Monday, December 13, 2010

Apa yang penting??


Salam Sayang penuh Mahabbah dari hati yang tulus ikhlas mencintai ALLAH dan RasulNYA…ku titipkan bicara cinta buat hati-hati yang tenang…Moga nukilan jiwaku menjadi nota bernilai untuk mengislah kehidupan…Agar kecintaan kepada ALLAH dan Rasul melebihi segalanya…

Nisa duduk menyiapkan tugasan di meja belajar. Dia yang sedang dalam latihan praktikel duduk menyewa bersama 7 orang kawannya yang lain. Malam itu dia habiskan masa dengan membaca nota dan membuat laporan. Dia memberikan tumpuan kerana laporan itu mesti dihantar minggu hadapan. “apa lagi yang penting nak karang kat sini” bicaranya dalam hati sambil digarunya kepalanya yang tidak gatal. Serius mukanya mencari idea.

Di belakangnya, erna sedang melayari internet. Leka dengan dunia maya dan tidak  pedulikan nisa di meja belakangnya. Dua sekawan itu masing-masing dalam dunia sendiri.  Isma yang tadinya leka baring dikatil dalam bilik keluar dari bilik, hajatnya nak ke dapur. Dia toleh ke arah Erna.“Eh erna, kau online eh, bukaklah facebook. Aku nak edit profil akulah”pintanya pada erna bila dia lihat kawannya itu sedang melayari internet. Hajatnya nak ke dapur dibatalkan.  Peluang baginya untuk buka facebooknya. Memang menjadi kegilaan dia dengan alat komunikasi maya itu.  Isma menarik kerusi di sebelah meja erna. Dilabuhkan punggung duduk disitu. “jap ye, aku pun tengah bukak facebook aku ni”jawab Erna. “kau tahu tak camne aku nak buat privasi kat gambar aku ni”tanyanya pada Isma.”oh, senang je, tapi aku pun tak ingat” Jawap Isma sambil ketawa terbahak-bahak. Erna mengerutkan muka melihat gelagat isma. “kau ni aku tanya betul-betulah, main-main pula” rungut erna. “ Ala aku gurau je, kau ni sensitif sangat” pujuk Isma.
Nisa yang duduk di belakang mereka hanya mendengar perbualan mereka tanpa sebarang reaksi. Baginya tak penting mencampuri urusan mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Sudah dua baris ayat dia karang komen untuk laporannya. Pening kepalanya menyusun ayat. Bahasa inggerisnya berterabur. Ntah betul atau tidak ayat dikarangnya, dia tak kisah asalkan dibaca faham. “tak kisahlah, harap-harap En Razi terimalah” doanya dalam hati.

Kedengaran pintu rumah di kuak. Terpacul Nori yang baru pulang dari luar. Dia keluar dari pagi tadi. Malam baru pulang. Dia melangkah masuk dan ditutupnya kembali pintu. “ha tu Nori dah balik, kau tanyalah dia” cadang Isma pada Erna.“Nori…eh kau sini jap” panggil Erna. “kenapa kau ni? Aku baru balik,..jawap Nori agak mengeluh. “Ala sinilah jap, kitaorang nak tanya cikit. Facebook ni” sambung Erna. “ ha! facebook? Kenapa? Tanya Nori semula. Dia jadi bersemangat pula bila sebut pasal facebook. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Erna dan Isma. Teruja. Erna pun menerangkan perihal sebenar yang mereka nak ubah privasi gambar dalam akaun facebook mereka. “Aku nak gambar aku ni hanya aku dengan Pakwe aku je boleh tengok, kau tahukan camne nak buat?” soalnya pada Nori. “hmmm..aku pun tak tahu” jawap Nori. “boleh ye nak buat privasi macam tu, eh aku pun nak buat juga weh” sambungnya lagi. “ish budak ni, penat je aku tanya kau lah” ngomel Erna agak kecewa.

