Monday, December 13, 2010

Apa yang penting??


Salam Sayang penuh Mahabbah dari hati yang tulus ikhlas mencintai ALLAH dan RasulNYA…ku titipkan bicara cinta buat hati-hati yang tenang…Moga nukilan jiwaku menjadi nota bernilai untuk mengislah kehidupan…Agar kecintaan kepada ALLAH dan Rasul melebihi segalanya…

Nisa duduk menyiapkan tugasan di meja belajar. Dia yang sedang dalam latihan praktikel duduk menyewa bersama 7 orang kawannya yang lain. Malam itu dia habiskan masa dengan membaca nota dan membuat laporan. Dia memberikan tumpuan kerana laporan itu mesti dihantar minggu hadapan. “apa lagi yang penting nak karang kat sini” bicaranya dalam hati sambil digarunya kepalanya yang tidak gatal. Serius mukanya mencari idea.

Di belakangnya, erna sedang melayari internet. Leka dengan dunia maya dan tidak  pedulikan nisa di meja belakangnya. Dua sekawan itu masing-masing dalam dunia sendiri.  Isma yang tadinya leka baring dikatil dalam bilik keluar dari bilik, hajatnya nak ke dapur. Dia toleh ke arah Erna.“Eh erna, kau online eh, bukaklah facebook. Aku nak edit profil akulah”pintanya pada erna bila dia lihat kawannya itu sedang melayari internet. Hajatnya nak ke dapur dibatalkan.  Peluang baginya untuk buka facebooknya. Memang menjadi kegilaan dia dengan alat komunikasi maya itu.  Isma menarik kerusi di sebelah meja erna. Dilabuhkan punggung duduk disitu. “jap ye, aku pun tengah bukak facebook aku ni”jawab Erna. “kau tahu tak camne aku nak buat privasi kat gambar aku ni”tanyanya pada Isma.”oh, senang je, tapi aku pun tak ingat” Jawap Isma sambil ketawa terbahak-bahak. Erna mengerutkan muka melihat gelagat isma. “kau ni aku tanya betul-betulah, main-main pula” rungut erna. “ Ala aku gurau je, kau ni sensitif sangat” pujuk Isma.
Nisa yang duduk di belakang mereka hanya mendengar perbualan mereka tanpa sebarang reaksi. Baginya tak penting mencampuri urusan mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Sudah dua baris ayat dia karang komen untuk laporannya. Pening kepalanya menyusun ayat. Bahasa inggerisnya berterabur. Ntah betul atau tidak ayat dikarangnya, dia tak kisah asalkan dibaca faham. “tak kisahlah, harap-harap En Razi terimalah” doanya dalam hati.

Kedengaran pintu rumah di kuak. Terpacul Nori yang baru pulang dari luar. Dia keluar dari pagi tadi. Malam baru pulang. Dia melangkah masuk dan ditutupnya kembali pintu. “ha tu Nori dah balik, kau tanyalah dia” cadang Isma pada Erna.“Nori…eh kau sini jap” panggil Erna. “kenapa kau ni? Aku baru balik,..jawap Nori agak mengeluh. “Ala sinilah jap, kitaorang nak tanya cikit. Facebook ni” sambung Erna. “ ha! facebook? Kenapa? Tanya Nori semula. Dia jadi bersemangat pula bila sebut pasal facebook. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Erna dan Isma. Teruja. Erna pun menerangkan perihal sebenar yang mereka nak ubah privasi gambar dalam akaun facebook mereka. “Aku nak gambar aku ni hanya aku dengan Pakwe aku je boleh tengok, kau tahukan camne nak buat?” soalnya pada Nori. “hmmm..aku pun tak tahu” jawap Nori. “boleh ye nak buat privasi macam tu, eh aku pun nak buat juga weh” sambungnya lagi. “ish budak ni, penat je aku tanya kau lah” ngomel Erna agak kecewa.

 “Roslan pernah ajar aku hari tu, tapi aku ingat-ingat lupalah, tapi kau cuba-cubalah explore” cadang Isma. Erna pun bukalah semua function yang dia rasakan ada kaitan dengan privasi dalam facebook itu. “cuba kau klik kat sebelah profile tu” cadang Isma pada Erna. “lepas tu apa ye”?soalnya sendirian sambil memegang dagunya. Nori pun tidak ketinggalan menyertai Erna dan Isma. “wah kalau macamtu, aku bolehlah buat privasi untuk aku dengan Abang Pian” bicara Nori. “kau buatkan untuk aku eh, khas untuk aku dengan abang pianku, oh…my love…”pintanya pada Erna sambil tangannya diletakkan di dada. Tersenyum sendirian           “ yela,kau ni tak habis-habis dengan Abang Pian kau tu” jawap Erna. “Ala, boleh berjiwang dalam facebook, tak de la Abang pian cemburu” kata Nori. “Ceh, layanlah jiwang kau tu, kat telefon tak cukup ke kau ni” kritik Isma sambil menjebikkan bibir. “suka hati akulah” jawap Nori kembali. “eh, ni ke gambar hisyam” soalnya pada Erna bila melihat gambar seorang lelaki dalam album Erna kat dalam facebook. “ye..hensem kan” puji Erna. Isma dan Nori hanya diam. Mereka akui akan ketampanan hisyam yang Erna pernah ceritakan minggu lepas. “sebab tu aku suka dia, menggu depan kitaorang dating” kata Erna lagi. Nori hanya diam menelan air liur. Cemburu di hatinya. Dibandingkan Hisyam dengan abang piannya. Memang kalah pujaan hatinya itu.

“weh, aku makin gemuk ye”? soal Nori pada 2 orang kawannya itu. Bosan berbicara pasal pak we, dia ubah topic.  Di memegang perutnya yang agak buncit itu. Dicubitnya pehanya yang agak berisi. “selulit banyak ni” katanya lagi. Isma hanya memerhati gelagat Nori itu. “aku lagi gemuk kot” kata Isma. Mendengar bicara Isma itu Erna mencelah. “ceh! Kau mane de gemuk, kurus kering je aku tengok.” Kritik Erna. “aku ni yela, punggung banyak isi kot” sambung Erna lagi mengkritik diri sendiri. Nori mencubit lengan Erna. Dia nak bandingkan dirinya dengan Erna. “lengan kau kurus cikit pada aku” katanya. “tapi punggung kau banyak lemak pada aku, kalah aku weh”sambungnya lagi diiringi gelak tawa. Isma turut ketawa mendengar kata-kata Nori itu. Selamba mengutuk Erna. “ala kau tu sedar diri cikit la,kalau aku gemuk bawah, kau tu gemuk atas, perut buncit.”  Jawap Erna mengkritik Nori. Isma hanya ketawa melihat gelagat Erna dan Nori yang masing masing mengkritik sesama sendiri.

Perbualan 3 sahabat itu tidak langsung memberi kesan pada tumpuan Nisa. Dia semakin pantas mengarang laporan. Namun dia curi-curi dengar juga perbualan mereka itu.  Bukan sengaja, dah terdengar.  Lagi pun kat sebelah telinganya saja, mesti dia dapat menangkap setiap butir bicara mereka. Baginya lumrah orang sekarang, bercinta dan jiwang tidak dapat dipisahkan. “tidak mengapalah abaikan mereka” katanya dalam hati dan dengan pantas dia menekan keypaid mengarang ayat seterusnya. “ dah siap pun” katanya dalam hati. Rasa lega dapat menyiapkan tugasan. “Tidak perlu lagi risau pasal laporan. Boleh tidur  dengan aman.” Katanya dalam hati. Dia duduk merenung ke dinding. Dia nak merehatkan minda setelah penat memerah otak mencari idea untuk mengarang laporannya itu. Perbualan 3 sahabat tadi masih kedengaran. Namun dia seolah-olah tidak merasakan kewujudan mereka. Di bingkas bangan dan merenahkan badan atas katil.

