Thursday, December 9, 2010

Pencarian Cinta abadi

Episod 3


Pertemuan


“Aku mesti bersemuka dengan Dia” nekad hatinya. Dia geram dengan lelaki yang bernama Ahmad. Dia nak tengok siapakah gerangan orang yang selama ini mengganggu hidupnya. Dia menghantar sms pada Ahmad.

“Saya nak jumpe awak” pinta Nur dalam massage yang dihantarkan pada Ahmad.
 “ha! Nak jumpa?” Tanya Ahmad.
 “yela, saya tak main-main ni, saya tunggu depan dewan ” balas nur. Dia duduk sambil menunggu kedatangan Ahmad.
“Biar betul dia nak jumpa aku” Ahmad bermonolog sendiri. Namun jauh disudut hatinya dia seronok tapi gementar. Siapa yang tak suka berjumpa dengan orang yang dia puja.

Nur melihat jam ditangannya, jam 10.15 pagi. Jam 10.30 pagi sebentar lagi dia ada kelas math dekat bilik kuliah D219. “ish! Mana dia ni, aku dah la ada kelas kejap lagi ni.” rungut hatinya. Dia melihat sekeliling, tiada tanda-tanda kelibat Ahmad akan muncul.

Ahmad bergegas ke dewan yang dimaksudkan Nur. Diredahnya lautan manusia untuk cepat sampai. Kelas baru tamat, kebanyakkan pelajar suka melepak di tepi koridor kelas. Sesak jalan dibuatnya. Dia turun anak tangga, dilangkahnya besar-besar. Akhirnya dia sampai. “oh! Itu dia” kata hatinya. Pantas dia menarik kerusi yang ada depan Nur dan duduk. Diam memandang ke bawah dan menanti reaksi gadis pujaannya itu.

Nur terkejut namun dia kawal dirinya. “Dia ke?” soalnya dalam hati. Dia beranikan diri bertanya; “awak Ahmad ke”? soalnya pada Ahmad. Hatinya berteka-teki. Ahmad hanya diam pandang ke bawah, kemudian direnungnya wajah Nur. “yea, sayalah ahmad” jawabnya dan alihkan semula pandangan ke bawah. Dia sangat malu, tak mampu dia rasa nak bertentangan mata dengan gadis yang menawan hatinya itu.  Melihat perlakuan ahmad itu, nur merenung tajam ke arah lelaki itu. Geram melihat reaksi Ahmad.  Dia lihat wajah Ahmad merah, tersipu-sipu malu. “Awak ni kenapa, peliklah saya tengok awak?” Tanyanya tegas. Ahmad tetap menundukkan pandangannya. Sesekali dia  melihat wajah Nur dan tunduk semula.

Kedengaran  bunyi langkah manusia dari kanan telinga Nur. Nur toleh kea rah bunyi itu. “Alamak, kantoi aku” katanya dalam hati. Ditutup mukanya namun itu tidak berhasil menyembunyikan dirinya dari penglihatan Masrina, rakan sekelasnya. Masrina duduk  berhadapan dengan bilik Nur di asrama. Mereka selalu bersembang dan boleh dikatakan hubungan mereka agak rapat. Nur menyenangi sikap masrina yang sempoi dan gila-gila. Seronok rasanya berkawan dengan masrina. “oh Nur kat sini” sapa Masrina. Sasya yang berjalan bersamanya hanya mengikut mendekati Nur.  Nur menoleh kearah Masrina yang menyapanya. Dia senyum dan masrina membalas senyuman semula.“Buat apa kat sini?”tanyanya dan ditepuknya lembut bahu nur dua kali sambil matanya sekilas melihat Ahmad. Nur hanya diam tanpa kata. Dia tak sangka boleh bertembung dengan masrina. Kalau boleh pertemuannya dengan Ahmad ingin dirahsiakan dari sesiapa sahaja. “er, tak ada apa-apa” jawapnya agak kaget.. “ nak pergi kelas ye”? diajukankan soalan pada Masrina  mengubah topik. “ye, jomlah” jawab masrina pendek. “ok jumpa kat kelas ye” sambungnya dan melangkah meninggalkan Nur dan Ahmad. Sasya hanya mengekori langkah Masrina. Sekilas dia melihat kearah mereka berdua.

