Thursday, September 27, 2012

Kita dan MEDAN ini...











“ Aku ingin berubah! Aku ingin keluar dari kepompong diriku yang kelap dan ingin terbang seindah rama-rama! Izzah bermonolog sendirian. Kerap dia bercakap sendirian bagi menaikkan semangatnya. “Aku mesti bangkit dari kekecewaan ini! Allah pasti akan membantuku” dia bercakap sendirian. Sejak memperolehi keputusan peperiksaan semester 4, dia kecewa dengan dirinya. Pelbagai perkara muncul di benaknya. Rasa rendah diri, rasa kecewa serta putus asa. Selama dia belajar tidak pernah dia memperolehi keputusan rendah sebegitu. Walaupun lulus semua subjek namun dia kecewa dengan pointer yang diperolehinya.
Semester  5 yang baru bermula 4 minggu yang lalu menjadi inspirasi baginya memulakan langkah baru. Meningkatkan keputusan kepada lebih baik. “Yeah! Aku pasti boleh!, kalau orang lain boleh mengapa aku tidak boleh”. Itulah kata-kata semangatnya tatkala merasa tidak yakin dengan dirinya. Dia merenung syiling biliknya. Berwarna putih, kosong seperti kosongnya hatinya ketika itu. “Hari ini hati sabtu, minggu lepas aku balik umah, tapi kenapa minggu ni aku tak balik? Soalnya pada dirinya. Dilihat sekeliling. Tiada siapa. Patutlah Emi balik rumah. Hari ni jumaat. “Huh! Kenapalah aku ni, serabut betul fikiran.” Die mengeluh. “ Yela! Besok sabtu  kan ada usrah dengan kak Yan, lupa pulak.” Dia memegang kepalanya, dipukul lembut. “Aduih! Pelupa kau ni Izzah” kutuk dirinya sendiri.
………………………………………………………………………………………………………
  “ Baik adik –adik, minggu depan kite buat usrah hari sabtu pukul 6 petang di surau kolej Angsana boleh tak semua?”. Soal kak Yan pada 7 orang anak buahnya itu. Kesemua anak buahnya itu menunjukkan reaksi yang baik serta mencatatkan tarikh untuk usrah pada minggu seterusnya. “Sebelum akak lupa, hari ahad keesokkannya ada program di Masjid Al Hidayah. Nanti kak akan bagi maklumat program.
“Kak, saya rasa down.  Nak study pun tak bersemangat.” Izzah mengadu pada kak Yan selepas usrah mereka tamat. Kak Yan merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Baginya, dia dapat memahami perasaan izzah yang kecewa dengan keputusan peperiksaan. Dia merapati izzah dan tangan izzah dipegangnya. “ Izzah, apa yang Allah beri kepada kita itulah yang terbaik. Jika Allah beri banyak, kita mesti bersyukur. Jika Allah beri sikit, kita bersyukur juga dan jika Allah tak beri apa-apa pun kita kena bersyukur juga. Kerana kita ini hamba dan Allah tuan kita dan seorang tuan itu berhak apa sahaja terhadap hambanya.”nasihat kak Yan. “Sebagai hamba kita perlu bersyukur dan tanda kesyukuran kita itu dengan pembuktian amal” tambahnya lagi. Izzah cuba hayati maksud dalam surah Al Baqarah ayat 152 dan 153 ni;

“Maka ingatlah kepadaku, aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku.”
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar”

“Pembuktian amal kita itu adalah dengan solat. Kerana solat itulah penghubung kita dengan ALLAH”  Pesan kak yan lagi. Fikirannya melayang lagi mengingati setiap butir nasihat kak Yan.
Izzah bingkas bangun dari katil dan mencapai Al Quran terjemahan yang diletakkan di atas meja. Fikirannya yang tadi mengelamun mengingati peristiwa selepas usrah minggu lepas serta pelbagai nasihat dari kak Yan. Semangatnya membara semula. Dibeleknya terjemahan Al Quran itu dari muka ke muka. Dia tidak tahu apa yang ingin dicarinya, namun dia tetap membeleknya sehingga matanya terhenti pada satu ayat dalam surah An Nahl, ayat 97;