Teringat perbualan mereka tadi. Berkisar tentang angan-angan yang samar dari pandangan mata. Percintaan dengan manusia yang bergelar lelaki bukanlah suatu keseronokan jika ia dibina atas nafsu semata. Bercinta tanpa ikatan yang sah iaitu pernikahan hanya menjadi saham untuk ke neraka. Kehidupan yang sementara bukan tempat untuk mencari kepentingan diri sendiri. Kepentingan yang hanya pada kecintaan pada manusia, soal badan yang tak cantik, rupa yang semakin berkedut, dan perihal buah hati yang cemburu serta segala yang disukai manusia hanya sedikit berbanding kepentingan pada CINTA ALLAH. Allah tidak membandingkan hambanya samaada cantik atau tidak kerana ALLAH maha sempurna dan segala ciptaanNYA sangat sempurna. Bersyukurlah seadanya diri kita ini.  ALLAH maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik sahaja. Mana mungkin kita yang penuh dengan kotoran, maksiat, dosa dan kemungkaran dapat betemu ALLAH dengan mudah. TAK SEDAR diri kita ni!

 “Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH” nisa memanjatkan kesyukuran pada ALLAH.  Nikmat kefahaman yang ALLAH anugerahkan padanya sangat dia syukuri. Bukan semua orang diberi hidayah olah ALLAH. “ALLAH telah selamatkan aku dari semua hayalan dunia yang sementara ini,” bicara hatinya. Dalam sujud solat dia memanjatkan doa. Mengadu pada ALLAH.

“Wahai ALLAH tuhanku yang maha mendengar…
Dengarlah rintihan hambaMU yang hina ini…
Aku yang penuh dengan palitan dosa dan maksiat, yang ku lakukan dengan tidak sengaja kerana kejahilanku. Dosa yang kadangkala ku lakukan dengan sengaja kerana keegoaanku. Aku sungguh berdosa wahai tuhanku…Ampunilah daku wahai ALLAH yang maha pengampun.
Wahai ALLAH yang maha pengasih dan dan penyayang.
ALLAH yang memiliki CINTA TERAGUNG…
Berikanlah aku CINTAMU,
Berikanlah aku KASIH SAYANGMU,
RahmatMU aku harapkan kerana aku sangat takut akan NERAKAMU!
Selamatkanlah aku didunia ini, dunia yang penuh dengan hiasan yang kadangkala membutakan aku. Kadangkala Aku terpesona pada kecantikan hiasan dunia yang sementara ini. Aku leka mengejar CINTA DUNIA. Cintaku pada kejayaan dunia, pada pakaian dan perhiasan diri, pada harta benda dan segala yang ada.
Selamatkan aku di akhirat kelak. Aku tidak tahu akan nasibku, samaada syurga atau neraka. Aku harapkan syurga..Namun layakkah aku??? Aku takut neraka, tapi adakah aku berusaha untuk jauh darinya. Bahang dunia membakar hatiku menjadi hangus… hitam kelam bersama nokhtah dosa yang kian membesar. Aku sangat berdosa wahai ALLAH. Ampunilah Aku…
Wahai ALLAH yang tidak pernah mengabaikanku…
Jadikanlah hatiku teguh mempertahankan syari’atMU,
Kuatkanlah jiwaku menghadapi cabaran duniawi,
Ikatlah aku dengan tali-tali CINTAMU, tali yang membawaku kepadaMU,
Jadikanlah aku pencintaMU yang setia, Siap siaga berjuang untukMU,
Agar kepentinganku hanya pada PENCARIAN CINTAMU…
Demi Pertemuan denganMU…Moga aku antara Para Syuhadah.. Amin Ya RABB..

Nisa bangun dari sujud, mengusap kedua tangannya di wajah.  Dilap air matanya yang berlinangan. Terasa kehambaan tatkala menghadap ALLAH yang Agung. Merasa kerdil berbanding ALLAH yang maha BERKUASA. “Aku nekad untuk berubah, aku memilih untuk berubah dan ALLAH telah memilih aku…Terima Kasih ALLAH” monolognya dalam hati.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasih seseorang hamba itu sehingga hambanya itu mengubah nasib mereka sendiri” (AL QURAN)

*Berubah untuk mencari redha ALLAH bukanlah suatu yang sia-sia bahkan ALLAH menjanjikan ganjaran yang amat bernilai melebihi segalanya.
*Untuk berubah perlukan kesediaan dan tekad serta azam yang kuat kerana tanpa semua itu adalah hanya angan-angan.
*Berubah untuk meraih redha ALLAH di akhirat kelak nescaya redha manusia akan kau perolehi di dunia.



Thursday, December 9, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 3


Pertemuan


“Aku mesti bersemuka dengan Dia” nekad hatinya. Dia geram dengan lelaki yang bernama Ahmad. Dia nak tengok siapakah gerangan orang yang selama ini mengganggu hidupnya. Dia menghantar sms pada Ahmad.

“Saya nak jumpe awak” pinta Nur dalam massage yang dihantarkan pada Ahmad.
 “ha! Nak jumpa?” Tanya Ahmad.
 “yela, saya tak main-main ni, saya tunggu depan dewan ” balas nur. Dia duduk sambil menunggu kedatangan Ahmad.
“Biar betul dia nak jumpa aku” Ahmad bermonolog sendiri. Namun jauh disudut hatinya dia seronok tapi gementar. Siapa yang tak suka berjumpa dengan orang yang dia puja.

Nur melihat jam ditangannya, jam 10.15 pagi. Jam 10.30 pagi sebentar lagi dia ada kelas math dekat bilik kuliah D219. “ish! Mana dia ni, aku dah la ada kelas kejap lagi ni.” rungut hatinya. Dia melihat sekeliling, tiada tanda-tanda kelibat Ahmad akan muncul.

Ahmad bergegas ke dewan yang dimaksudkan Nur. Diredahnya lautan manusia untuk cepat sampai. Kelas baru tamat, kebanyakkan pelajar suka melepak di tepi koridor kelas. Sesak jalan dibuatnya. Dia turun anak tangga, dilangkahnya besar-besar. Akhirnya dia sampai. “oh! Itu dia” kata hatinya. Pantas dia menarik kerusi yang ada depan Nur dan duduk. Diam memandang ke bawah dan menanti reaksi gadis pujaannya itu.

Nur terkejut namun dia kawal dirinya. “Dia ke?” soalnya dalam hati. Dia beranikan diri bertanya; “awak Ahmad ke”? soalnya pada Ahmad. Hatinya berteka-teki. Ahmad hanya diam pandang ke bawah, kemudian direnungnya wajah Nur. “yea, sayalah ahmad” jawabnya dan alihkan semula pandangan ke bawah. Dia sangat malu, tak mampu dia rasa nak bertentangan mata dengan gadis yang menawan hatinya itu.  Melihat perlakuan ahmad itu, nur merenung tajam ke arah lelaki itu. Geram melihat reaksi Ahmad.  Dia lihat wajah Ahmad merah, tersipu-sipu malu. “Awak ni kenapa, peliklah saya tengok awak?” Tanyanya tegas. Ahmad tetap menundukkan pandangannya. Sesekali dia  melihat wajah Nur dan tunduk semula.