 “Roslan pernah ajar aku hari tu, tapi aku ingat-ingat lupalah, tapi kau cuba-cubalah explore” cadang Isma. Erna pun bukalah semua function yang dia rasakan ada kaitan dengan privasi dalam facebook itu. “cuba kau klik kat sebelah profile tu” cadang Isma pada Erna. “lepas tu apa ye”?soalnya sendirian sambil memegang dagunya. Nori pun tidak ketinggalan menyertai Erna dan Isma. “wah kalau macamtu, aku bolehlah buat privasi untuk aku dengan Abang Pian” bicara Nori. “kau buatkan untuk aku eh, khas untuk aku dengan abang pianku, oh…my love…”pintanya pada Erna sambil tangannya diletakkan di dada. Tersenyum sendirian           “ yela,kau ni tak habis-habis dengan Abang Pian kau tu” jawap Erna. “Ala, boleh berjiwang dalam facebook, tak de la Abang pian cemburu” kata Nori. “Ceh, layanlah jiwang kau tu, kat telefon tak cukup ke kau ni” kritik Isma sambil menjebikkan bibir. “suka hati akulah” jawap Nori kembali. “eh, ni ke gambar hisyam” soalnya pada Erna bila melihat gambar seorang lelaki dalam album Erna kat dalam facebook. “ye..hensem kan” puji Erna. Isma dan Nori hanya diam. Mereka akui akan ketampanan hisyam yang Erna pernah ceritakan minggu lepas. “sebab tu aku suka dia, menggu depan kitaorang dating” kata Erna lagi. Nori hanya diam menelan air liur. Cemburu di hatinya. Dibandingkan Hisyam dengan abang piannya. Memang kalah pujaan hatinya itu.

“weh, aku makin gemuk ye”? soal Nori pada 2 orang kawannya itu. Bosan berbicara pasal pak we, dia ubah topic.  Di memegang perutnya yang agak buncit itu. Dicubitnya pehanya yang agak berisi. “selulit banyak ni” katanya lagi. Isma hanya memerhati gelagat Nori itu. “aku lagi gemuk kot” kata Isma. Mendengar bicara Isma itu Erna mencelah. “ceh! Kau mane de gemuk, kurus kering je aku tengok.” Kritik Erna. “aku ni yela, punggung banyak isi kot” sambung Erna lagi mengkritik diri sendiri. Nori mencubit lengan Erna. Dia nak bandingkan dirinya dengan Erna. “lengan kau kurus cikit pada aku” katanya. “tapi punggung kau banyak lemak pada aku, kalah aku weh”sambungnya lagi diiringi gelak tawa. Isma turut ketawa mendengar kata-kata Nori itu. Selamba mengutuk Erna. “ala kau tu sedar diri cikit la,kalau aku gemuk bawah, kau tu gemuk atas, perut buncit.”  Jawap Erna mengkritik Nori. Isma hanya ketawa melihat gelagat Erna dan Nori yang masing masing mengkritik sesama sendiri.

Perbualan 3 sahabat itu tidak langsung memberi kesan pada tumpuan Nisa. Dia semakin pantas mengarang laporan. Namun dia curi-curi dengar juga perbualan mereka itu.  Bukan sengaja, dah terdengar.  Lagi pun kat sebelah telinganya saja, mesti dia dapat menangkap setiap butir bicara mereka. Baginya lumrah orang sekarang, bercinta dan jiwang tidak dapat dipisahkan. “tidak mengapalah abaikan mereka” katanya dalam hati dan dengan pantas dia menekan keypaid mengarang ayat seterusnya. “ dah siap pun” katanya dalam hati. Rasa lega dapat menyiapkan tugasan. “Tidak perlu lagi risau pasal laporan. Boleh tidur  dengan aman.” Katanya dalam hati. Dia duduk merenung ke dinding. Dia nak merehatkan minda setelah penat memerah otak mencari idea untuk mengarang laporannya itu. Perbualan 3 sahabat tadi masih kedengaran. Namun dia seolah-olah tidak merasakan kewujudan mereka. Di bingkas bangan dan merenahkan badan atas katil.