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

“Allah berikan aku kehidupan yang baik. Kenapa aku sia-siakan kehidupan ini dengan meratapi masa lalu yang tidak akan kembali. Yang mesti aku usahakan adalah masa kini yang sedang aku lalui” dia bermonolog. Mencari kembali semangatnya.
“Siapa yang nak jadi murabbi”? soalan kak Yan muncul pada kotak fikirannya. “Jadi Murabbi”? soalnya pada diri sendiri.
“Aku tidak mahu sia-siakan kehidupan ini. Ilmu yang aku perolehi ini, semangat perjuangan ini mesti aku serapkan pada orang lain. Aku mesti jadi murabbi!” nekadnya. 
……………………………………………………………………………………………………
“Zah balik tak minggu ni” soal Puan Liana pada anaknya itu dihujung talian. “emm..Zah tak tahu lagi ibu. Zah kena tengok jadual dulu. Kalau tak da program zah bolehlah balik. Jawab Izzah. “Program apa yang banyak sangat tu, kau ni asyik berprogram je, dekat rumah ni banyak kerja yang ibu tak dapat buat sorang-sorang, nak harapkan adik kau tu memang sakit hati je lah ibu ni” bebel Puan Liana. Hati kecilnya  berharap Izzah dapat pulang ke rumah membantunya membuat kerja rumah. Anaknya itu boleh diharap untuk membantu kerja-kerja dapur.
“Ibu, baru Zah ingat yang ada program minggu ni” Balas izzah menyambung bicara setelah ibunya itu berhenti berleter. “wajib pergi ke”? soal Puan Liana seakan-akan mempersoal apa yang diberitahu anaknya itu. “ermm..wajib ibu., ada kupon” jawab Izzah. Itulah jawapannya pada ibunya setiap kali ingin memancing hati ibunya agar merelakan dia pergi program. “ dapat kupon iaitu pahala” dia berkata dalam hati. “aku tak tipu ibu, aku cuma berkias je. Tak salah” monolognya lagi meyakinkan diri. “yela, dah wajib kene pergilah” Puan Liana mengalah. “Yea ibu, doakan Zah, Sayang ibu” balas Izzah dengan manja. Perbualan dua beranak itu terhenti  di situ.

Setiap kali ingin ke program, dia jarang bagi tahu ibunya kecuali ibunya bertanya. Jika tidak pelbagai soalan terpaksa dia jawab. Bukan sekali dua ibunya mempersoal dan kadangkala dia mati akal untuk memberikan alasan yang munasabah. Kadangkala dia terpaksa menahan sakit telinga mendengar bebelan ibunya itu. Kebetulan hari itu ibunya menelefonnya. Mungkin rindu sangat padanya setelah seminggu izzah tak pulang. Kalau boleh ibunya itu ingin dia pulang tiap-tiap minggu.  Namun dia terpaksa memikirkan pelbagai alasan yang munasabah untuk ke program agar tidak menyinggung perasaan ibunya.
“Aku buat semua ini kerana ALLAH dan Rasul untuk ibu dan ayahku serta keluargaku, agar aku dapat memahkotakan ibu dan ayahku di syurga kelak.  Kerana aku ingin amal soleh kelak bakal menaungi ibu dan ayahku dan menjadi saksi mereka telah melahirkan anak yang soleh yang akan mendoakan mereka.” Monolognya.
Dia kembali ke dalam dewan solat. Menyambung mendengar kuliah maghrib malam itu. Dia terpaksa keluar untuk menjawab panggilan telefon ibunya itu agar tidak menganggu orang yang berada di sebelahnya untuk mendengar kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Ustazah Zainab. Kuliah maghrib bertajuk “ Wanita dan kasih sayang”. 