Kedengaran  bunyi langkah manusia dari kanan telinga Nur. Nur toleh kea rah bunyi itu. “Alamak, kantoi aku” katanya dalam hati. Ditutup mukanya namun itu tidak berhasil menyembunyikan dirinya dari penglihatan Masrina, rakan sekelasnya. Masrina duduk  berhadapan dengan bilik Nur di asrama. Mereka selalu bersembang dan boleh dikatakan hubungan mereka agak rapat. Nur menyenangi sikap masrina yang sempoi dan gila-gila. Seronok rasanya berkawan dengan masrina. “oh Nur kat sini” sapa Masrina. Sasya yang berjalan bersamanya hanya mengikut mendekati Nur.  Nur menoleh kearah Masrina yang menyapanya. Dia senyum dan masrina membalas senyuman semula.“Buat apa kat sini?”tanyanya dan ditepuknya lembut bahu nur dua kali sambil matanya sekilas melihat Ahmad. Nur hanya diam tanpa kata. Dia tak sangka boleh bertembung dengan masrina. Kalau boleh pertemuannya dengan Ahmad ingin dirahsiakan dari sesiapa sahaja. “er, tak ada apa-apa” jawapnya agak kaget.. “ nak pergi kelas ye”? diajukankan soalan pada Masrina  mengubah topik. “ye, jomlah” jawab masrina pendek. “ok jumpa kat kelas ye” sambungnya dan melangkah meninggalkan Nur dan Ahmad. Sasya hanya mengekori langkah Masrina. Sekilas dia melihat kearah mereka berdua.

 “Mas, Diaorang tu couple ke?” tanya Sasya yang sejak tadi hanya membisu. Masrina diam tanpa sebarang jawapan.“ada apa-apa ke diaorang ni” tanyanya dalam hati. Seingatnya Nur pernah meluahkan masalahnya yang dia diganggu seorang budak lelaki. Siapa pula budak lelaki yang bersamanya tadi. Pelbagai persoalan berlegar-legar di mindanya.
 “ Tak mengapa lepas kelas nanti aku tanyalah dia” dia bermonolog sendiri. Kalau boleh dia ingin tahu apa yang berlaku di depan dewan itu. Apa kaitan budak lelaki itu dengan Nur. “Mas, awak dengar tak saya tanya awak ni, ish! Buat tak tahu je” Bebel sasya sambil digoncangnya tangan Masrina. Geram bila masrina tidak menjawab pertanyaannya. “Eh awak ni Sasya, manalah saya tahu” jawab Masrina. “yela manalah tahu awak ada gossip terbarukan” sasya ketawa kecil. Mereka berdua berjalan sehingga sampai ke kelas.

“Eh awak, saya dah lewat nak ke kelas, ok saya pergi dulu” Nur bingkas bangun dan berjalan untuk ke kelas. Melihat nur meninggalkannya dia memanggil Nur. “awak tunggu saya” sahut ahmad dan berlari-lari anak mengejar Nur. Dia mengiringi langkah Nur. “kita kelas samalah” katanya dan berjalan seiring dengan Nur. “oh! Yeke”? soal Nur. Dia terlupa yang hari itu syarahan dan kelasnya akan bergabung dengan kelas lain. “Cantik lukisan, awak yang lukis ke”? tanya Ahmad sebaik melihat lukisan dalam fail yang dipegang Nur. “ha’ah” jawabnya pendek. “Pandai Awak melukis ye” puji Ahmad. Nur hanya diam tanpa sebarang riaksi.  Sebenarnya dia tidak selesa berjalan seiring dengan Ahmad. Dia tak biasa berjalan beriringan dengan lelaki. Dicepatkan langkah supaya cepat sampai ke kelas. Dia lihat orang sekeliling memandang ke arahnya. Dia sangat malu kerana berjalan dengan ahmad.  Tidak jauh darinya terdapat sekumpulan rakan sekelasnya berkumpul di pondok berhadapan dengan bilik kuliah. “Er..Awak pergi kelas dululah” kata nur pada Ahmad dan terus berlari-lari anak menuju ke pondok di depan bilik kuliah itu. Ahmad terdiam, terkejut dengan tindakan Nur yang tiba-tiba pergi darinya. Dia rasakan Nur seakan-seakan melarikan diri darinya. “hmm, tak mengapalah” katanya dalam hati dan berjalan masuk ke kelas.

“Salam Shah, dah makan?” nur menghantar sms kepada Shahrul sambil berjalan pulang ke asrama.

Sementara menunggu Message balas dari Shahrul, Nur singgah ke kedai roti. Setiap hari dia akan melalui kawasan yang terdapat kedai itu. Terdapat juga kedai buku, restoran dan kedai makanan segera di situ. Dibeleknya roti-roti di kedai itu. “nak beli yang mana ye” monolognya sendiri. Akhirnya dia pilih roti potato. Selepas membayar harga roti itu dia meneruskan perjalanan ke asrama. Dilihatnya telefonnya, tiada message tertera. Disimpannya semula dalam beg. “Ah! Kenapa dia tak balas ni” rungutnya kerana sejak tadi dia menanti message balas dari Shahrul. Dia dah biasa Shahrul tidak membalas message darinya. Biasanya dia akan berfikiran positif. “dia sibuk barangkali” fikirnya. Namun kadangkala dia layan juga rajuk hatinya. Tapi sekejap sahaja kerana dia bukan jenis yang suka merajuk.

Sampai di bilik, terus dia rebah badan atas katil. Dia teringatkan pertemuannya dengan Ahmad tadi. “Owh dia ke Ahmad, rasanya aku pernah bercakap dengan Dia” dia bermonolog. “hmm, tak pe lah, malas aku nak layan”. Nur memejamkan matanya.  Dia ingin lupakan segala peristiwa pagi itu. Dia terlena. Terlelap 10 minit cukup baginya untuk menyegarkan badan. Dia perlu bangun semula untuk ke kelas jam 2.00 petang itu.

Wednesday, December 1, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 2


Diminati.

     Pagi isnin adalah pagi yang cukup sibuk. Maklumlah permulaan hari kerja bagi yang berkerja. Bagi pelajar pula, ia adalah permulaan hari kuliah. Seperti biasa Nur akan keluar jam 8.00 pagi untuk ke kuliah..Walaupun dia dengan ros mengambil jurusan yang sama cuma kelas yang berbeza, tapi kebiasaan kuliah mereka sama.Nur biasanya pergi sendiri kerana Ros akan keluar seawal 7.30pagi untuk ke kelas. Nur lebih suka keluar lambat cikit kerana dia malas nak menunggu pensyarah.

    Setelah tiba di dewan kuliah, Nur mengambil tempat baris kedua dari depan.Dia suka duduk didepan ketika pembelajaran. Kebanyakkan kawan-kawannya suka duduk belakang. Kebiasaannya Baris hadapan pasti akan kosong. Jadi dia menggunakan kesempatan itu untuk duduk di hadapan. Baginya duduk dihadapan lebih mudah untuk mendengar pembelajaran dan lebih mudah bertanya. Sedang dia mengeluarkan buku catatan untuk matapelajaran physic, telefonnya berbunyi menandakan ada message baru masuk. Dia segera mencari telefon yang diletakkan dalam beg dan membaca isi kandungannya yang berbunyi;

"Salam. Saya suka tengok awak. saya nak berkawan dengan awak. Sudi tak awak jadi kawan saya?"
- yang Meminatimu.

Nur terdiam seketika selepas membaca message itu. Hatinya tertanya tanya siapa yang bagi message itu. "budak lelaki hari itu ke"dia bertanya sendirian dalam hati.."Peliknya la..ntah siapa ntah".katanya lagi dalam hati..Pantas dia mencari nombor Ahmad yang dia simpan tempoh hari.."eh lain la pulak, bukan ahmad. Kalau bukan Ahmad ,siapa pula yang bagi message tadi. kalau ahmad memang dia akan marah budak lelaki itu kerana dia tak berkenan dengan sikap Ahmad yang baginya mengganggu hidupnya..

