Monday, August 30, 2010

Malam yang dinanti-nantikan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah 
lagi Maha Penyayang


AL QADR
(KEMULIAAN)


 Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan...
 Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan...
 Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril 
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan...
 Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar...

Alhamdulillah wa syukurillah...sampai jua kita ke kemuncak ramadhan dimana terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan.Subhanallah..maha suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan penuh berhikmah. Allah menguji hambanya dengan kurniaan  malam yang dinamakan Lailatul Qard. Qard yang bermaksud Kemuliaan yang mana bagi mereka yang dianugerahi malam tersebut  akan memperolehi kesejahteraan.. Moga kita termasuk dari kalangan mereka. InsyaAllah..


Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan; para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan. Mereka yang beribadat pada malam tersebut akan memperolehi ganjaran yang besar..Maha pemurahnya Allah. Beruntunglah bagi orang yang memanfaatkan malam tersebut. 


Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira.


Carilah Malam yang Mulia itu




Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.







Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Karim

Ada Orang yang berpuasa
Mempunyai dua kegembiraan;
Kegembiraan ketika berbuka
Dan kegembiraan ketika
Bertemu dengan Tuhannya.”
HR Bukhari dan Muslim
 
Ramadan, sebelum kau datang
aku menanti dan merinduimu
Kini kau disini
aku merasakan keistimewaanmu dan bersemangat melakukan ibadah kpdNya
Menjelang pemergianmu
aku semakin berlumba-lumba untuk mendapatkan kemaafan dariNya
Bila kau berlalu pergi
akan aku nilai apakah amalanku akan diterima olehNya
Semoga kita semua berjaya 

Wednesday, August 11, 2010

DemiMU Pemilik Sekalian Hati







DEMI TUHAN YANG MEMILIKI HATIKU,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERSELINDUNG DISEBALIK HATIKU,
WALAU TAK KU LAHIRKAN DENGAN LISAN,KAU DAPAT DENGARI SEGALA YANG TERSIRAT,
SEMUA YANG KU INGINKAN DALAM LUBUK NALURIKU YANG TERPENDAM DAPAT KAU JELAJAHI,
AKU SEDAR BAHAWA HATIKU INI TAK SEPATUTNYA DIMANJAI DENGAN HAYALAN SELAIN DARIMU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA TINGGI PENGETAHUANNYA,
KAU MAHA TELITI DALAM MERANCANG,
TELAH KAU TETAPKAN SEGALANYA SESUAI DENGAN DIRIKU,
KAU SELITKAN HIKMAH DISEBALIK UJIAN DAN NIKMAT YANG KAU TURUNKAN.
AGAR HAMBAMU SEDAR AKAN PERHITUNGAN DETIK MENUJUMU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA SIFATNYA,
TERIMA KASIH KERANA ANUGERAHKAN AKU PANCAINDERA YANG CANTIK DAN UNIK,
BANTULAH AKU DALAM MENGHARUNGI ONAK KEHIDUPAN SEORANG DAIE DI DUNIA,
AGAR AKU MENGGUNAKAN ANUGERAHMU INI KE JALAN YANG MENTARBIAH MANUSIA,
SUPAYA AKU DAPAT SELAMATKAN MANUSIA YANG LUPA AKAN JANJI DENGAN MU YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG MAHA TINGGI PENGAMPUNANNYA,
DENGARLAH KELUHAN HATIKU, DENGARLAH RAYUAN PERMINTAAN KEAMPUNAN DARI HAMBAMU INI,
BERIKANLAH PENGAMPUNAN KEPADAKU DAN TETAPKANLAH AKU PADA JALANMU,
KUATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN AKU PADAMU,
AGAR AKU DAPAT MENDIDIK HATIKU BAHAWA HANYA ENGKAULAH SEGALANYA YA ALLAH.


DEMI TUHAN YANG TIDAK PERNAH LEKA WALAN SEKETIKA,
TERIMA KASIH KERANA MEMBENARKAN AKU HIDUP DI DUNIA INI,
MENGIZINKAN AKU MENGGUNAKAN NIKMATMU YANG TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA,
HANYA RAHMATMU YANG KU HARAP AGAR AKU TERHINDAR DARI GOLONGAN YANG TIDAK BERSYUKUR.
AGAR AKU DAPAT BERTEMU DENGANMU DI TAMAN SYURGA YANG KEKAL ABADI.