“Sebagai wanita, kita begitu istimewa kerana Allah anugerahkan kita lebih perasaan kasih dan sayang berbanding lelaki. Kerana itu ALLAH pilih wanita menjadi seorang ibu. Anak-anak yang dihadapan ustazah ini bakal bergelar seorang isteri dan seorang ibu pada suatu masa nanti, jadi gunakanlah masa yang ada ini untuk mempersiapkan diri menempuh alam yang lebih mencabar kelak”
“Wanita dan kasih sayang begitu dekat kerana fitrahnya wanita itu lembut dan kasih sayang itu perlukan pada kelembutan. Jadilah wanita lembut yang berjiwa keras. Anak- anak yang dikasihi! Berjiwa keras itu bermakna wanita yang mempunyai jiwa yang mampu bersabar dengan pelbagai kerenah suami dan anak-anak. Segala kerenah dilayan dengan penuh kelembutan dan berhikmah walaupun terpaksa berhadapan dengan kekerasan sikap anak-anak selain melaksanakan tugasan rumah, membasuh, mengemas dan sebagainya.  Itulah yang menjadikan wanita itu begitu tinggi nilainya kerana kesabarannya itu.”
“Ustazah! Bagaimana ingin memupuk kesabaran itu’? Seorang pelajar mengajukan soalan.
“Baiklah anak-anak! Kesabaran itu umpama gigi geraham. Kenapa ustazah umpamakan sebegitu ye anak-anak? Kerana jika kita kaji, gigi geraham ini kuat mencengkam akar gusi. Kalau gigi geraham sakit atau berlubang, kita sukar untuk mencabutnya dan hanya boleh menampalnya.kecuali kite memaksa mencabutnya tapi kesannya kan rasa sangat sakit.  Begitu kita lihat kesabaran. Kalau kita cabut kesabaran itu dalam diri  kita pasti kita kan merasa sakit kerana pelbagai perkara boleh berlaku seperti pergaduhan dan penceraian dalam rumah tangga. Oleh itu rawatlah diri kita dengan zikrullah dan zirulmaut. Rawatan yang terbaik adalah membaca Al Quran serta memahami maknanya. Selain itu, pergi ke majlis ilmu seperti usrah dan kuliah – kuliah agama.
Seorang wanita itu bukan sahaja mesti tahu ilmu rumahtangga tapi ilmu agama yang merangkumi hukum – hakam serta sirah perlu didalami. Kerana seorang ibu itu mesti menjadi idola terbaik bagi anak-anaknya. Dia boleh menarik hati suami dan anak-anaknya serta mencontohi sifat-sifat para wanita solehah ketika zaman rasulullah. Seorang isteri itu juga pembantu peribadi pada suaminya yang berperanan melaksanakan usaha-usaha dalam menuju syurga ALLAH serta menjaga diri dan keluarganya dari api neraka. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah At Tahrim ayat 6 yang bermaksud;

 Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)” [At-Tahrim 66 : 6]

“wahai anak- anak yang ustazah kasihi! Jadilah kita wanita yang beriman dan bertaqwa agar dengan pemeliharaan kita terhadap hukum-hukum Allah serta perlaksanaan segala perintahnya akan menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakar api neraka.”
Izzah menangkap setiap butir bicara ustazah Zainab dengan penuh teliti. Dia mencatatnya dalam buku bagi membolehkannya membaca semula penyampaian tersebut.  Terbayang wajah ibunya yang baru tadi didengari suaranya“ Takut pula nak kawin” katanya dalam hati. “ Aku jauh lagi. Ilmu agama banyak lagi belum dipelajari dengan lengkap”hatinya berkata lagi. Terasa begitu tidak mampu lagi untuk menggalas tangunggjawab seorang isteri dan ibu.