"Aku nak balas ke tak message ni, siapa pula yang bagi message kat aku ni" pelbagai persoalan timbul di benak hatinya.
"Assalamualaikum semua.", pensyarah subjek physic, Encik Baharudin memberi salam. Suasana kelas yang tadinya bising bertukar mejadi senyap. Semua pelajar kelihatan mengeluarkan buku nota pelajaran dan besedia mendengar kuliah.  "sila lihat chapter 2"sambung encik baharudin lagi dan terus memulakan pembelajaran pagi itu.
"oh,abaikan je la" nur berkata dalam hati dan dengan pantas dia menyimpan semula telefon dalam beg dan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran yang sedang disampaikan.. Pembelajaran pagi itu berjalan seperti biasa. En Baharudin telah memberikan tugasan yang mesti di hantar minggu depan.
“Apalah yang aku belajar hari ni” nur bermonolog sendirian selepas kuliah tamat. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya dan semasa kuliah tadi pun dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Tet, tet….telefon nur berdering.  Nur segera mencari telefon namun belum sempat dia menjawap ia berhenti. ‘eh siapa pula yang call ni’..dilihatnya nombor yang tidak dikenali nur  masukkan semula telefon ke dalam beg.. tet, tet,…”eh! Bunyi lagi” bebel nur. “biarlah, malas nak layan, nak main-main je” rungut nur. Hampir sebulan dia belajar ada sahaja gangguan panggilan atau massage dari orang yang dia tidak kenal. Rimas, terganggu dan tak tenang. Itulah keadaan jiwa nur ketika ini.

Nur melangkah laju keluar dari kelas sejurus kelas habis untuk ke kelas seterusnya. Sementara menunggu pensyarah sampai, kebanyakkan kawan-kawan nur suka duduk di luar kelas. Nur pun turut serta namun bezanya dia lebih senang duduk bersendirian. Bukan tidak mahu campur orang namun dia selesa sendiri. Dia merenung pohonan pokok berayun di tiup angin. Sangat menenangkan jiwa namun keasyikannya menikmati panorama alam itu terganggu tatkala kelibat dua orang budak lelaki yang sejak tadi memerhatikannya. “aku ke yang perasan” katanya dalam hati. “Apahal la budak dua orang ni” getusnya dalam hati. Nur merenung ke arah mereka, namun mereka berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku sedangkan sejak awal semasa mununggu tadi dia perasan mereka memerhatikannya. Dia alih pandangan dari mereka “apahal tengok-tengok, aku ada hutang ke dengan diaorang” rungutnya dalam hati. “masuk kelaslah, lagi bagus” nur bermonolog dan melangkah ke dalam kelas. Sejurus masuk kelas dia menerima massage, “jauh merenung tadi”- Ahmad.. Nur melihat sekeliling, dilihatnya setiap budak lelaki dalam kelas itu, tidak seorang pun  yang memegang handphone, yang ada pun sedang berbual. “apa yang dia nak lagi ni” nur membebel sendiri. Dimatikan handphone. Fikirannya jenuh memikirkan siapalah Ahmad yang selalu menghubunginya. Di rimas dan tertekan.

“umi, ada sorang budak lelaki ni nak kawan dengan nur” Nur memulakan bicara. Sejurus selepas kelas Nur menelefon ibunya untuk bertanyakan pendapat. “siapa?” Tanya puan kartina. Dia begitu menambil berat terutama soal berkawan. Dia menggalakkan anak-anaknya berkawan asalkan menjaga batas. “ala, ada budak laki kat sini, nama dia Ahmad. Dia selalu hubungi nur, katanya nak berkawan”nur menerangkan situasi sebenar pada ibunya. “budak tu ok ke?” soal ibunya. “Ntah la umi, nur tak berapa kenal”jawab Nur. Dia ingin tahu apa reaksi ibunya. Segala yang dia buat pasti akan ditanyakan pada  ibunya. Walaupun dia kadangkala degil, namun dia berperinsip bahawa keberkatan ibubapa itu sangat penting. Lama puan kartina membisu sementara nur masih menantikan reaksi ibunya.  “tak payahlah, tumpu study” kata ibunya. Hati ibu mana yang tak risau anaknya berkawan dengan lelaki, sudah la baru masuk belajar, nanti lalai dengan lelaki. Puan kartina begitu risau akan anaknya. Bimbang anaknya itu akan mengabaikan pelajaran.  “baiklah umi, nur ikut kata umi, ok, nur nak pergi basuh baju, nanti kita sembang lagi” jawab nur. “jaga diri baik-baik, ingat kita ni bukan orang senang, belajar sungguh-sungguh” pesan puan kartina dan perbualan dua beranak itu terhenti disitu.

Monday, November 29, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 1


Oh Hati...
    Suasana pagi itu nyaman sekali...kebetulan hujung minggu, suasana di universiti  agak sunyi. kebanyakkan orang memilih jam 12 pagi sebagai waktu sarapan..sekali gus makan tengahari..perkara ini sudah menjadi rutin pelajar termasuklah Nur Aisyah Humaira sejak dia masuk belajar sebulan lalu.."Nur,bagunlah" ros teman sebiliknya mengejutkannya.."hmmm, kan awal lagi ni...kau ni, kacau la orang nak tido"merungut nur.."hei, sekarang jam 12.30 tau, kau ni harap je anak dara, bangun lambat, nanti tak de orang nak pinang kau baru tahu" ros membebel sambil tangannya ligat mengemas buku-buku yang bersepah diatas meja nur..."hmm,harap je rajin study, tapi malas mengemas..ros mengata dalam hati..

"Ape kau cakap?'' nur bingkas bangun dan menyelak selimut yang menyelubungi badannya.."kau cakap aku malas eh?nur kembali bertanya kepada ros dengan membeliakkan matanya..sengaja hendak mengugut ros.."eh mana ade aku cakap lah"...ros segera menafikan kata-kata nur tadi.."aku cuma bimbang takde orang nak kat kau, sebab bangun lambat".sambung ros dengan disertai dengan ketawa kecil. Dia kemudian  berlalu untuk keluar dari bilik..baginya, dia malas nak berbalah dengan nur sebab dia tahu nur pasti nak menang sahaja..lebih baik dia mencuci baju yang dah seminggu dia longgok.."ha kau nak pegi mane tu, aku belum habis cakap lagi la" teriak nur. "aku nak pegi basuh baju la"jawap ros.

 "Hmmm, ade je orang nak kat aku la..shah kan ade"...nur bebel sendirian...hatinya begitu berbunga setiap kali teringatkan insan yang bernama Shahrul Effendi bin Sulaiman. Lelaki yang dia kenal sejak 4 bulan lalu begitu menceriakan hatinya. Dia tidak pernah kenal lelaki seperti shah. Baginya lelaki itu sangat unik, kelakar, simple dan sangat bersungguh-sungguh. Sikap lelaki itu benar-benar membuatkannya jatuh hati walau pun mereka tidak pernah berjumpa.

Semenjak dibangku sekolah lagi dia menetapkan perinsip tidak mahu bercinta selagi belum habis belajar. Dia mengelak dari memandang lelaki walaupun ada dikalangan budak lelaki yang meminatinya. “Aku tak percaya cinta zaman persekolahan”. Tegas hatinya. Sebab tu nur tak ramai kawan lelaki. Dia sangat memilih dan hanya sebahagian budak lelaki pernah bercakap dengannya. Selepas  tamat sekolah menengah, hatinya mula memikirkan hasrat untuk mengenali lelaki. Dia nak kenal sikap lelaki dan dia mula mencari kenalan. Bekerja sementara di kedai buku memberi peluang untuknya mencari kenalan melalui majalah. Habis semua buku-buku dikedai itu dibeleknya, cari mana tahu ada ruang untuk berkenalan dan cara itulah yang membawanya mengenali shahrul. Insan yang kini disayanginya.