Tuesday, August 10, 2010

Apa Khabar Buat Semua jiwa yang suci

Alhamdulillah,,, pujian buat Allah tuhan sekalian makhluk...Moga kita dalam rahmatnya...
1 ramadhan telah di lalui..menyimpan sejuta rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk bertemu ramadhan..Ramadhan Karim..Bulan mulia yang penuh keberkatan...Bercakap tentang ramadhan teringat alkisah seorang sahabat saya tentang rahmat Allah kepada hamba - hambanya dalam bulan puasa...Alkisah bermulalah kembara 4 orang shabat karib di sebuah institusi pengajian...persahabatan yang terjalin begitu akrab sekali.. Meraka dikenali sebagai Maria, Sakinah, Alia dan Amy..Namun yang menjadi masalahnya sikap kedekut salah seorang dari 4 sahabat yang bernama Alia tadi menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sahabat-sahabat yang lain...hal ini hanya didiamkan demi menjaga hati sahabat tadi...sifat kedekutnya sangat ketara sehinggakan dia tidak peduli perasaan sahabat - sahabat yang lain...Dia pernah pinjam duit, namun tidak 1 sen pun dibayar balik...masyaALLAH...pernah suatu hari ketika di bulan puasa..Dia sanggup beli makanan dan habiskan makanan itu sorang - sorang kerana tidak mahu sahabat -sahabat lain minta... Sahabat - sahabat yang lain hanya mampu bersabar dan berdoa agar dia berubah...

Suatu hari,  Alia pulang ke rumah awal dari biasa..Dia kelihatan sangat pucat dan 
seolah -olah berada dalam ketakutan...kemudian sahabat- sahabat yang lain tanya perihal keadaan itu..Dia pun bercerita kisah sebenar...katanya: "sebelum pulang rumah tadi, saya singgah ke pasar..kemudian, saya nampak seorang orang tua hulur tangan minta sedekah..lalu, saya hulur la wang yang ada tanpa saya sedar ia wang kertas RM50..Oh tidak!saya ambil semula duit tadi yang sudah berada di tangan orang tua tadi. Mana mungkin saya boleh bagi sebanyak itu...besar sangat..saya pun tunduk tengok dalam beg saya bagi mencari kalau - kalau ade duit kecil..setelah belek -belak...ha!de pun RM1..lalu saya dongak kepala dan hulur pada orang tua tadi..namun Orang tua tu sudah tiada...setahu saya..baru beberapa minit dia berdiri di depan saya.Saya toleh ke sana sini mencari orang tua tadi, namun tak jumpa...saya tanya orang lain disekeliling saya..Namun mereka kelihatan hairan kerana mereka tidak pernah nampak orang tua tersebut...masa tu saya dah takut...lalu saya batalkan hasrat saya nak beli barang kat pasar tadi..." 

Sahabat-sahabat yang mendengar apa yang dia ceritakan tadi hanya diam membisu...suasa sunyi seketika..      " tak pe la Alia, yang penting awak niat nak bagi sedekah, dah tentu Allah bagi ganjaran baik"...kata Amy bagi meredakan Alia yang baginya kelihatan kecewa kerana hasrat utk beri duat kepada orang tua tadi tidak kesampaian.." ye Alia, betul kata Amy tu...Sakinah mengiyakan.."Masalahnya bukan saya tak dapat bagi duit tu...tapi...tapi...saya..hmmm,saya rasa...saya rasa. sesuatu...Awak rasa ape..sampuk Maria kerana keliru dengan pertanyaan yang di berikan Alia..Eh, ..tak ada pe la..Alia segera menutup persoalan Maria tadi...eh, sakinah, berapa duit awak yang saya pinjam tahun lepas.? saya nak bayar sekarang...Alia ingin menjelaskan apa yang dirasakan dalam hatinya. bertapa dia sangat terkesan dengan pertemuannya dengan orang tua tadi..namun dia rasakan Sahabatnya tak mungkin faham apa yang dia alami sebenarnya..lalu dia ubah topik perbualan..hatinya rasa keliru dan secara tidak diduga dirinya dilanda sejuta rasa bersalah yang amat sangat kerana sikapnya yang terlalu kedekut dan berkira...

ulasan cerita:
Alhamdulillah...sesungguhnya...tentera Allah itu sgt ramai dan kemungkinan pertemuan Alia dengan Orang Tua misteri tadi merupakan teguran daripada ALLAH kerana Sifat buruknya... Allah Akan Bagi HidayahNYA kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Moga Kita  dalam rahmatNYA..