, yang ada pun sedang berbual. “apa yang dia nak lagi ni” nur membebel sendiri. Dimatikan handphone. Fikirannya jenuh memikirkan siapalah Ahmad yang selalu menghubunginya. Di rimas dan tertekan.

“umi, ada sorang budak lelaki ni nak kawan dengan nur” Nur memulakan bicara. Sejurus selepas kelas Nur menelefon ibunya untuk bertanyakan pendapat. “siapa?” Tanya puan kartina. Dia begitu menambil berat terutama soal berkawan. Dia menggalakkan anak-anaknya berkawan asalkan menjaga batas. “ala, ada budak laki kat sini, nama dia Ahmad. Dia selalu hubungi nur, katanya nak berkawan”nur menerangkan situasi sebenar pada ibunya. “budak tu ok ke?” soal ibunya. “Ntah la umi, nur tak berapa kenal”jawab Nur. Dia ingin tahu apa reaksi ibunya. Segala yang dia buat pasti akan ditanyakan pada  ibunya. Walaupun dia kadangkala degil, namun dia berperinsip bahawa keberkatan ibubapa itu sangat penting. Lama puan kartina membisu sementara nur masih menantikan reaksi ibunya.  “tak payahlah, tumpu study” kata ibunya. Hati ibu mana yang tak risau anaknya berkawan dengan lelaki, sudah la baru masuk belajar, nanti lalai dengan lelaki. Puan kartina begitu risau akan anaknya. Bimbang anaknya itu akan mengabaikan pelajaran.  “baiklah umi, nur ikut kata umi, ok, nur nak pergi basuh baju, nanti kita sembang lagi” jawab nur. “jaga diri baik-baik, ingat kita ni bukan orang senang, belajar sungguh-sungguh” pesan puan kartina dan perbualan dua beranak itu terhenti disitu.