"Assalamualaikum..Shah pe khabar? tengah buat pe tu?"
Nur menaip sms kepada Shahrul...nur yang tadi sudah bangun dan duduk diatas katil kembali baring..sambil fikirannya mengambarkan rupa shah..lelaki yang dia kenali itu belum pernah dia lihat rupa.

" Bagaimana aku boleh suka dia?, sedangkan aku tidak pernah jumpe dia " nur bermonolog sendirian. Dia selalu mempersoalkan tentang cinta alam maya. Berkenalan melalui telefon dan jatuh cinta. Macam tak  masuk akal tapi itulah realiti yang sedang dia hadapi.

" wa'laikumussalam..ye cik nur..kite sihat je..tengah melukis ni. Cik Nur sihat?" balas shahrul. Kadangkala ayat dalam massege  kedengaran seperti kebudak-budakan, kelakar. Namun, itulah yang membuat nur meminati shahrul. Hatinya begitu riang sekali..Nur pun terus menaip sms membalas massage semula, belum habis dia menaip, satu massage masuk..Nur segera membukanya;

"Hai awak tengah buat apa tu.?" - Ahmad
"Ahmad mana pulak ni? orang ni salah hantar massage kot"..kata nur dalam hati sambil fikirannya dilanda persoalan siapakah yang menghantar massage itu..
"eh, macam pernah tengok la nombor telefon ni?"dia bertanya dalam hatinya.Nur segera melihat nombor-nombor yang pernah menghubunginya sebelum ini kerana dia merasakan dia kenal siapa pemilik nombor itu..
"hm, dah agak dah dia, malas aku nak layan", kata nur dalam hati.hatinya begitu tidak senang dengan Ahmad, lelaki yang tidak di kenalinya itu. Sejak seminggu lalu lelaki itu sering menghubunginya. Pernah suatu pagi Ahmad menelefonnya bertanyakan hal tentang jadual kelas;

"Assalamualaikum..awak, pagi ni kelas pe ye?"Ahmad memulakan perbualan..
 "Wa'laikumussalam..hm ni siapa?" tanya nur.Agak tegas. Hatinya ragu-ragu siapa lelaki yang menghubunginya pagi itu.
"Saya Ahmad, boleh saya tanya jadual pagi ni,pagi ni kelas apa ye?"jawab Ahmad.
"Awak tak salin jadual ke?tanya Nur semula tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan Ahmad tadi. Dia begitu tidak senang dengan lelaki itu. Sudah la dia tak kenal, tiba- tiba tanya perihal jadual kelas pula.
"eh salin"jawab Ahmad agak gugup. "saya nakkan kepastian je, pagi ni kelas math kan?" ahmad menyambung perbualan.."garangnya la budak ni"katanya dalam hati.
"yea!"jawab Nur pendek lantas mematikan telefon. 
"ok terima kasih, ish.. belum habis cakap dah letak" rungut Ahmad..”takpela, garang pun garanglah, janji hati aku dah suka” Ahmad bercakap sendirian.


Dia rasa dia sudah jatuh cinta pandangan pertama dengan gadis itu. Wajah yang comel, kulit putih melepak dan gaya yang tersendiri membuatkannya mengilai gadis itu. Hatinya merasakan cinta setiapkali melihat gadis itu. Dia pernah menegur gadis itu ketika hari pertama kuliah. Sejak itu dia tidak dapat melupakan gadis itu.
Nur terdiam dan fikirannya musykil. Dia sangat hairan bagaimana lelaki itu boleh tahu nombor dia, seingatnya, dia bukan bagi nombor kepada mana-mana lelaki dalam kelasnya semenjak dia masuk belajar.

 "eh shahrul, mesti dia tunggu aku balas message dia" nur berkata sendirian..dia rasa bersalah kerana membiarkan fikirannya melayang memikirkan tentang Ahmad dan membiarkan Shah menunggu message balas darinya.. Dengan segera dia menaip message kepada Shah.

"Maaf Shah, lambat balas message, tadi Nur ade hal" Nur membalas message kepada Shah.
"tak pe. Ok cik Nur, saya nak ke bengkel..salam (@_@)" jawab shah.
"ok. jaga diri elok-elok"balas nur dan bingkas bangun serta menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Hatinya begitu ceria sekali. dapat menghubungi shah sekali dalam sehari pun dah cukup membuatkan dia gembira.

“wah comelnyer cik Nur kita nie”? puji shahrul tatkala menerima kiriman gambar nur. Nur menghantarnya melalui mms.  Terasa bangga di hati Nur tatakala mendapat pujian dari orang yang dipuja. Nur begitu teruja untuk melihat gambar shah. Dia tidak kisah rupa shah macamna sekali pun kerana hatinya dah suka. Dia memang betul-betul sudah jatuh cinta dan perasaannya itu pernah diluahkan pada shah, dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Shah membalas cintanya. Nur rasa begitu bahagia.

Tuesday, November 2, 2010

Unjuran ~ episod 1


Dengan Nama ALLAH yang Maha pengasih lagi maha Mengasihani..Bersaksikan ALLAH dan Rasul dicatatkan bingkisan ini buat sahabat-sahabat, agar ia bermanfaat.

Salam buat sahabat-sahabat sekalian, moga dalam lindungan ALLAH. lama saya tak coretkan bingkisan cinta. Pena keyboard seakan-akan kering hilang bersama masa yang berlalu ~berpuitis sikit~. Bukan mudah untuk mencoretkan isi hati kerana yang seringkali unjuran masa menjadi halangan.

ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH...Saya dah habis menghadapi peperiksaan...Hampir seminggu..hmmm teringat pula exam masa sekolah menengah dulu, ujian pertengahan tahun..seminggu juga..menggamit memori..masa dahulu tak mungkin sama. jika sama maka tak normal la saya...SYUKUR... Saya dikalangan orang-orang yang Normal -" Orang yang Normal pasti berubah dari semasa ke semasa, Jika tak berubah maksudnya orang itu tak Normal" - Kata pakar Motivasi.

Unjuran hidup menentukan kedudukan dan bentuk kehidupan..sangat bersyukut kerana ALLAH bagi nikmat dapat la saya belajar ilmu dunia ni.. Belajar tentang tanah, all about land, position, shape, orientation and other. Bidang yang sangat menarik diterokai. Namun saya tertarik untuk meneroka apakah itu "UNJURAN". Hmm, sangat subjektif, macam perkataan CINTA, SAYANG, RINDU..dan lain..yang menberi maksud yang berbeza bagi setiap individu. Selama saya hidup, saya rasa unjuran saya dah betul, Unjuran disini dimaksudkan halatuju, tumpuan , kedudukan ,  pilihan dalam hidup. Sehinggalah saya temukan suatu tanda rujukan. Kalau dalam bidang Surveying diistilahkan sebagai "BenchMark"@ "Datum" atau yang sewaktu dengannya. Anda tahu apa tanda rujukan tu???hehehe...Agak lama nak jumpa tau..

Ok, kita mula dengan definasi pengukuran, Iaitu Ukuran Dari suatu tempat kesuatu tempat yang lain, menggunakan peralatan yang sesuai, dalam keadaan tertentu dan sebagainya..Ha, berballik pada soal hidup..kalau dalam hidup ni, kita nak ukur apa???ukur baju??kain???agak pelik tak soalan tu...?? tak pe abaikan...

hmm..sebenarnya, kita hidupnya menghitung dan mengira perjalanan ke akhirat.. destinasi kita bermula di dunia dan berakhir di akhirat. Berpandukan DUA TANDA RUJUKAN, iaitu AL QURAN dan AS SUNNAH.. Hmm...MAsyaALLAH, sejauh mana kita kenal dua tanda Rujukan itu??? - kita muhasabah bersama

AlHAMDULILLAH, suatu masa yang lalu, saya dalam perjalanan ke kelas, nak pergi kuliah, budak baru masuk U, semangat lebih sikit..hehe..masa tu saya belajar kat utara malaysia..nun hujung malaysia, nak masuk siam sikit..Saya keluar bilik, daki tangga yang sangat tinggi ibarat macam "tangga batu Cave" berpeluh dan tercungap-cungap jugalah dibuatnya...saya jalan la sampai ke kelas, Tapi kene lalu beberapa bangunan la, Kolej kediaman pelajar lelaki dan lagi satu tempat paling saya takut nak lalu, bukan pe, selalu sangat tengok "shooting"..faham tak shooting tu ape???tak pe buat-buat la faham..