Setelah selesai kuliah maghrib malam itu, Izzah melangkah ke biliknya yang berada di tingkat 2 kolej Dahlia. Berat kakinya melangkah bagai terasa bagai ada bebanan yang ditanggung. Teringat perbualannya dengan kak Ziana minggu lepas. Kak Ziana berusia 29 tahun dan sudah berumah tangga dan memiliki 2 orang cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan. Ketika itu, dia berbual sementara menunggu ahli usrahnya yang lain. Dua orang anak kak Ziana turut ada bersama.
“Izzah, sementara belum berkahwin ni usahalah belajar ilmu agama dan ilmu pengasih” luah kak Ziana. “Ilmu pengasih kak?” soal Izzah dengan kening berkerut. Kak Ziana ketawa kecil melihat reaksi Izzah sebegitu. “Ilmu penambat hati suami” jawab kak Ziana. “Bukan ilmu pengasih belajar dengan bomoh tu”sambung kak Ziana lagi. Berkekek izzah ketawa. Malu pun ada. “kak, ilmu tu macam mane”? soal Izzah penuh minat. “Kau ni soal suami isteri cepat benar je nak tahu ye” balas kak Ziana sambil tersenyum. “Yela kak, ilmu ni luas”jawab izzah. “Cepatlah kak, sementara sahabat yang lain belum sampai terutama kak Yan, nanti malu saya” sambungnya lagi. Kak Ziana ketawa melihat gelagat izzah. “ok-ok, ilmu ni perlu bagi kita menambat hati suami agar kita mudah bergerak dalam tarbiyah dan dakwah. Maksudnya, dalam kita menjadi daie yang mengajak orang lain sebagai mad’u kita untuk mengingati Allah, kita juga mesti menjadikan suami kita sebagai mad’u. Bagaimana sikap kita dalam memastikan orang suka dan tertarik dengan apa yang ingin kita sampaikan, kita juga mesti bersikap yang sama dengan suami kita. Contohnya kita menarik orang lain dengan layanan kita yang lemah lembut dan suka beri hadiah. Jangan harap suami je beri hadiah pada kita.  Kita juga mesti buat perkara yang sama pada suami kita.” Panjang kak Ziana menerangkan. “Faham tak Izzah”? soalnya.
“owh..macam tu ye maksudnye menambat hati suami” balas izzah. Pada fikirannya, dengan solekan dan berhias cantik tu je yang mampu menambat hati suami. Beri hadiah pun perlu juga ke.? “Soalnya dalam hati.
“Habis tu kak, hadiah apa yang sesuai. Lelaki biasa suka barang-barang yang berjenama dan mahal. Kalau isteri yang tidak bekerja macam mana nak beri hadiah?” Soalnya pada kak Ziana
“Hadiah yang mahal adalah anak yang soleh dan solehah. Didiklah anak dengan didikan agama yang sempurna, agar terbentuk sahsiah peribadi muslim sejati. Suami pasti bangga dengan hadiah itu yang lebih mahal dari intan dan permata” jawab kak Ziana.
Teringat perbualan itu dan kuliah yang disampaikan ustazah Zainab cukup membuat hatinya berat. Terasa begitu besar peranan wanita dalam membentuk anak-anak dan menambat hati suami dalam meraih syurga dalam rumah tangga.
…………………………………………………………………………………………………
Keesokan harinya hari sabtu. Seperti yang dijanjikan, hari itu izzah ada usrah. Hari tersebut izzah sangat dinantikan. Bulatan yang mengembirakan itu sangat bermakna. Dia melangkah menuruni anak tangga dari biliknya untuk ke hentian bas. Seusai solat asar, dia terus bersiap dan dalam jam 5 petang dia sudah keluar dari biliknya untuk ke kolej Angsana yang terletak agak jauh dari kolejnya dan memerlukannya menaiki bas untuk ke sana. Dia melalui koperasi yang terletak berdekatan dengan pintu pagar keluar kolejnya itu. “haus la pula. Nak beli air la” katanya dalam hati. Lantas dia menuju ke koperasi dan memerhatikan air-air botol yang dia berkenan. “mak!mak! yam nak ni juga! Tak nak yang itu, nak juga! Kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan di belakang cuping telinganya. Dia menoleh kearah suara kanak-kanak itu. Kelihatan seorang kanak-kanak sendang merengek pada ibunya untuk dibelikan patung mainan sambil tangan kanak-kanak itu menunjuk kearah patung yang di kehendakinya. Selain menghentak-hentak kaki, kanak-kanak itu juga memukul-mukul seorang wanita yang cuba memujuknya.  Kelihatan seorang wanita yang tudung litup berpurdah mengusap lembut belakang badan kanak-kanak itu sambil mencium dahi ankanya itu. “Barangkali itu ibunya”  hati Izzah mengandai. “wanita itu cukup tabah melayan kerenah anaknya itu. Tentu dia wanita yang luar biasa dengan pegangan agama yang kuat” pujinya dalam hati. “Mampukah aku menjadi wanita seperti itu” soalnya dalam hati. Peristiwa itu menginsafkan dirinya. Dia teringat pada satu hadis yang pernah di dengarnya;