Teringat perbualan mereka tadi. Berkisar tentang angan-angan yang samar dari pandangan mata. Percintaan dengan manusia yang bergelar lelaki bukanlah suatu keseronokan jika ia dibina atas nafsu semata. Bercinta tanpa ikatan yang sah iaitu pernikahan hanya menjadi saham untuk ke neraka. Kehidupan yang sementara bukan tempat untuk mencari kepentingan diri sendiri. Kepentingan yang hanya pada kecintaan pada manusia, soal badan yang tak cantik, rupa yang semakin berkedut, dan perihal buah hati yang cemburu serta segala yang disukai manusia hanya sedikit berbanding kepentingan pada CINTA ALLAH. Allah tidak membandingkan hambanya samaada cantik atau tidak kerana ALLAH maha sempurna dan segala ciptaanNYA sangat sempurna. Bersyukurlah seadanya diri kita ini.  ALLAH maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik sahaja. Mana mungkin kita yang penuh dengan kotoran, maksiat, dosa dan kemungkaran dapat betemu ALLAH dengan mudah. TAK SEDAR diri kita ni!

 “Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH” nisa memanjatkan kesyukuran pada ALLAH.  Nikmat kefahaman yang ALLAH anugerahkan padanya sangat dia syukuri. Bukan semua orang diberi hidayah olah ALLAH. “ALLAH telah selamatkan aku dari semua hayalan dunia yang sementara ini,” bicara hatinya. Dalam sujud solat dia memanjatkan doa. Mengadu pada ALLAH.

“Wahai ALLAH tuhanku yang maha mendengar…
Dengarlah rintihan hambaMU yang hina ini…
Aku yang penuh dengan palitan dosa dan maksiat, yang ku lakukan dengan tidak sengaja kerana kejahilanku. Dosa yang kadangkala ku lakukan dengan sengaja kerana keegoaanku. Aku sungguh berdosa wahai tuhanku…Ampunilah daku wahai ALLAH yang maha pengampun.
Wahai ALLAH yang maha pengasih dan dan penyayang.
ALLAH yang memiliki CINTA TERAGUNG…
Berikanlah aku CINTAMU,
Berikanlah aku KASIH SAYANGMU,
RahmatMU aku harapkan kerana aku sangat takut akan NERAKAMU!
Selamatkanlah aku didunia ini, dunia yang penuh dengan hiasan yang kadangkala membutakan aku. Kadangkala Aku terpesona pada kecantikan hiasan dunia yang sementara ini. Aku leka mengejar CINTA DUNIA. Cintaku pada kejayaan dunia, pada pakaian dan perhiasan diri, pada harta benda dan segala yang ada.
Selamatkan aku di akhirat kelak. Aku tidak tahu akan nasibku, samaada syurga atau neraka. Aku harapkan syurga..Namun layakkah aku??? Aku takut neraka, tapi adakah aku berusaha untuk jauh darinya. Bahang dunia membakar hatiku menjadi hangus… hitam kelam bersama nokhtah dosa yang kian membesar. Aku sangat berdosa wahai ALLAH. Ampunilah Aku…
Wahai ALLAH yang tidak pernah mengabaikanku…
Jadikanlah hatiku teguh mempertahankan syari’atMU,
Kuatkanlah jiwaku menghadapi cabaran duniawi,
Ikatlah aku dengan tali-tali CINTAMU, tali yang membawaku kepadaMU,
Jadikanlah aku pencintaMU yang setia, Siap siaga berjuang untukMU,
Agar kepentinganku hanya pada PENCARIAN CINTAMU…
Demi Pertemuan denganMU…Moga aku antara Para Syuhadah.. Amin Ya RABB..

Nisa bangun dari sujud, mengusap kedua tangannya di wajah.  Dilap air matanya yang berlinangan. Terasa kehambaan tatkala menghadap ALLAH yang Agung. Merasa kerdil berbanding ALLAH yang maha BERKUASA. “Aku nekad untuk berubah, aku memilih untuk berubah dan ALLAH telah memilih aku…Terima Kasih ALLAH” monolognya dalam hati.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasih seseorang hamba itu sehingga hambanya itu mengubah nasib mereka sendiri” (AL QURAN)

*Berubah untuk mencari redha ALLAH bukanlah suatu yang sia-sia bahkan ALLAH menjanjikan ganjaran yang amat bernilai melebihi segalanya.
*Untuk berubah perlukan kesediaan dan tekad serta azam yang kuat kerana tanpa semua itu adalah hanya angan-angan.
*Berubah untuk meraih redha ALLAH di akhirat kelak nescaya redha manusia akan kau perolehi di dunia.



No comments:

Post a Comment