Dalam perjalanan saya bertembung dengan satu lembaga ni, tapi mata saya terpana, terpaku dibuatnya, saya tak kalih pun mata saya sampai lembaga itu berlalu..Saya kata dalam hati - "Cantiknya"...
Masa pun berlalu, dan kerap juga saya bertembung dengan kelibat lembaga itu..Hati saya memberontak untuk menghampirinya lalu suatu hari saya menyapanya...Setiap kali bertemu, saya pasti terpana melihatnya, kalu lidah nak keluarkan kata-kata..

Namun, akhirnya saya cuba menyapanya, reaksi yang sangat baik saya terima..Saya pun legalah, sebab yang saya jumpa itu bukan sebarangan lembaga, tapi memang Bidadari Dunia seperti dalam firasat saya. Sangat cantik, Caranya, Kata- katanya, gerak gerinya.. sangat cantik.. "Saya nak jadi sepertinya" - saya bermonolog sendiri..Setiap saat saya terbayang-bayang lembaga yang saya jumpa itu                                          ~ Bersambung ke episod seterusnya...~  
                                                             
  Tamat

Adakah kita benar-benar jatuh cinta


Cinta itu suatu perasaan halus yang dirasakan didalam lubuk hati yang terpendam, rindu, sentiasa terbayang orang yang disayangi dan ingin sentiasa bersama dengan orang yang dicintai itu,bahagianya rasa dihati bla bla bla…ayat berbunga-bunga…pergh… Lumrah manusia tak mungkin hidup tanpa cinta tapi yang menjadi persoalan benarkah kita betul-betul jatuh cinta.???

Hidup perlu bercinta dan yang perlu dicinta itu hanyalah ALLAH..ish2x…mana boleh camtu…perlu juga mencintai manusia… silaturrahim…kata sesetengah mazhab manusia zaman kini.. tak lengkap hidup tak de pasangan..bukankah “manusia diciptakan hidup berpasangan”…kata sesetengah orang pula,katanya pendapat dia tu berpandukan Al QURAN…aduhai…sangat sedih…Memang ALLAH menjadikan manusia itu berpasangan tapi haruslah difahami pasangan yang macam mana..kalo dah berpasangan tanpa ikatan yang sah..adakah itu perkara yang ALLAH suruh..lu fikir la sendiri.. Besar azab ALLAH pada orang yang Berzina…Berzina itu sendiri dah haram, apatah lagi mendekatinya…Nauzubillahi min zalik..

Setujukah anda bila dikatakan couple itu haram???kalo dah haram tentu berdosa, dah berdosa tentu azab siksa,dah confirm kat neraka..”eh,,takkan sampai hukum haram kot…bukan kami couple, tapi kami still jaga pergaulan, tak berpegangan tangan,tak la sampai hubungan suami isteri, kalo berdua pun kat tempat awam,bukan kat tempat gelap..takkan tak boleh kot?ape salahnyer?...kate orang masa kini la… Seandainya anda tahu racun itu berbahaya, tentu anda tidak akan cuba minum atau tambah kepada masakan anda. Buruk padahnya..kecuali anda sendiri yang ingin mati cepat..dah tempah neraka siap2 dah…begitu juga dengan hubungan anda dengan yang lawan jantina dengan anda…masuk ke alam couple bermakna anda telah berdaftar untuk tempah tiket ke neraka…fuhh…!!dahsyat tu ayat…tentu sesetengah orang akan marah…tiada siapa yang dapat tentukan seseorang tu syurga atau neraka…siapa kita? Kata mereka..harap anda bukan meraka :)…

Jika anda ingin bercinta dengan manusia, pilih la cara yang ALLAH suka iaitu Pernikahan..”oh no! kahwin?muda lagi…kita kene kenal2x dulu pasangan kita..ambil masa…”..sangat kesian..kalo dah dok kenal bertahun-tahun, keluar berdua,bergurau senda, itu yang anda katakan nak kenal hati budi pasangan anda..hampeh sungguh...macam mana hidayah nak sampai kalo hidup penuh dengan maksiat..fikir2x la sendiri… Betul ke anda jatuh cinta? Cinta itu suci, tapi manusia itu sendiri yang mengotorkan cinta..ALLAH ciptakan manusia fitrahnya berpasangan dah ALLAH syariatkan akad dah nikah supaya fitrah itu dapat terlaksana..ALLAH tak perintah kita couple untuk cari pasangan kita..”dah terlanjur cinta”nak buat camne…macam lagu rossa plak…kalo dah tercouple tu cepat-cepat la Nikah…kalo belum sedia nak benikah jangan la couple…simple…” kau tak bercinta mane kau tau perasaan orang bercinta.ingat senang ke dah couple nak putus tiba2x…sedih tu…”kata orang bercouple la…

Mana mungkin anda dapat merasa nikmat cinta tanpa redha pemilik cinta yang sebenar.. ALLAH adalah permilik cinta dan tak mungkin anda dapat merasa nikmat cinta manusia selagi mana anda belum betul-betul jatuh cinta dengan ALLAH….Wasalam…renung-renungkan dan selamat beramal. 

Tuesday, October 12, 2010

“ADAKAH AKU SUDAH AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR”…???



"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Amal ma’ruf - perbuatan menyeru manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kesempurnaan.
Nahi  mungkar - perbuatan menegah atau menghalang manusia kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Sebab perlu  kepada Amal makruf Nahi mungkar;
·         Karakter orang beriman
-          Mencerminkan sifat umat islam
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
·         Suatu fitrah manusia
-          Manusia sebagai khalifah.Sifat memerintah,menyeru atau menegah sudah menjadi lumrah manusia. Sekalipun dia hidup bersendirian,sifat tersebut tetap akan ada dalam dirinya.Apatah lagi bila berada dalam keadaan bermasyarakat,sifat ini akan terus ada dalam jiwa setiap individu.                                                                                                  
“Kamu adalah umat yang terbaik dan dilahirkan untuk umat manusia,menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah…”
[ali-Imran:110]
·         Amar ma’ruf nahi mungkar adalah jaminan untuk menjaga masyarakat dari mendapat laknat Allah. Agar ada alasan bagi kita untuk meminta ampun dari Allah.                         
     dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang Amat keras?” mereka menjawab: “Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”(Al Araf: 164)
Syarat ;
1.    Ikhlas
2.    mengikut syara’.
-          Mengerti tentang ma’ruf yang akan diperintahkannya, wajib mengerti hukum syara’.wajib menelaah perbezaan pendapat para fuqaha tentang sesuatu masalah, dan tidak boleh anda menentang seseorang yang mengikuti seorang ahli fiqih yang berbeza pendapat dengan ahli fiqih yang anda ikuti

Sifat orang yang menyeru pada makruf dan mencegah mungkar;
·         “Rendah hati terhadap orang – orang beriman, tegas terhadap orang – orang kafir”   
   (Al Maidah : 54)

-          Hendaklah anda menyuruh perbuatan ma’ruf dengan cara yang ma’ruf, dengan hikmah (bijaksana), bukan dengan kasar dan keras, kerana orang yang berbuat mungkar itu adalah orang sakit dan anda adalah doktornya. Maka anda perlu mengubatinya dengan cara yang terbaik, dengan bijaksana dan kasih sayang, membuatnya merasakan kecintaan.