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Aku nak membentuk anak-anak aku nanti tentulah aku perlu bentuk diri aku sendiri. “Aku ingin menjadi murabbi yang serba boleh”dia memberikan semangat pada dirinya. Dia bersyukur kerana Allah pilih dia menjadi salah seorang yang berada dalam usrah . Bertemu dengan sahabat-sahabat yang berlainan latar belakang dan berkongsi ilmu dan pengalaman, ukhwah yang dibina semata-mata kerana ALLAH dan RasulNYA. “ Alhamdulillah aku masih sedar akan perananku sebagai wanita islam yang benar-benar ingin meraih syurga ALLAH dengan tarbiyah dan dakwah” monolognya lagi. Dia ingin mengumpul sepenuh semangat dan iltizam agar dia dapat memastikan dirinya terus menjadi mutarabbi dan dalam masa yang sama menjadi murabbi. 

“Ye dik nak beli apa”? suara garau lelaki memecah lamunannya. Izzah yang kelihatan berdiri kaku di depan peti air itu menyuntik persoalan pada lelaki yang menjaga koperasi itu lantas mengajukan soalan tersebut.
“err..saya nak beli air” jawb izzah agak kaget., merah mukanya menahan malu. Terkejut dengan teguran lelaki itu. Dilihatnya kanak-kanak dan wanita tadi sudah hilang dari pandangan matanya. “Apalah aku mengelamun ni, sampai tak sedar apa yang berlaku” rungutnya dalam hati. “Mungkin agak lama juga aku mengelamun tadi sampai lelaki itu tegur” katanya dalam hati. Lantas dia mencapai air mineral 500ml dalam peti ais di hadapannya dan menyerahkan bayaran pada lelaki tersebut. “Terima kasih” kata lelaki itu sambil tersenyum. “Jangan mengelamun lagi, teringat pakwe ke” usik lelaki itu lagi sambil ketawa kecil. Izzah berlalu keluar dari koperasi itu tanpa berkata apa. Malas dia melayan lelaki itu. Dia berjalan meneruskan langkah menuju ke perhentian bas. Sambil menunggu bas dia membuka terjemahan Al Quran yang di bawanya. Dia cuba memahami maksud ayat-ayat yang dilihatnya. Selepas 10 minit menunggu, bas yang ditunggu sampai.
Izzah bingkas bangun dari kerusi menunggu bas setelah melihat bas berhenti. Disimpannya Al Quran terjemahan itu dalam beg dan mengeluarkan duit tambang. Setelah membayar tambang dia berdiri sebelah tiang dalam bas tersebut. Bas penuh kerana hari tersebut hujung minggu dan ramai pelajar keluar bandar. Dia menoleh memerhatikan orang-orang di dalam bas, dengan pelbagai gaya, pakaian dan gelagat. Hatinya berkata; “Masih ada ramai manusia memerlukan aku, aku mesti teruskan pejuangan ini” nekadnya. Aku yang memilih MEDAN ini, pasti aku akan di uji. "Ya ALLAH kuatkanlah kau menghadapi ujian dunia ini" doanya dalam hati..


TAMAT

No comments:

Post a Comment