 “Mas, Diaorang tu couple ke?” tanya Sasya yang sejak tadi hanya membisu. Masrina diam tanpa sebarang jawapan.“ada apa-apa ke diaorang ni” tanyanya dalam hati. Seingatnya Nur pernah meluahkan masalahnya yang dia diganggu seorang budak lelaki. Siapa pula budak lelaki yang bersamanya tadi. Pelbagai persoalan berlegar-legar di mindanya.
 “ Tak mengapa lepas kelas nanti aku tanyalah dia” dia bermonolog sendiri. Kalau boleh dia ingin tahu apa yang berlaku di depan dewan itu. Apa kaitan budak lelaki itu dengan Nur. “Mas, awak dengar tak saya tanya awak ni, ish! Buat tak tahu je” Bebel sasya sambil digoncangnya tangan Masrina. Geram bila masrina tidak menjawab pertanyaannya. “Eh awak ni Sasya, manalah saya tahu” jawab Masrina. “yela manalah tahu awak ada gossip terbarukan” sasya ketawa kecil. Mereka berdua berjalan sehingga sampai ke kelas.

“Eh awak, saya dah lewat nak ke kelas, ok saya pergi dulu” Nur bingkas bangun dan berjalan untuk ke kelas. Melihat nur meninggalkannya dia memanggil Nur. “awak tunggu saya” sahut ahmad dan berlari-lari anak mengejar Nur. Dia mengiringi langkah Nur. “kita kelas samalah” katanya dan berjalan seiring dengan Nur. “oh! Yeke”? soal Nur. Dia terlupa yang hari itu syarahan dan kelasnya akan bergabung dengan kelas lain. “Cantik lukisan, awak yang lukis ke”? tanya Ahmad sebaik melihat lukisan dalam fail yang dipegang Nur. “ha’ah” jawabnya pendek. “Pandai Awak melukis ye” puji Ahmad. Nur hanya diam tanpa sebarang riaksi.  Sebenarnya dia tidak selesa berjalan seiring dengan Ahmad. Dia tak biasa berjalan beriringan dengan lelaki. Dicepatkan langkah supaya cepat sampai ke kelas. Dia lihat orang sekeliling memandang ke arahnya. Dia sangat malu kerana berjalan dengan ahmad.  Tidak jauh darinya terdapat sekumpulan rakan sekelasnya berkumpul di pondok berhadapan dengan bilik kuliah. “Er..Awak pergi kelas dululah” kata nur pada Ahmad dan terus berlari-lari anak menuju ke pondok di depan bilik kuliah itu. Ahmad terdiam, terkejut dengan tindakan Nur yang tiba-tiba pergi darinya. Dia rasakan Nur seakan-seakan melarikan diri darinya. “hmm, tak mengapalah” katanya dalam hati dan berjalan masuk ke kelas.

“Salam Shah, dah makan?” nur menghantar sms kepada Shahrul sambil berjalan pulang ke asrama.

Sementara menunggu Message balas dari Shahrul, Nur singgah ke kedai roti. Setiap hari dia akan melalui kawasan yang terdapat kedai itu. Terdapat juga kedai buku, restoran dan kedai makanan segera di situ. Dibeleknya roti-roti di kedai itu. “nak beli yang mana ye” monolognya sendiri. Akhirnya dia pilih roti potato. Selepas membayar harga roti itu dia meneruskan perjalanan ke asrama. Dilihatnya telefonnya, tiada message tertera. Disimpannya semula dalam beg. “Ah! Kenapa dia tak balas ni” rungutnya kerana sejak tadi dia menanti message balas dari Shahrul. Dia dah biasa Shahrul tidak membalas message darinya. Biasanya dia akan berfikiran positif. “dia sibuk barangkali” fikirnya. Namun kadangkala dia layan juga rajuk hatinya. Tapi sekejap sahaja kerana dia bukan jenis yang suka merajuk.

Sampai di bilik, terus dia rebah badan atas katil. Dia teringatkan pertemuannya dengan Ahmad tadi. “Owh dia ke Ahmad, rasanya aku pernah bercakap dengan Dia” dia bermonolog. “hmm, tak pe lah, malas aku nak layan”. Nur memejamkan matanya.  Dia ingin lupakan segala peristiwa pagi itu. Dia terlena. Terlelap 10 minit cukup baginya untuk menyegarkan badan. Dia perlu bangun semula untuk ke kelas jam 2.00 petang itu.

No comments:

Post a Comment