·         “Keras terhadap orang – orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al Fath : 29)

 “serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An Nahl : 125)

·         Mujahadah dan Selalu Muhasabah diri

“mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al kitab? Maka apakah kalian tidak berfikir”? (Al Baqarah, 1:44)

·         Bertawakkal pada Allah
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran : 159)

·         Berjamaah
-          Seiring  dengan fitrah manusia yang hidup berkumpulan. Dakwah  memerlukan kepada manusia yang memelihara fitrah diri mereka, iaitu melakukannya secara berjamaah.
-          Setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati

Tuesday, October 5, 2010

Wajah sejuk itu



Tatkala meneroka arus aliran pengajian, 
Seringkali wajah itu bermain di minda,
Kelibatnya memanah kalbu,
Kelu terpana tanpa kata....

Aku sentiasa ternanti untuk melihat wajah itu,
Memerhati gerak-gerinya,
Cukup tersusun dan mengagumkan,
Tanpaku sedar ia menjadikanku cemburu....

"Bagusnya jika aku sepertinya" benak hatiku berbisik.
"Aku ingin menjadi sepertinya, Wajah sejuk itu!"hatiku kian memberontak.
Jauh disudut hatiku, aku ingin mendekatinya,
Mengenalinya dan menjadi sepertinya- "wajah sejuk itu"....


Hari-hari yang berlalu meninggalkan nota di hatiku,
Calitan peristiwa yang kian meresahkan jiwaku,
Menjadikanku keliru dan tercari-cari,
Apakah yang mampu memberikanku jawapan dari segala persoalan...

Sapaan insan mengetuk hatiku,
Menjadikan aku memuja dan aku turut di puja,
Walaupun aku membuka hatiku untuk insan,
Namun, hatiku tetap kosong dalam bayangan dan angan-anganku sendiri,

Suatu Hari aku menyapa pemilik wajah itu,
Reaksi yang sangat baikku terima,
Seronok dapat berbual dengannya,
Hari seterusnya menjadikanku semakin akrab dengannya...


Wajah sejuk itu benar-benar menjadikan hatiku terisi,
Memadamkan bahang dunia yang memanaskan jiwaku,
Aku kian menghargai kehidupan ini,
Aku yakin sudah temui penyelesaian...

Perhitungan, Lukisan dan Teori hidupku terarah,
"Aku akan berubah" azam hatiku.
Lantaran ketika suatu saat aku merasakan begitu ringan,
Langkahku tekad membawa perubahan baru.

Aku akan jadi insan baru,
Aku ingin menjadi sebahagian dari wajah sejuk,
yang mendinginkan kehidupan,
Menuju YANG ABADI.


Terima kasih Ya ALLAH kerana berikanku cahaya petunjuk..
Moga Aku terus munjadi hambaMU yang bersyukur..Amin...





Saturday, October 2, 2010

Oh Hati


Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati. "Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia". 
Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis.  Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang.  Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan. 'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya.  Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). 

Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati.  Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina. Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah. Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf ayat 179). 

Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.

"Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar,".  "Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan,"

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22). 

Bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.

"Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan,"

Tuesday, September 28, 2010

Pencari JalanMu


Telah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai
masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu



ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang telah ku perbuat hingga kini


ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu

bersihkan, terangi, hidupku


Tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu


aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu

Friday, September 24, 2010

MUSIBAH



Pernahkah dalam satu hari hidup kita ni yang memberikan impak yang mendalam. Kejadian yang memberikan pengajaran. Alkisahnya ingin saya coretkan kisah suatu hari yang dilihatkan pada saya Musibah.

 Suatu hari saya meluangkan masa bersama sahabat yang saya sayangi kerana ALLAH. kami berbincang pelajaran di perpustakaan bersama-sama, gelak tawa, jenaka mengiringi perbincangan kami, tidak la terlalu serius,,belajar untuk relex. Selepas selesai, dalam keadaan hujan turun, tidak lebat tapi cukup untuk menjadikan saya basah kuyup saya pulang ke rumah sahabat saya, solat asar dan bercadang untuk beli makanan untuk berbuka puasa. Sambil menunggu hujan reda, saya meluangkan masa baca nota, kerana pada malam harinya kami ada test. Sedang saya membaca, saya lihat sahabat saya ni lain macam, dia pegang dadanya dan usap berkali kali. Dalam kehairanan saya pun bertanya,"kenapa kak"? sahabat saya nie tua setahun dari saya. Saya hanya merenung sahabat saya itu menantikan jawapan. Lama baru dia jawap "kak sakit dada, susah nak bernafas". Saya agak kaku juga masa tu, tak tahu nak buat apa, dalam fikiran saya hanya satu. 'MATI'. Bermacam andaian dalam hati saya, "sahabat saya ni nak mati dah ke, kenapa dengan dia, tadi petang dia ok-ok je bincang pelajaran dengan saya, siap gelak lagi..takkan dia nak tinggalkan saya dah," YA ALLAH..Saya membayangkan saya akan mengiringi saat terakhir kematian sahabat saya tu.. YA RABBI...
"kak nak pergi klinik" minta sahabat saya tu.."ok jom la kita pergi" jawap saya. Saya pun bersiap tapi saya lihat sahabat saya tak bersiap, masih pegang dada menahan sakit.. tak tahan sangt, dia baring. Saya pegang tangan dia "kak kena kuat semangat". saya memberi kata peransang supaya sahabat saya ni dapat bertahan. Sejuk tangan sahabat saya tu, mukanya pucat. Saya nak dukung tapi tak mampu, nak bawa dia secepat mungkin ke klinik. Namun apa daya, saya hanya mampu bersabar untuk bawa sahabat saya ke klinik. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya membawa sahabat saya ke klinik SYUKUR.. 




Sahabat saya dah masuk dalam klinik, saya masih diluar. Saya uruskan motor, kat tempat parking. Kenderaan banyak, maklumlah petang dalam pukul 6 macam tu.. tiba tiba saya dengar rempuhan.dari arah kanan pendengaran saya, saya toleh. MasyaALLAH, ade kereta terlanggar depan kereta lain, kereta yang dilanggar tu kereta proton saga, agak lama dan usang juga kereta tu, Orang ramai yang berada di situ pun toleh kearah kemalangan tu. Saya pun turut tak mengalihkan pandangan sebab nak tengok apa episod seterusnya. Saya lihat kedua-dua pemandu tadi keluar dari kereta, orang yang melanggar tadi agak berusia tapi smart, Orang kaya kot, naik pun kereta waja. Masing-masing tengok kereta. Saya tak dengar pun ucapan MAAF dari orang yang melanggar tadi, dia berlalu lepas tengok kereta dia dan naik semula untuk parking kereta. Orang yang keretanya kena langgar tadi pun berlalu, tak tahu apa dalam hatinya, dah la kereta kena langgar, tak dapat apa- apa gantu rugi pulak..kesian betul..tapi rasanya tak la teruk sangat pelanggaran tadi, tapi mungkin calar balar tu ada la. "Calar kat kereta dapat dilihat, Tapi calar kat hati siapa yang tahu".. Selepas menyaksikan peristiwa tu saya masuk dalam klinik tegok sahabat saya. tadi.

Setelah semuanya selasai, test pun dah berlalu, sahabat saya ni tak ambil test la. ujian buat dia. tapi lecturer benarkan dia ambil pada hari lain. ALHAMDULILLAH,, masih di beri peluang.. Saya pulang ke Kolej kediaman, pandu motor. Hujan masih renyai- renyai turun, saya pandu dengan berhati - hati, hujan jalan licin, saya agak trauma juga sebab pernah sebelum ni saya naik motor turun kawasan cerun motor saya hampir tergelincir... mungkit tayar kurang bunga, kurang cengkaman.. Saya pandu perlahan dan sampai di satu selekoh saya perlahankan lagi motor, saya lihat ada motor melintangi jalan yang saya lalu. Saya lalu tepi motor tu, YA ALLAH ada kemalangan rupanya, saya lihat ada sebuah motor terlentang diatas jalan,  saya lihat seorang budak perempuan, mungkin dia yang naik motor tu, orang ramai angkat dia, bawak tepi jalan agaknya, saya sempat juga toleh walau pun sekejap. ALHAMDULILLAH, saya selamat sampai ke kolej, saya lihat pagar belakang masih di buka sebelah, saya pun apa lagi, pecut saya masuk dalam kolej. Saya selamat sampai..TERIMA KASIH ALLAH. sampai bilik saya duduk atas kerusi, saya termenung, 'MUSIBAH'. Perkataan yang bermain diminda saya, dalam satu hari saya lihat 3 musibah yang berlaku dalam jangka waktu yang hampir. "Mungkin ALLAH nak bagi peringatan pada aku" saya bemonolog sendirian. termenung panjang..


Kerana Kasih Sayang ALLAH datangkan MUSIBAH.  kadangkala kita sering mengeluh kerana penat menghadapi dugaan hidup, letih, menyakitkan jiwa raga. Tapi jangan kita lupa bahawa mana mungkin ALLAH kan menguji hambanya yang tak mampu. Kerana kita layak diuji sebab kita ni hamba. Seorang ketua, mesti nak uji anak buah dia, tahap mana kekuatan dia, sajauh mana kesetiaan dan kepatuhan sebagai seorang anak buah, nama pun anak buah dah semestinya orang bawahan dan kena petuh arahan, tapi kita ni tak sedar diri, nak jadi tuan. 
Subhanallah, maha bijaknya ALLAH dalan mengatur dan DIA sekaik-baik perancang, Takdir kita sudah tercatat, kita tak tahu dan kadangkala kita susah menerima ketentuan takdir, saya pun tak sangka saya akan terpilih untuk melihat musibah berlaku depan mata saya tapi yang pasti ia memberikan pengajaran yang berguna. TERIMA KASIH ALLAH kerana memilih ku. Jangan kita jadi hambanya yang KUFUR NIKMAT. nauzubillahi min zalik...

Thursday, September 2, 2010

"Kita Yang Bergelar Manusia"




Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Ku Coretkan Bingkisan Rohani  Buat tatapan sahabat -sahabat yang ku sayangi demi dJJI.. dan buat Junjungan Kekasih ALLAH MUHAMMAD SAW...Moga Kita kita bersama menemui Cinta Abadi...Sedikit perkongsian tentang apa yang kita ketahui  "Kejadian diri kita yang bergelar MANUSIA".


1. Manusia terdiri daripada TANAH + ROH

Sebagaimana FirmanNYA;


"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (As Sajdah:7)


Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk, (Al Hijr:28)


"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur " (As Sajdah:9)


2. Manusia terdiri daripada 3 unsur;
  1. HATI
  2. AKAL
  3. JASAD
E.M Sdn Bhd
HATI oh HATI?
Hati di mana kita akan mambentuk kemahuan, keinginan, keputusan,kehendak dan yang sewaktu dengannya. Selain itu kita bebas memilih. Kita bebas pilih apa yang kita nak, nak pergi sana ke?, pergi sini ke? atau nak makan pe,? nak beli pe?semua ditangan kita. Allah tujukkan di  dunia ni samaada jalan yang benar atau jalan yang salah.kadangkala sebahagian manusia lebih cenderung memilih jalan yang salah kerana lemahnya iman. Sangat kesian..Subhanallah...Kita bebas memilih dan buatlah apa sahaja yang kita suka tapi, ingat! Semua itu akan dipersoalkan ALLAH..bersedialah kita dengan balasan jika keinginan kita itu cenderung kepada perkara yang ALLAH tidak suka..Nauzubillahhi min zaliq..


"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan" (Al Balad:10)


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Al Israa':36)

E.M Sdn Bhd
AKAL?
    ALHAMDULILLAH,sangat bertuah manusia yang dikurniakan akal yang mampu berfikir. Berbeza dengan makhluk lain yang punyai akal namun tidak mampu berfikir. Bersyukurlah menjadi manusia wahai sahabat-sahabatku. AKAL dan FIKIRAN saling berkait..anda setuju? Manusia yang hidup adalah mereka yang boleh berfikir..hmmm..Maksudnya kalau tak boleh berfikir mereka adalah manusia yang mati lah ye???timbul persoalan..
     yea mereka yang tidak boleh berfikir adalah mereka yang hilang akal la..heee..kajian sains telah membuktikan bahawa mereka yang otaknya mati secara mutlaknya orang itu sudah mati..tiada guna hidup jika otak mati..itu mungkin sebahagian kes tertentu macam kemalangan. Tapi... bagi kita ni yang sihat wala'fiat pun ada juga yang mati otak. MasyaALLAH...pulak dah...camne yang dikatakan Orang hidup yang MATI OTAK?
    Mereka yang MATI OTAK ni adalah mereka yang tidak mahu berfikir tentang akan hari kemudian, taknak ingat tentang balasan atas perbuatan jahat yang dilakukan dan hanya ingat kesenangan hidup saja. Kadangkala mereka yang sudah diberi peringatan pun tidak mahu berfikir dengan waras dan nak juga pilih jalan yang salah. Mengikut hawa nafsu bukan mengukut apa yang ALLAH suruh.MasyaALLAH. Sabab itulah sebahagian manusia cenderung pada dunia, Mereka fikir mereka tidak akan kembali pada YANG MENCIPTAKAN....ALLAH..

"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (Al Mulk:10)

Ha!..dalam AL Quran ALLAH menceritakan tentang keadaan orang yang tak mau berfikir ni..Merka akan menyesal dan NERAKA adalah tempat mereka! moga-moga kita bukan dikalangan mereka yang menyesal itu.

E.M Sdn Bhd
JASAD?
   Mana mungkin ALLAH jadikan kita dengan sia-sia tanpa tujuan dan sebab tertentu..Hakikat manusia di Alam Roh akan bersaksi bahawa ALLAH adalah tuhan mereka namun apabila lahir kedunia mereka tidak bersaksi dengan JASAD mereka bahawa ALLAH adalah Pencipta sekalian makhluk. Nikmat yang terbesar adalah IMAN dan ISLAM. Dan beruntunglah Kita yang bergelar ISLAM. 
   Ingatlah status kita sebagai HAMBA. Seorang hamba tidak akan ingkar akan arahan TUANnya..bermakna kita kena patuh arahan dan tiggalkan larangan..Namun sekarang ni manusia ni dah terbalik kerana yang dilarang tu lah yang nak dibuat..MasyaALLAH...Sesungguhnya firman ALLAH dalam ALQURAN;

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"(Adz Dzaariyaat:56). 


"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" 
(Al Ahzab:72)








Kesimpulannya; 
1. MUHASABAH DIRI..sedar akan hakikat kejadian MANUSIA
2. Merenung dan Berfikir tentang kejadian Diri, dan ALAM ini..serta semua yang ada di dunia ini..


3. Berusaha Melakukan amal soleh supaya dapat memikiki HATI yang hidup..(Iman yang Mendalam)


Semoga kita mampu menjadi manusia yang hidup HATI, AKAL dan JASAD..Bukan menjadi seperti "mumia hidup"...wah...seram..Berjalan diatas muka bumi tapi miliki HATI, AKAL dan JASAD yang dah mati. Cuba anda bayangkan...~ ~

E.M sdn bhd
hehehe..adakah"AKU MUMIA"???